Showing posts with label merlimau. Show all posts
Showing posts with label merlimau. Show all posts

kabinet dapur merlimau

 Assalamualaikum kepada semua geng geng hias rumah, tukang apa hari ini, geng deco rumah, kontraktor pembinaan dan hiasan dalaman serta kawan kawan yang sedang mencari idea untuk membuat kabinet dapur. dah lama kami tak update pasal kerja kerja kami maklum la ramai sangat yang ada minta tunjuk ajar cara cara membuat kabinet dapur. Alhamdulillah masa terluang ni dapat lah kita berkongsi sedikit info info pemasangan kami. Buat masa sekarang kami terpaksa menghentikan sementara operasi kami dek kerana saranan kerajaan agar menutupi atau pun menghadkan pergerakkan di sebabkan penyebaran virus COVID-19 yang semakin memuncak. Pada hari ni sahaja kes sudah pun meningkat ke 7k keatas. Satu hari melibatkan kematian yang tinggi setakat ini mencecah 152 orang. Kita doakan sesama agar kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Amin.....

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan kami yang agak besar nilainya serta padu la sedikit. Untuk pengetahuan semua segala urusan jualbeli tempahan bermula bulan februari 2021, namun kami tak dapat siapkan ketika itu di sebabkan kerja kerja ubah suai rumah beliau belom lagi siap. Itu kena tanya kontraktor buat rumah kenapa lambat siap.

Di sini kami lampirkan beberapa hasil kerja kami



Rak tv beserta meja solek dengan menggunakan material laminate. terdapat ruang Carcas untuk letak decoder Astro dan menyimpan susunan alat perhiasan diri. untuk bahagian dinding kami menggunakan laminate bercorakkan marble agar kelihatan ruang bilik menjadi cantik.



Di tengah ruangan dapur kami sertakan satu Island bar dengan menggunakan material 4G glass. manakala ruang belakang Island Bar kami buat satu Dumy pintu agar kelihatan Island Bar nampak menarik. 



Untuk bahagian wall cabinet kami menggunakan material laminate white glossy supaya nampak sesuai dengan tile dinding rumah beliau. wow...memang cun la. terdapat juga satu ruang disk rack supaya mudah untuk menyimpan pingan yang kerap di gunakan. Sebenarnya dapur rumah beliau memang cantik.







Selain dari kabinet dapur kami juga menyiapkan almari bilik untuk rumah ini. terdapat 5 bilik yang perlu kami siapkan. penggunaan pintu jenis slidding Anti Jump berserta mirror di tengah memainkan lagi elemen elemen penting dalam sesebuah bilik. Penggunaan pintu jenis ini juga memberikan jimat ruang antara kawasan katil dan almari bilik. Kebiasaan nya ramai capenter membuat pintu anti jump ini hanya 6 kaki mana kala baki pintu mereka akan membuat pintu jenis daun. Ini kerana harga untuk pintu Anti jump ini agak mahal harga nya. Namun kami membuat pintu sampai ke ceiling kerana segala proses membuat pintu kami lakukan sendiri.


Jom kita hasil selepas kami siapkan...











Terima kasih kepada abg Mat kerana mempercayai hasil kerja kami.

kepada yang berminat buleh lah menghubungi kami www.wassup.my/+6019 6645709/kabinetdapur atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

DUNIA KABINET DAPUR part 1

 Kali ni kita di kejutkan sekali tentang PKPB berikutan kluster di sabah sempena PRN 2020. titik permulaan di situ menjadi igauan ngeri buat kita rakyat malaysia. Sehingga hari kes makin meningkat. Begitu juga tempat kami di melaka di mana kluster INFINEON BATU BERENDAM mula merebak. 


Segala aktiviti harian agak terhad, seperti kedao makan, kedai runcit, petrol pum pun hanya buleh beroperasi tidak melebihi 10 malam. Aktiviti sosial seperti kenduri, majlis keraian juga tidak di benarkan bagi mengekang covid-19. 


Di setiap sempadan negeri juga kelihatan pihak keselamatan seperti POLIS dan TENTERA membuat sekatan agar Perintah Kawalan Pergerakkan PKPB di jalan kan dengan lancar.

Di sebabkan COVID-19 dan PKPB ini ekonomi negara semakin mencemaskan mana tidak nya perkembangan ekonomi semakin merundum. Ramai yang di lihat bakal kehilangan punca pencarian. 

Begitu juga dengan kami, banyak operasi kami terpaksa kami perlahankan di sebabkan kekurangan bahan mentah. Namun kami bersyukur di saat begini kami masih di beri kepercayaan penuh dari pelanggan. 

Terima kasih kepada semua pelanggan kami. 


Untuk pengetahuan anda semua, DUNIA KABINET DAPUR adalah satu satunya syarikat 100% milikan bumiputera yang beroperasi sepenuhnya di taman bukit tembakau umbai.


Di sini kami memberi peluang pekerjaan kepada anak anak melayu tempatan dalam bidang kerjaya pembuatan kabinet dapur.



Terdapat pelbagai jenis material dari kayu lamina, solid wood berkualiti gred A serta material terbaru aluminium profail bertaraf tinggi. 



Di sini kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kami menjadikan pelanggan pelanggan kami seperti guru kami. Setiap tegur kami terima dengan hati terbuka.




Kekangan atau permasalah dari segi bahan mentah juga kami alami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan , namun kami cuba atasi dengan membuka pusat hardware kami secara kecil kecilan agar kami dapat atasi sikit demi sedikit masalah ini.





Dengan cara ini juga kami dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat. Alhamdulillah.



Semua ini juga hasil sokongan dari anda semua.





Sedikit info tentang team team kami.

1. Pengurusan / pemasaran / akaun / designer
- en yusof

2. Pengurusan 
- puan azlilawati

3. Penyelia operasi / pemasaran / operasi kaca & aluminium
- en saiful

4. Penyelia pemasangan / ketua operasi
- en farizal

5. Ketua pemasangan segala produk
- en hafiz

6. Bahagian perkayuan
- en sham
- en hariz
- en amir
- en nazrul

7. Bahagian kerja kerja batu
- en reduan

8. Kumpulan sokongan
- en senthu ( quarz stone )






Kami juga mengalu- alukan pelapis pelapis yang baru tamat persekolahan untuk bersama kami dalam bidang kerjaya pertukangan ini.




Itu lah serba sedikit tentang kami di DUNIA KABINET DAPUR umbai. Insyaallah untuk DUNIA KABINET DAPUR part two nanti kami akan storykan sedikit tentang cara cara membuat dan memasang kabinet dapur. 


Marilah kita sama sama berdoa agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.


Amin...


Kabinet dapur merlimau


Salam ramadhan dari kami semua untuk anda. Ramadhan kali ini agak berbeza dari tahun sebelom nya. Dalam Perintah Kawalan Pergerakkan ini pelbagai aktiviti terpaksa kita had kan. Seperti juga kami team DUNIA KABINET DAPUR juga terpaksa menghentikan operasi sementara demi menyahut seruan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini. Insyaallah sama2 kita doakan agar negara segara di pulihkan.

Hari ni kami nak storykan sedikit satu pemasangan kabinet dapur di merlimau pantai yang kami pasang sebelom PKP di lakukan. Jom kita lihat.


Pemilik rumah ini bernama Puan Nani dan beliau amat tertarik dengan keindahan merah. So pemilihan kaler pun warna merah la..


Kami menggunakan material jenis laminate glossy serta kemaskini edging aluminium profail. Dari segi ketahanan material ini tahan air.


Terima kasih kepada puan nani kerana sudi membuat tempahan dengan kami. Segala pertanyaan buleh la hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Kabinet dapur melaka 2020

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur dan kepada mereka yang sedang membuat tinjauan tinjauan kabinet dapur untuk rumah baru...
  Sekarang kita di kejut kn dengan serangan virus covid-19 yang begitu bahaya sekarang. Banyak negara dah start buat lockdown. Harap2 negara kita tidak sampai tahap begitu...
   Baik, jom kita lihat beberapa koleksi kabinet dapur yang kami pasang untuk bulan mac sepanjang covid-19 melanda ni.

Untuk pemasangan pertama kami di taman sebatu putra merlimau.


Untuk material kali ni kami menggunakan jenis laminate glossy darkgrey. Penggunaan kaler memberi impak yang cantik buat rumah puan asmah ni.


Terima kasih puan asmah kerana sudi buat tempahan dengan kami..



Tempahan kedua pulak kami ke rumah kak nani di merlimau pantai.


Kaler merah gitu..cantik sesangat.



Yang ni pulak rumah en ammar di simpang ampat alor gajah. Pemasangan ni melibatkan kabinet dapur dan almari bilik.


Kabinet dapur rumah ni kami menggunakan material jenis 3G glass silver colour. Sesuai dengan keluasan dapur kami juga sertakan satu island table.



Manakala untuk almari bilik kami menggunakan meterial jenis laminate darkwood sesuai dgn colour dinding bilik.


Kabinet dapur yang simple dan comey ni bertempat di apartment pertam. Ini kali ketiga kami membuat pemasangan di kawasan ini. Alhamdulillah berkat kesyukuran kami mampu siapkan apa yang di amanahkan.



Yang ini agak mewah kabinet dapurnya iaitu rumah puan nurul di taman bertam setia.

Puan nurul memilih material 4G bronze mirror berserta top quart stone.


Terdapat juga satu island bar yang begitu cantik sekali.


Selain kabinet dapur kami juga memasang satu almari bilik sesuai dgn keluasan bilik ini. Cantik kan..


Kepada yang berminat untuk tempahan kabinet dapur anda buleh la menghubungi kami 0196645709. Sedaya upaya kami cuba buat yang terbaik mungkin. INSYAALLAH..

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...