Kabinet dapur 4G glass duyung

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur. Lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan tahun baru. Semoga dengan kehadiran tahun baru 2019 ni kita dapat menanam azam dengan cermerlang. Begitu juga dengan kami, azam semoga kami dapat merialisasikan impian dapur anda..

Hari ni kami nak kongsikan sedikit info pemasangan kabinet dapur di duyung melaka. Apa yang menarik sangat pemasangan kali ni, kami membuat kabinet dapur menggunakan material jenis 4G bronze mirror beserta table top quart stone. Wow...menarik kan...jom kite lihat...



Untuk design elegan sebegini memang mengambil masa yang agak lama sehingga kan pemilik rumah tertunggu hingga resah gelisah...ye la biasanya kami mengambil masa dalam 2 minggu untuk membuat kabinet dapur. Namun di sebab kan design sebegini memang lambat sedikit masa untuk membuat nya.



Namun apabila selesai sahaja pemasangan..tuan rumah pun terkejut dengan hasil nya sehingga kan tidak terkata apa apa. Tak berhenti henti mengucapkan terima kasih tak terhingga.

Apabila pelanggan pun puas hati maka kami senyum sampai ketelinga la mendengar pujian..

Terima kerana memberi kepercayaan kepada kami walau pun pada asal nya berat hati nak oder dengan kami katanya harga kami mahal...kami tak jual produk murah...kami akan bagi yang berkualiti..kalau nak yang murah kena cari tempat lain la...

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan buleh lah menghubungi kami 0196645709 atau buleh singgah sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Kabinet dapur merlimau permai

Alhamdulillah selesai sudah satu pemasangan kabinet dapur di taman merlimau permai.

Pemilik rumah ni bernama en sham yang bekerja di kuala lumpur namun beliau membeli sebuah rumah di taman merlimau permai..beliau telah memilih material laminate glossy dengan percaturan dua kaler iaitu hitam dan grey...



 Pemilihan kaler amat bersesuaian dengan design dapur rumah beliau..cantik dan menarik simple dan moden.

Terdapat juga satu aksesori tambahan rak pinggan agar mudah untuk menggantung pinggan yang sudah di basuh.

Terima kasih en sham yang sudi membuat tempahan dengan kami.

Kabinet dapur murah di melaka

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur..
Berita baik untuk warga melaka kini kami sedang melancarkan promosi kabinet dapur murah bagi mengabiskan stok stok 2018 dan menjelang 2019. Harga yang menarik design yang cantik.
Pelbagai jenis material antaranya fully aluminium, fomeca, milamine dan 3G glass.
Kepada yang berminat anda buleh menghubungi kami 019 6645709 atau buleh singgah sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Jom lihat bebarapa koleksi kabinet dapur







Pelbagai jenis table top antara jenis HPL, tile konkrit, solid surface, quart stone dan granite...

Kabinet dapur september 2018

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpahan rezeki nya..dari dia kita datang dan kepada nya juga kite kembali..

Hari ni kami nak story mory sedikit pemasangan kami di bulan september 2018...

Untuk pemasangan pertama kami di selayang. Kami di tugaskan membuat pemasangan dua biji almari bilik di condo selayang ni..


Semenjak beroperasi di melaka ni kami jarang membuat pemasangan projek untuk rumah condo atau apartment ni. Kali ni kami di tugaskan untuk rumah condo..alamak..punya la penat mengangkat barang....




Tu dia...selepas siap cantik yang amat..berbakul pelanggan memuji..menggunakan pintu jenis aluminium anty jump memang menjadikan almari bilik ni cantik. Pemilihan warna yang agak dark juga menyerikan lagi kesesuaian ruangan bilik ini. Alhamdulillah selesai satu hari punya pemasangan di selayang ni..

Selesai saja pemasangan di selayang ni kami terus balik melaka untuk pemasangan almari bilik di rumah en ahmad bertempat di merlimau kg gajah.

En ahmad kite ni menetap di rawang tapi ada rumah sebiji lagi kat melaka...wah....kaye orang sekarang.. beliau memilih almari bilik warna merah gitu..jom kite lihat..



En ahmad membuat tempahan almari bilik untuk anak bujang beliau. Wow...merah gitu..dengan ketinggian sampai ceiling banyak benda buleh di simpan dalam almari ni. Cantik tak...mesti ler cantik..

Perjalanan kami di teruskan lagi ke taman padang temu..yang ini agak cerewet sikit..biasa lah...pesara cikgu disiplin katakan. Namun begitu beliau sgt berpuas hati dengan hasil kerja kami.


Satu set kabinet dapur simple warna grey dan hitam pembuka tirai rumah ni. Walau pun simple ciri ciri tarikan tu ada. Memang cantik. Kemudian kami beralih ke almari bilik anak beliau..



Dengan menggunakan kombinasi kaler hit dan grey juga memberi impak untuk almari bilik ni...

Untuk pemasangan ketiga kami, sesuatu yang amat tuan rumah tunggu adalah pemasangan pintu slidding antara dapur dan ruang makan.



Yang ni la yang kami maksudkan tadi..begitu puas hati tuan rumah melihat apa yang di idamkan menjadi kenyataan. Alhamdulillah  siap jugak walau pun berjenuh kami nak pasangkan pintu jenis sedemikian rupa..bab kabinet dapur memang kami expert, tapi bab selain kabinet dapur memang agak slow sedikit..biasalah jarang buat pemasangan selain kabinet dapur.

Kabinet dapur bukit katil

Pejam celik pejam celik dh nak masuk hujung tahun. Minggu ni minggu peperiksaan UPSR untuk anak anak kite pewaris bangsa kita. Semoga anak anak kita di berikan kesihatan tubuh badan untuk menghadapi peperiksaan ini.

Hari ni kami nak kongsikan sedikit info pemasangan projek kami di taman bukit katil. Serentak tiga biji rumah di laksanakan di bukit katil damai dan dua biji rumah di taman bukit katil indah.

Untuk pemasangan yang pertama kami ke rumah en mahmud di taman bukit katil indah. En mahmud ni tokey dobi tau. Beliau telah membuat tempahan almari bilik yg cantik dan besar..



Dengan menggunakan material jenis laminate glossy serta pintu slidding anty jump memang menjimatkan ruang. Cermin muka atau mirror kami pasang di tengah tengah supaya bilik kelihatan luas. En mahmud juga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan oleh kami. Terima kasih en mahmud.

Kemudian kami beralih pula ke jalan bukit katil indah 6 rumah puan ana.
Puan ana membuat tempahan kabinet dapur jenis laminate kombinasi hitam dan merah. Walaupun kecil namun dapur puan ana kelihatan cantik dan kemas. Jom kite lihat..




 Kenapa...masih tak percaya saya cakap dapur beliau comel.. kan comel dapur tu. Walaupun kecil dan simple namun cantik dan kemas. Puan ana sekarang ni terpaksa berulang alik ke hospital menjaga adik nya yang buat pembedahan kaki. Semoga ALLAH permudahkan urusan beliau. Terima kasih puan ana.

Masih lagi berlegar di bukit katil, kali kami ke taman bukit katil indah 2 iaitu rumah town house. Untuk pemasangan kali kami tidak berhadapan dengan pemilik rumah. Kami cuma berhadapan dengan kontraktor yang dapat projek renovate rumah tu. Kami juga menerima tempahan melalui kontraktor2 luar. Cuma kami amat berhati hati memilih kontraktor ni.



Kombinasi hitam dan merah memang ramai menjadikan kaler ini kaler pilihan utama. Mungkin di sebabkan  kaler ini amat mudah di jadikan hiasan kaler dapur.
Penggunaan bar kaunter ini juga amat porpular di kalangan warga melaka.

Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang sudi membuat tempahan dengan kami. semoga ALLAH membalas segala jasa baik tuan tuan dan puan puan.

Kepada yang di luar sana berkeinginan untuk bertanyakan sebut harga buleh lah hubungi kami 0196645709...jangan risau sebut harga free je

Kabinet dapur umbai

Assalamualaikum kepada semua geng geng hias rumah terutama pencinta kabinet dapur. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami dari belakang.

Kali ni kami dipertanggung jawabkan untuk membuat kabinet dapur di pernu umbai..agak mencabar jugak buat pemasangan kali ni..

Cabaran yang pertama adalah..dapur rumah ni dapur kampung. Tapi tuan rumah nak nampak kan dapur seolah olah dapur moden..wal la weh...tak tidor malam kami di buat nya...

Jom kite lihat dapur sebelom dan selepas..



Begini keadaan dapur sebelum siap..terdapat satu kabinet yang sye kirakan zaman 80an dulu punya ni. Keadaan sinki yang agak uzur manakala lantai tidak ada tile..

Langkah pertama kami adalah..kami robohkan semua binaan konkrit lama supaya binaan konkrit baru dapat di dirikan dengan baik.


Proses memecah konkrit memakan masa satu hari je. Memang bersepah sikit la. Kalau tak tahan habuk memang sesak nafas la. Selesai saja pecahkan binaan konkrit lama terus kami rata kan lantai untuk pasang tile lantai. Penggunaan tile lantai warna putih adalah untuk memastikan ruang dapur kelihatan luas.



Pemasangan tile lantai dan binaan konkrit table top yang baru sedang di jalan kan. Dengan menghadapi keadaan dapur yg agak kurang memuaskan memang mencabar la..biasa nya kami buat kabinet dapur area rumah taman..so memang kite tahu kondisi rumah taman atau rumah baru ni. Bila kena buat kabinet dapur rumah kampung memang susah jugak. Pastu nk pastikan jadi kabinet dapur moden..alamak..try je la..


Selesai je membuat table top dan lantai tanpa membuang masa kerana time is gold..kami berkejaran menyiapkan kabinet dengan memasang pintu. Nak design dapur ni pun pening, tuan rumah letakkan 100% kepada kami untuk design kan dapur nya. Yang pentinh setiap ruang atau sudut buleh di gunakan.

Maka nya....ha ini lah hasil nya...merah, hitam, putih dan beach kaler jadi taruhan. Ye la dinding rumah still wood coulor.


Terdapat satu ruangan breakfast table agar mudah untuk makan makanan ringan.


Alhamdulillaj selesai juga pemasangan kabinet dapur kali ni. Tersenyum lebar penghuni rumah ni. Beliau pun tak sangka akan dapur macam ni. Yang tadi nya dapur kelihatan sempit skg tidak lagi. Sambil memasak sambil letak anak di kawasan dapur.

Terima kasih tak terhingga kepada pemilik rumah puan wati yang memberi kepercayaan penuh kepada kami.

Kepada yang berminat buleh la hubungi kami di www.wassap.my/0196645709 en yusof atau buleh singgah ke kilang kami di taman bukit tembakau.

Sekian terima kasih.

Kabinet dapur serkam

Assalamualaikum warga sekam melaka. Alhamdulillah hari ni kami telah pun siapkan satu lagi tempahan dari puan rosnini yang bekerja di klinik pergigian melaka mana kala suami beliau seorang pesara tentera..

Tempahan kali ni adalah bar kaunter dan tiang hiasan. Jom kite lihat sama sama..




Dengan menggunakan material jenis laminate glossy merah dan hitam menampakkan lagi ciri ciri dapur kemodenan. Bar kaunter sebegini memang banyak menjadi pujaan ramai. Mudah untuk sarapan pagi bagi yang bekeluarga kecil.

Selesai sahaja pemasangan bar kaunter kami beralih pulak pemasangan tiang hiasan ruang tamu.



Tiang sebegini pun banyak jugak permintaan..tahun ni sahaja kami pasang tiang sebegini dalam area melaka banyak jugak...pembahagian ruang antara dapur dan ruang tamu memang menakjubkan..


Terima kasih kepada puan rosnini yang sudi membuat tempahan dengan kami..pelanggan berpuas hati kami gembira

Kepada yang berminat untuk menempah kabinet dapur, anda buleh hubungi kami atau whatsup kami ke www.wassap.my/0196645709 dunia kabine dapur.

Kabinet dapur 3G glass melaka

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog ini serta rakan rakan baru yang mengenali kami DUNIA KABINET DAPUR.

Sempena cuti panjang ni masih tak terlewat kami untuk mengucapkan selamat menyambut hari merdeka, selamat menyambut awal muharam tahun baru islam dan juga selamat menyambut hari malaysia..wah cuti panjang kita tahun ni. Mungkin ada di antara kita yang menyusun jadual percutian balik kampung atau pergi bercuti makan angin. Semoga perjalanan anda di rahmati dunia dan akhirat.

Walaupun kite di landa cuti yang panjang ini, namun bagi kami tempahan membuat kabinet dapur masih berjalan seperti biasa. Al maklum la time cuti bergini pelanggan nak oder kabinet dapur.

Kali ni kami nak story kan tentang dua pemasangan kabinet dapur area melaka ni. Yang pertama di taman muhibbah merlimau dan yang kedua nya di taman jasin bistari. Kedua duanya pelanggan ini bekerja di luar kawasan melaka namun sempat lagi buat aset hari tua dalam area melaka. Jom kite lihat sama sama..

Untuk yang pertama pelanggan kami bernama en idan yang bekerja di putrajaya. Beliau membeli rumah di taman muhibbah merlimau ni. Material yang di pilih beliau adalah jenis 3G glass browns mirror manakala table top menggunakan quart stone yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat kite sekarang.





Menggunakan konsep moden kontemperari memang menakjubkan. Manakan tidak seluruh dapur berkilau kilau. Senang cerita tak payah susah payah nak mengecat dinding dapur. Dengan adanya pintu 3G glass browns mirror dapur ini kelihatan luas dan begitu gah sekali. Gerenti sayang nak masak guna dapur ni.

Terima kasih en idan yang sudi membuat tempahan dengan kami.

Untuk pemasangan kedua pula kami ke seksyen 4 taman jasin bistari rumah cikgu safri. Cikgu safri ni mengajar sekolah di bandar IOI segamat dan membeli aset di melaka ni. Untuk hari tua katakan.


Pada awal nya cikgu safri ni agak kurang yakin dengan hasil tangan tukang kayu bertaraf bumiputera ni, mungkin di sebabkan sejarah masa silam kot dan mungkin taknak jadi SEJARAH MUNGKIN BERULANG...cewwaaaaah macam tajuk lagu tomok lak.


Namun setelah di yakini oleh kami yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam dunia perabut ni akhirnya beliau setuju membuat tempahan dengan kami walaupun beliau berkata agak takut nak berurusan dengan tukang kayu bumiputera ni.

Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami dapat jugak la kami menyara anak isteri dengan tempahan yang kami di amanahkan.



Dengan menggunakan material jenis 3G glass kombinasi kaler hitam dan marron memang memberikan kelainan. Lihat sahaja campuran kaler tu..cantik kan.

Terima kasih cikgu safri yang sudi membuat tempahan dengan kami.

Kepada yang di luar sana seandainya berminat dengan hasil kami buleh la hubungi kami 0196645709 atau datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Sekian terima kasih....

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...