Kabinet dapur 1 krubung

Alhamdulillah selesai jugak pemasangan kabinet dapur di taman 1 krubung sempena tahun baru cina 2020..

Esuk seluruh masyarakat cina akan menyambut tahun baru manakala kami baru saja selesai pemasangan kabinet dapur. Dengan selesai nya pemasangan dapat la kami team yuza management & trading bercuti sempena tahun baru cina dengan tenang nye...hehehehe...

Jom kita lihat segala pogress di rumah en hasreen ni...


Ini adalah gambar dapur sebelom kami memulakan proses membuat kabinet dapur. Untuk pengetahuan anda perumaham taman 1 krubung ni memang dah siap pakej beli rumah serta siap table top konkrit tile. So kalau nk buat kabinet dapur ni kalau tempah pasti nya dapat menjimat kos...namu bagi pemilik rumah ini en hasreen beliau lebih cenderung kepada design top jenis quart stone. Maka kos nye memang agak tinggi...kami terpaksa memecah kan semula table top yang sedia ada tu...

Dan kisah bermula kami pun mengubah suai dapur dengan merobohkan semula table top sedia ada..

En hasreen juga melantik pereka design dari pelukis plan bertauliah..


Ini lah drawing yg di berikan kepada kami. Setelah di persetujui mengikut kesesuain melibatkan beberapa teknikal maka kami mulakan proses membuat...

Terdapat beberapa perubahan iaitu dari segi kaler dan tempat penyedut asap...
Dan hasil nya hari ini....jeng jeng jeng





Terima kasih en hasreen kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mengubah suai dapur nye...

Selamat tahun baru cina 2020...

Kabinet dapur murah 2020

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta kepada anda yang baru sahaja mengenali kami...tidak terlewat rasa nya untuk kami ucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru 2020. Semoga dengan kehadiran tahun baru ni kita dapat laksanakan azam kita...

Begitu juga dengan kami, azam kami tahun 2020 ni nak memperkasakan lagi perkhidmatan kami agar bertambah baik..

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan untuk tahun baru ni...jom kita lihat beberapa koleksi pemasangan kali ni...

Untuk permulaan tahun baru 1/1/2020 kami telah membuat pemasangan di taman ayer molek perdana  rumah puan azniza...





Satu pemasangan kabinet dapur yang simple dengan menggunakan material jenis 3D marron glossy. Memang cantik dan kemas walaupun hanya kecil je ruangan dapur beliau. Alhamdulillah selesai sahaja pemasangan kami terus ke kg batu gajah merlimau...


Di kg batu gajah ni pun satu projek kecil je...simple je jenis 3D white glossy ni mudah untuk uruskan mentenen...hehhehe....

Kami teruskan lagi perjalanan kami ke taman harmoni vista pagoh...ala yang dekat UTHM tu...jauh jugak lak perjalanan kami ke pagoh ni...kali ni bukan kabinet dapur tetapi almari bilik jenis anty jump mirror slidding...





Almari ni kami buat sampai ceiling...mudah dan banyak barang buleh di simpan...penggunaan full mirror memang cantik dan luaskan pemandangan dalam bilik...tak payah bersusah payah cari cermin nak siapkan diri...sebenarnya untuk rumah en wira ni kami ada lagi projek untuk kabinet dapur. Memandangkan rumah beliau masih lagi undercontraction so kami buat keputusan untuk pasang dulu almari bilik ni...senang la beliau nak menyimpan barang barang beliau. Mybe bulan mac baru kami buleh buat pemasangan kabinet dapur beliau...

Selesai pemasangan di rumah en wira, kami teruskan ke ayer molek perdana semula rumah abam askar kita en rohizam...



Untuk rumah en rohizam ni pun kami pakai meterial 3D cream glossy berserta carcas panel black glossy..tetdapat satu ruang terbuka khas untuk oven...wah..senang gitu nak masak, dan nak gunakan

Dan untuk setakat ni projek yang agak mega sedikit kami pasang di taman serom perdana...katanya rumah ayahanda pemain bola sepak JDT...






Untuk projek ni kami gunakan 3D white glossy serta cascas black glossy agar menampakan tone coulor yang cantik...dan hasilnya memang menarik...sehingga pelanggan pun puas hati...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...