Ramai yang tanya kami, tiada contoh almari bilik ke. Asyik gambar kabinet dapur sahaja. Jom hari kami nak story sedikit tentang almari bilik.
Setiap isi rumah pasti akan memiliki almari baju dari pelbagai jenis dan reka bentuk. Tidak hanya yang didatangi dengan 1 atau 2 pintu, malahan ada juga jenis ‘walk-in wardrobe’. Begitu juga halnya dengan bilik hotel dan homestay yang sering bertukar pengunjung. Pendek kata, almari baju adalah perabot penting yang diperlukan oleh semua orang agar pakaian dapat disimpan dengan teratur dan mudah diuruskan. Keperluan setiap orang untuk memiliki almari baju adalah berbeza mengikut jantina, usia, jenis pekerjaan dan ruangan kediaman.
Kebiasaannya dalam sesebuah keluarga, ayah dan ibu akan berkongsi almari baju manakala anak-anak memiliki almari sendiri ataupun berkongsi dengan adik-beradik yang sebilik. Lain pula halnya dengan orang bujang yang duduk menyewa, biasanya mereka memiliki almari baju jenis kompak untuk memuatkan pakaian dan barang peribadi.
Apa itu almari bilik....
Bahasa omputih di panggil wardrobe
Ada yang panggil lemari
Ada juga yang grobok
Almari, (berasal dari perkataan bahasa Portugis “Armario”), manakala dalam bahasa Inggeris disebut Wardrobe, juga dikenali dengan Armoire berasal dari bahasa Perancis, merupakan sebuah kabinet berdiri tinggi atau bersaiz sederhana untuk menyimpan pakaian atau buku atau barang-barangan perhiasan. Pada awal kemunculan almari, almari secara fizikalnya mempunyai struktur fizikal seperti peti mebel tua dan ia tidaklah digunakan sehingga ke sesuatu ketika dimana para pemegang darjat kebesaran yang tinggal didalam istana agung dan istana para bangsawan yang berpengaruh kuat yang mana ada diantara mereka yang menginap dalam sesuatu kamar yang berasingan dari bilik menyimpan pakaian. Nama sesuatu Almari itu diberikan bergantung kepada sesuatu bilik yang mempunyai keluasan dinding yang diselaputi oleh cupboard dan loker, laci menjadi penemuan yang relatif pada alaf moden. Dari almari dan loker lemari, pakaian moden, dengan ruang yang mempunyai pegantung, luncuran rak dan laci, berevolusi perlahan-lahan juga merupakan revolusi reka cipta almari dari hari ke
Semua itu memberi maksud yang sama je...
Almari atau wardobe ini di gunakan untuk menyimpan pakaian dan hiasan rahsia kita. Dengan ada nya wardrobe, pakaian dalam bilik kita akan lebih tersusun dengan kemas.
Setiap isi rumah pasti akan memiliki almari baju dari pelbagai jenis dan reka bentuk. Tidak hanya yang didatangi dengan 1 atau 2 pintu, malahan ada juga jenis ‘walk-in wardrobe’. Begitu juga halnya dengan bilik hotel dan homestay yang sering bertukar pengunjung. Pendek kata, almari baju adalah perabot penting yang diperlukan oleh semua orang agar pakaian dapat disimpan dengan teratur dan mudah diuruskan. Keperluan setiap orang untuk memiliki almari baju adalah berbeza mengikut jantina, usia, jenis pekerjaan dan ruangan kediaman.
Kebiasaannya dalam sesebuah keluarga, ayah dan ibu akan berkongsi almari baju manakala anak-anak memiliki almari sendiri ataupun berkongsi dengan adik-beradik yang sebilik. Lain pula halnya dengan orang bujang yang duduk menyewa, biasanya mereka memiliki almari baju jenis kompak untuk memuatkan pakaian dan barang peribadi.
Apa beza beli siap dengan almari tempahan?
Beli siap kita akan terima apa yang seadanya.
Manakala almari tempahan ini kita dapat buat mengikut citarasa sendiri.
HARGA ?
Dari segi perbezaan harga memang agak ketara la. Ye la tempahan mengikut citarasa. Ketinggian almari buleh buat sampai ceiling. Kedalaman nya pulak standart tempahan 24". Dari segi gantungan hanger baju memang sesuai. Nak letak kunci pun buleh.
Jom kita saksi kn sedikit gambar gambar wardrobe yg kami hasilkan..
Yang ni jenis slidding anty jump mirror full height ceiling.
Ni jenis pintu buka hingest.
Ada juga yang letak cermin lekat di pintu.
Apa pun jenis almari, fungsi nya memang untuk menyimpan pakaian.
Almari terdapat jenis kaler..kalau nk di kira dari jumlah kaler banyak sangat..
Penggunaan kaler untuk almari bilik juga memainkan peranan penting kecantikan dan kekemasan hiasan bilik.
Mungkin untuk para suami wardrobe bukan sesuatu yang penting. Tetapi bagi seorang wanita, 10 biji wardrobe belum tentu cukup untuk menyimpan pakaian nya. Tudung sahaja pun dah penuh 1 almari.
Ada yang suka almari jenis terbuka. Maksud nya tiada pintu. Mudah untuk mengambil pakaian.
Ketinggian wardrobe full height ceiling juga dapat menjimatkan ruangan bilik. Cadar, toto yang di beli di sg besar pun buleh simpan kat atas.
Sebenarnya banyak lagi gambar gambar koleksi almari ni. Cukup la setakat ni, kita jumpe di waktu yang lain pula..
Nak tempah almari bilik....
Meh roger kami 0196645709
No comments:
Post a Comment