Kabinet dapur tangga batu

Alhamdulillah setelah berhempas pulas menyiapkan tempahan di tangga batu akhirnya selesai semua nya dengan jayanya...


Pemilik rumah ni bernama kak ila bersama suami nya en azhar..
Untuk pengetahuan semua puan ila ni menjalankan perniagaan kedai runcit di cheras..so rumah di tangga batu ni sekadar aset untuk hari tua la...

Projek kami kat sini merangkumi kabinet dapur, almari bilik, grill dan wiring lampu..

Untuk yang pertama jom kite lihat kabinet dapur beliau..



Dengan menggunakkan table top konkrit tile 2 x 2 kaler hitam serta kabinet dapur 3G glass sebesar besar dapur ni..area dapur ni memang luas. Puas hati la kalau dapat dapur camni. Nak panggil orang kampung datang pun seronok ler...

Penggunaan warna berkombinasi oren dan marron memang menjadikan dapur ni ceria..bukan ceria pop star tau...


Kami juga mendapat kepercayaan yang tinggi dari puan ila untuk membuat almari bilik, pendawaian electrical serta pemasangan

Jom kite cuci mata sekejap antara koleksi koleksi projek di rumah puan ila ini..



 Almari bilik ni kami gunakan pintu jenis slidding anty jump..




 Kerja kerja pendawaian electrical.




 Grill juga kami pasang..



Yang paling penting siap servis potong rumput tu...

Jangan terkejut...

Terima kasih puan ila kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Almari bilik sg mati muar

Hari ni kami di tugaskan membuat sebiji almari bilik pintu jenis slidding anty jump mirror di sg mati Muar Johor..berpusing pusing kami mencari rumah makcik siti juliah ni, rupe nye tepi jalan je...




Pemilihan kaler yang cerah membuatkan ruangan bilik kelihatan besar.

Alhamdulillah makcik siti berpuas hati..


Kabinet dapur di melaka

" kami tak ramai, tetapi kami ada "
Sedikit pengenalan dari kami untuk anda.
Naz creative telah bergiat aktif membuat perabut khususnya pembuatan kabinet dapur sejak tahun 2002.
Dengan berbekal modal secukup rasa kami mengorak langkah ke persada pembuatan perabut.


Kami menerima tempahan secara langsung dari pengguna tanpa menggunakan orang tengah. Ini kerana kami amat menitik beratkan kualiti mengikut harga yang di tawarkan.


Bermula di kajang dan kini di melaka, pelbagai pengalaman kami yang mendewasakan. Segala teguran dari pelanggan kami sematkan di hati. Alhamdulillah hasilnya ramai yang telah berpuas hati.


Kami juga tak lari dari kesilapan, namun kami bersyukur, kami sentiasa di beri peluang untuk membaiki segala kesilapan kami.





Selain dari kabinet dapur dan pelbagai perabut, kami juga menerima tempahan membuat grill rumah, katil besi , pendawaian electrical dan plaster ceiling..

Ni contoh contoh plaster ceiling..jom kite lihat..






Pelbagai bentuk dan design buleh di dapati. Lighting ceiling pun buleh buat, cornes step pun buleh..kasi tau saja..

" kami tak ramai, tapi kami ada "
Pada yang selalu berurusan dengan kami mungkin ramai yang dah mengenali team Naz creative..

Kebolehan kami,
En naz : marketing, desingner dan pembuat perabut
Puan az : marketing dan akaun
En zazri : pembuat perabut dan chargman electrical
En farizal : pembuat perabut, glass dan wireman electrical
En zul : pembuat perabut dan welder besi
En mus : pembuat perabut dan glass
En reduan : pembuat binaan sivil dan plaster ceiling
En din : pembuat binaan sivil, plaster ceiling dan wireman electrical
En riduan : pembuat grill
En hazwan : pembuat perabut .

Setiap antara kami, kami cuba terapkan dua kebolehan setiap orang agar kerja kami tidak tergendala.

Tiada lagak bos..yang ada semua bekerja..




Insyaallah dengan sokongan dari anda kami akan terus mengerak langkah  demi anak melayu..

Almari bilik serkam

"Ku mengharap kan ramadhan kali ini penuh bermakna..agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

Alhamdulillah lagi beberapa hari kita nak sambut ramadhan..syukur kehadrat ilahi kerana kita semua masih di beri peluang untuk bertemu ramadhan lagi..insyaallah..

Hari ni kami nak story kan sedikit tentang satu lagi pemasangan almari bilik di taman dato abdul aziz pulai, serkam.* ala belakang sekolah sri mahkota tu *

Terima kasih en riduan kerana sudi membuat tempahan dengan kami..untuk pengetahuan semua en riduan ni seorang kontraktor binaan rumah.

Jom kite lihat beberapa koleksi almari bilik di serkam ni.





Apa yang istimewa nya produk kami, kesemua pintu kami menggunakan hingest jenis soft close...memang tertarik memang dabommmm punye...

Tu saja lah nak story kan, sebab sekarang tengah produce untuk projek tangga batu, alor gajah, putrajaya, puchong, durian tunggal dan beberapa projek lagi..tunggu hasil nya..insyaallah sesama berdua rezeki kita semua..

Kabinet dapur the kampung jus

Sape pernah dengar " the kampung jus" di selandar.



Perjalanan kami dari bukit tembakau ke kampung jus tidak lah jauh mane pun..di sini juga terdapat satu empangan jus , kolam tadahan air Melaka. Ape yang best nye kat sini " pot " mancing memang A punye..satu jam berbakul ikan keli..


Di kampung jus ini juga kami di fahamkan masih mengamalkan adat pepatih..wow...

Tu serba sedikit tentang kampung jus..tapi kami nak story kan ni kisah perjalanan pembuat kabinet dapur yang terhangat di pasaran..hehehehehe...

Kisah nya bermula pada hujung bulan april 2017, kami mendapat panggilan dari sabah yang bernama en faiz ingin bertanyakan kabinet dapur..lokasi pemasangan pulak di kampung jus selandar rumah ayahandanya iaitu IMAM DOL SALIM..mybe ada yang kenal kot..


Penggunaan material kali ni adalah jenis 3G glass warna marron...wow..cantik nye...

Ni di katakan kabinet raya..


Akhir kata dari kami, terima kasih en faiz kerana sudi buat tempahan dengan kami.
Dh..jom balik kampung sempena cuti hari buruh...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...