Kabinet dapur 2017


Selamat menyambut tahun 2018...

Kabinet dapur terbaik 2017

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur serta peminat setia blog ini yang sentiasa menjadikan rujukan semasa. Terlebih dulu saya wakil dari DUNIA KABINET DAPUR @ NAZ CREATIVE TRADING mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2018. Semoga kita semua beroleh kejayaan di tahun baru ni...



Sepanjang tahun 2017 kami telah pun selesaikan tugas pemasangan kabinet dapur dengan jayanya sebanyak 100 rumah pelanggan. Bagi kami pengeluar perabut bumiputera, 100 pelanggan memang banyak la. Dengan hanya berbekalkan 7 orang krew, kami bertungkus lumus merialisasikan impian pelanggan kami untuk memiliki dapur yang cantik..

Hari ni kami nak kongsikan 10 kabinet dapur terbaik yang kami selesaikan sepanjang tahun 2017..

Kriteria yang kami utamakan dari segi pemilihan kaler dan penggunaan ruang yang terbaik. Ini kerana kami bukan mengutamakan keuntungan semata mata. Kami lebih pentingkan kepuasan pelanggan serta kepuasan hati kami sebagai seorang tukang. Kami bukan orang tengah yang makan atas angin. Kami bukan yang terbaik namun kami cuba buat yang terbaik demi kehidupan seharian kami.

Jom kite lihat dari tangga ke sepuluh

NO 10

Hitam dan merah ni memang tip top pilihan. Bagi kami yang membuat kabinet dapur ni dah biasa sangat tengok kaler merah ni. Mana tak nye semua shoowroom kat melaka ni menggunakan tema kabinet dapur kaler merah. Ape ape pun tahniah puan mazni dari bukit beruang tersenarai top 10 kabinet dapur terbaik.



NO 9

Walaupun kabinet dapur ni nampak simple namun ada yang menarik nye..dari umbai jaya pemilik rumah ni bernama en ludin cukup berkenan cream susu ni. Kombinasi yang baik jugak la.




NO 8

Hitam itu menawan. Itu lah yang buleh kami gambarkan kabinet dapur di ayer molek perdana ni.



NO 7

Kaler hijau sama dengan kaler oren. Kombinasi hitam dan hijau menjadikan dapur tuan rahim dari tiang dua tersenarai antara dapur terbaik.



NO 6


Pink kaler gitu.....en wan dari rambai sentosa memilih kaler pink ni mungkin pada awalnya nampak biasa saja..namun bila selesai pemasangan baru nampak cantik nye.



NO 5

Oren ni cukup jarang sekali mana mana pelanggan pilih. Mungkin kaler yang agak terang ramai kurang selesa dengan oren. namun minat yang mendalam puan azie dari paya emas ni membuat kan kami merialisasi kan impian beliau untuk dapur kaler oren. Rupa rupanya cantik sesangat.




NO 4

Kabinet dapur gold kaler pada tahun ni memang mendapat sambutan yang paling tinggi. Cuma untuk projek rumah puan aini dari taman umbai ni kami membuat dua kombinasi kaler gold dan hitam supaya nampak kelainan. Kemas kan...




NO 3

Kabinet dapur di taman kasa height ni walau tampak biasa saja namun ada yang menarik nye. Penggunaan kaler corak kayu melintang membuat kesenian kabinet dapur teserlah. Ini yang membuat kabinet dapur tuan fazli kelihatan menarik.



NO 2

Kombinasi hitam dan putih agak biasa sebenarnya. Cuma apa yang menarik kabinet dapur rumah en azlan ni apabila kami meletakkan kaler top bar kaunter ini kaler putih. Cuba bayang kan kalau top kaunter tu hitam, mesti biasa biasa saja.



NO 1

 Pertama kali en nizam dari paya rumput ni memilih kaler biru, kami agak takut sebenarnya. Ini di sebabkan pertama kali kami nak biru. Tak sangka pulak kombinasi kaler biru hitam ni cukup cantik, maka meletakkan projek ni antara projek terbaik sepanjang tahun 2017.






Sebenarnya...buleh di kata kan semua cantik..cuma kami meletakkan 10 terbaik untuk tahun 2017 ni sebagai panduan untuk anda yang sedang mencari ilham kaler aper untuk kabinet dapur.

Kalau di kumpul gambar kabinet dapur dari mula kami buat tahun 2004 hingga sekarang....peh..banyak tu..insyaallah kalau ada kami cuba cari semua gambar gambar lama untuk di jadikan koleksi tatapan anda.

Kalau di izinkan untuk tahun 2018 kami nak kongsikan pulak teknik teknik membuat kabinet dapur. Mungkin buleh di jadikan rujukan untuk mereka yang baru berjinak jinak dalam pembuatan kabinet dapur..insyaallah...sesama kita doakan yang terbaik...

Akhir kata dari kami warga DUNIA KABINET DAPUR mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2018..





Kabinet dapur bukit beruang

Alhamdulillah selesai satu lagi pemasangan kabinet dapur cun melecun bertempat di bukit beruang. Kali ni team kami di tugaskan kerumah puan mazni untuk merealisasikan impian nya untuk memiliki kabinet dapur yang cantik.


Material yang di pilih adalah jenis table top konkrit tile 2 x 2 bersama pintu 3G glass kaler merah gitu..

Dah lame jugak kami tak buat pilihan kaler merah ni...maklum ler tahun 2017 ni kaler gold banyak menjadi pilihan.


Penggunaan kombinasi kaler hitam dan merah ni memang cantik..nampak kemas dan teratur di tambah pulak penggunaan hingest jenis soft close memberikan impak kepuasan yang amat dalam di lubuk sanubari..


Sebenarnya, permainan kaler ni amat penting dalam memastikan ruang dapur tu. Ini kerana kalau kombinasi kaler tidak tepat, maka ruang dapur tu akan menjadi sempit.

Dapur juga memainkan peranan penting dari segi emosi. Sebab tu kalau dapur yang berserabut, jangan kata nak masak, nak masuk dapur pun malas.

Akhir kata dari kami, terima kasih puan mazni kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

Kabinet dapur umbai jaya

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur di seluruh melaka, muar, negeri 9 dan kajang..alhamdulillah gembiranya kami tak terkira satu tugasan yang agak besar telah kami pun kami siap mengikut jadual yang di peruntukan..

Pertemuan kami bersama en wan dan puan aini di pejabat kami taman bukit tembakau akhir menemui jodoh buat kami untuk menyiapkan satu lagi projek yang melibat kan pendawaian elektrikal dan pemasangan perabut.

Lokasi pemasangan tak jauh dari kilang kami. Jalan kaki pun sampai..iaitu taman umbai jaya 3.

Jom kite lihat koleksi yang pertama iaitu kabinet dapur.


Dengan memilih material jenis 3G glass kaler gold dan hitam memang menjadikan ruang dapur begitu luas sekali. Tengok saja daripada pengcahayaan memang syok sekali.


Memiliki dapur yang cantik sudah semestinya dambaan seorang isteri atau suri dapur. Ye la kalau dapur tak berapa nak kemas camno nk masak kan.


Penggunaan table top konkrit tile 2 x 2 juga memainkan peranan penting untuk ketahanan lasak.

Terdapat juga ruang pembahagi antara peti ais seolah olah ada dapur kering dan basah.

Selain tempahan kabinet dapur kami juga membuat almari bilik slidding anty jump  dan kabinet tv.



Banyak barang buleh di simpan ni..bantal, toto narita pun buleh..anak menyorok dalam almari pun buleh.

Terima kasih tak terhingga kepada en wan dan puan aini kerana sudi membuat tempahan dengan kami. Selamat menduduki rumah baru.

Kabinet dapur kasa height alor gajah

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur. Alhamdulillah berkat dengan kesyukuran kita semua masih di beri kesihatan yang baik, rezeki yang luas untuk menyempurnakan hari hari terindah ini.

Lagi beberapa hari kita semua nak menjengah tahun 2018 ini bermakna berakhirlah tahun 2017.

Hari ni kami nak storykn sedikit tentang satu lagi pemasangan kabinet dapur di taman kasa height alor gajah.


Pemilik rumah ni bernama en fazli seorang pegawai tentera yang menetap di sg buluh selangor. Namun beliau telah membeli satu lagi rumah di alor gajah taman kasa height untuk di jadikan aset hari tua beliau.


Beliau telah bersetuju memilih design dan meterial jenis laminate untuk di jadikan set kabinet dapur rumah beliau. Segala pengalaman kami curah kan maka terjadi lah set kabinet dapur ini.


Penggunaan ruang dan warna memainkan peranan penting untuk tampak lebih elegen.

Penggunaan hingest jenis soft close juga memainkan peranan penting supaya pintu kabinet kabinet tidak terhempas kuat.


Terima kasih tak terhingga kepada tuan fazli kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami..

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...