3G glass taman emas dengkil

Assalamualaikum bertemu kembali kite di ruangan dapur dan hiasan dalaman. Kali ni kami persembahkan sedikit projek pemasangan kabinet dapur di taman emas dengkil. Dah lama kami tak masuk dengkil asyik main kat salak tinggi je. Kali ni singgah dengkil lak.

Pemilik rumah bernama dato' habib dan datin memang baik. Termasuk la anak nya puan shasha dan en taufik begitu ramah melayan kami. Kenyang jugak la kami semasa membuat pemasangan kabinet dapur kat sini. Asyik makan je.



Dengan memilih material jenis 3G glass serta warna yang tak berapa nk gelap ( kami pun tak tahu nk panggil warna apa ni ) sebab kami melakukan percampuran warna untuk rumah ni atas permintaan tuan rumah nk kan warna sedemikian.



Apabila selesai je pemasangan.. Alhamdulillah cantik serta dpt pujian dari  tuan rumah.



Kami juga menggunakan hingest jenis soft close agar pintu tidak tertutup dengan kuat. So sesape yang ada anak kecil tak perlu risau anak kecil anda menghempas pintu.

Selain dari pemasangan kabinet dapur kami juga membuat pemasangan stor bawah tangga di rumah dato' habib ni.



Cantikkan. Akhir kata dari kami terima kasih kepada dato' habib kerana sudi membuat tempahan perabut dengan kami walaupun jenama kami tak sebesar nama intech kitchen atau unity kitchen. 

Antara krew yang terlibat di rumah dato ni

Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Wan : tukang
Idan : tukang
Zul : tukang

3G glass hijau di ampang

Alhamdulillah selesai satu pemasangan kabinet dapur di pandan mewah ampang. Walaupun hari ni bersesak jalan raya nak sampai ke destinasi dek kerana perhimpunan merah namun kami NAZ CREATIVE TRADING tetap menunaikan tanggung jawab kami menyelesaikan pemasangan kabinet dapur yang telah di tempah oleh puan azliza ni.

Material yang di gunakan utk rumah puan azliza ni adalah 3G glass berwarna hijau. Wah banyak sungguh sekarang tempahan warna hijau dari kami sekarang ni.

Siapa cakap warna hijau tidak menarik. Anda buleh lihat sendiri jawapannya setelah  melihat hasil nya



Cantik kan warna hijau. Mantap gitu..dengan menggunakan hingest soft close membuat pintu kabinet tidak tertutup dengan kuat.



Ni gambar owner suaminya puan azliza tengah buat inspection kabinet dapur. Jangan terkejut suami puan azliza juga pakar memasang perabut ni. So die amat menitik beratkan tentang kualiti. Alhamdulillah tiada masalah yang timbul.



Pemasangan bermula pada pukul 12 tengah hari dan selesai pukul 6 ptg dengan jayanya.

Akhir kata dari kami, terima kasih kerana bagi sokongan kepada kami pengeluar kabinet dapur melayu.

KEPUASAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI.


3G glass hijau kak foziah

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencari kabinet dapur untuk rumah baru mahu pun yang ingin menukar kabinet dapur sedia ada.
Kali ni kami NAZ CREATIVE TRADING nk kongsi kan sedikit hasil pemasangan kabinet dapur yang cantik dan simple di jenderam hilir..
Pemilik rumah ni bernama puan foziah memang seorang sempoi dan tenang je orangnye. Beliau memang amat suka kan warna hijau hingga kan sofa, langsir, dinding ruang tamu dan yang terbaru kabinet dapur pun warna hijau...klass gitu..

Sebenarnya warna hijau ni dah lama kami perhatikan memang cantik. Pertama kali kami buat warna hijau pada tahun 2006 rumah en zailani kat seksyen 7 bangi. Masa tu warna hijau ni bukan kaler febret lagi. Time tu warna merah dan putih menguasai pasaran kabinet dapur.



Tahun ni 2015 kemunculan warna hijau menjadi pilihan. Banyak lagi dekat kilang tempahan warna hijau yang kami dapat sekarang ni.

Warna hijau ni memang sejuk mata memandang, tenang je bila di dapur. Nk masak pun semangat tau.



Ini lah hasil nya kabinet dapur kaler hijau. Cantikkan sesuai untuk dapur ruang yang sempit dan yang luas.

Untuk pengetahuan pelanggan semua kak foziah kite nk pergi tunaikan haji tahun ni. Mari lah kite doakan bersama perjalanan beliau selamat pergi dan balik. Semoga satu hari nanti insyaallah kami warga NAZ CREATIVE TRADING juga berkesempatan melawat rumah ALLAH. 
INSYAALLAH.

Team pemasangan
Naz : marketing
Idan : ketua tukang
Wan : tukang

Untuk keterangan lanjut anda buleh la menghubungi kami di talian 019 6645709

Titian perjalanan NAZ CREATIVE TRADING

" perjalanan di titian masa kita temukan..zaman berzaman teguh ikatan sempurna insan itu Harapan padaku..aku harapkan "
Pejam celik pejam celik NAZ CREATIVE TRADING dan berusia 13 tahun..sepanjang 13 tahun banyak mengajar NAZ CREATIVE membentuk keperibadian serta semangat juang dalam urusan perniagaan perabut.

NAZ CREATIVE TRADING



Sepanjang 13 tahun beroperasi di kajang utama memang banyak kenangan. Bila tahun kena pindah kat semenyih agak rasa lain sikit..maklum lah 13 tahun tu.

Teringat lagi pelanggan pertama kami di taman desa vista salak tinggi. Saya pun dah lupa namanya. Itulah pelanggan kami yang pertama 13 tahun yang lepas.



Bukan senang nak bertahan, pelbagai rintangan di lalui..ada projek tiada pekerja, projek tiada pekerja pulak terlebih. Kadang kala kekurangan kelengkapan membuat kan kami sering ketinggalan dari masa dan kualiti dan kuantiti.



Namun begitu ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk teruskan perkhidmatan membuat kabinet dapur ini. Memandang kan agak kurang anak melayu mencebur perniagaan ini kami mungkin salah satu wakil dari anak melayu yang membuka kilang perabut. Insyaallah..



Terima kasih tak terhingga kepada semua pelanggan kami kerana menyokong prodak kami.

En naz
Puan az
En mat
En idan
En zul
En wan

Promosi kabinet dapur milamine ABS 2015

Assalamualaikum kepada semua pelanggan serta penggemar hiasan dalaman khususnya kabinet dapur..

Untuk sempena bulan september dan tragedi oktober ni kami NAZ CREATIVE TRADING berbesar hati membuat promosi kabinet dapur milamine ABS dengan harga yang berpatutan

Ini kerana NAZ CREATIVE TRADING bukan lah orang tengah atau agen jualan..kami adalah pengilang perabut 100% bumiputera.



Kesemua pekerja pekerja NAZ CREATIVE juga anak melayu bumiputera berkelulusan institud kemahiran mara dan institud kemahiran belia negara.



Di samping itu juga kami menggunakan handle aluminium serta hingest soft close agar kelihatan kemas dan berkualiti



Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami, anda buleh menghubungi kami untuk membuat temu janji..

No tel : 019 6645709 naz
Anjakanbumi@gmail.com

Atau anda buleh terus ke kedai kami di no 12 jalan 3/4 tasek kesuma semenyih.


Kabinet dapur putih sg merab

Putih putih melati...
Assalamualaikum semua..selesai sudah pemasangan kabinet dapur yang simple lagi mimple..cun bro..warna putih menjadi taruhan puan marzita dari taman mutiara sg merab bangi..

Projek kali ni kecik je..tapi tetap kami NAZ CREATIVE TRADING memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami..



Amacam comey tak...simple kan



Terima kasih tak terhingga kepada puan marzita kerana sudi membuat tempahan dengan kami..


3G glass black di puncak saujana

Assalamualaikum kepada semua...rasa nya tak terlewat untuk kami NAZ CREATIVE TRADING mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakyat malaysia...
Alhamdulillah kami baru saja selesai membuat pemasangan kabinet dapur 3G glass berkaler hitam itu menawan...


Pemilik rumah ni bernama en hafiz memang seorang yang ramah..

Sebenarnya oder di buat pada bulan jun 2015...projek membuat di kilang kami tidak la begitu lama..tapi keadaan tidak mengizinkn untuk laku kan pemasangan masa tu..jadi terpaksa di tunda sampai la 7 september 2015..baru buleh pasang...namun begitu syukur kepada illahi pemasangan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan...



Penggunaan aksesori tambahab seperti soft close serta disk rack dan pull out busket...



Yang best time pemasangan ramai jiran jiran en hafiz datang melawat dan memuji hasil kerja kami..alhamdulillah...

Akhir kata dari pihak kami...terima kasih kepada tuan hafiz kerana memberi kepercayaan besar kepada kami..tanpa sokongan dari pelanggan mungkin kami tak akan bertahan sampai 13 tahun dalam industri pembuat perabut..

Antara krew yang terlibat

Naz : marketing
Mat : ketua tukang
Idan : pembantu tukang

Kabinet dapur laili kajang utama

Assalamualaikum..
Hari ni saja nk kongsi satu lagi projek dari kami..
Projek ni kecik je, satu pemasangan kabinet dapur di pesona apartment kajang utama..pemilik rumah ni bernama puan laili..
Dengan menggunakan material jenis milamine beserta edging aluminium maka siap lah satu hasil karya perabut iaitu kabinet dapur..

Simple je kabinet dapur rumah puan laili ni..tetapi tetap menjadi kan dapur rumah puan laili ni menawan..



Sebelum puan laili ni setuju nk buat tempahan dengan kami, ramai yang datang bagi harga tetapi alhamdulillah rezeki memang berpihak kepada kami maka kami menyiapkan lah kabinet dapur rumah puan laili ni..



Terima kasih kepada puan laili kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat kabinet dapur rumah puan..

Antara krew yang terlibat

Naz : marketing
Wan : tukang
Zul : pembantu tukang

3G glass merah kota warisan

Alhamdulillah ini kali kedua kak faezah membuat tempahan dengan kami NAZ CREATIVE TRADING...

Kali pertama kak faezah membuat tempahan pada tahun 2014 bulan oktober anda buleh lihat pada tajuk " 3G glass kota warisan "..

Namun kali tempahan kali kedua pulak..masih mengekalkn 3G glass lagi cuma kaler kali kaler garang sikit.." merah mak ngah "....


Tu dia..kaler secret resipi tu..kombinasi hitam putih dan merah menjadi taruhan kali ni..


Dengan menggunakan table top solid surface memang mengancam di tambah pulak dengan kekemasan 3G glass merah...peh...terkelip2 mata memandang dapur..


Untuk " carcas " atau body cabinet kami menggunakan warna hitam glossy..sebab tu jadi tiga kaler kabinet dapur ni..namun begitu ia tetap memberi impak maksima untuk   dapur rumah kak faezah ni..




Cantik tak kombinasi kaler ni..


Mari kite imbas kembali tahun lepas punya tempahan ..




Ni tempahan tahun lepas punye..tahun ni tema merah lak pulak..


Terima kasih tak terhingga kepada kak faezah kerana masih memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami NAZ CREATIVE TRADING membuat projek ni..


Utk tempahan buleh la menghubungi kami di talian 019 6645709 / 014 8027674 atau anda buleh datang sendiri ke kilang kami yang beralamat no 12 jalan 3/4 tasek kesuma semenyih..


Majulah usahawan melayu 

Almari bilik pesona apartment

Kali ni nk bincangkn sedikit tentang almari bilik rumah kak ana..


Dengan menggunakan material jenis milamine board serta hingest soft close memang cun..




Selain membuat almari bilik ni kak ana juga membuat tempahan kabinet dapur..anda buleh lihat pada tajuk " kabinet dapur pesona apartment "..


Ni kira tempahan kali ke dua la..alhamdulillah..kak ana puas ati dengan khidmat kami..


Terima kasih kepada kak ana dan en ismail kerana memberi kepercayaan kepada kami peniaga usahawan bumiputera seperti kami..



Kabinet dapur pesona apartment

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta penggemar hiasan dalaman terutama kabinet dapur..

Alhamdulillah selesai jugak pemasangan kabinet dapur rumah kak ana ni dgn jayanya di pesona apartment kajang utama..

Sebenarnya kak ana ni menetap di johor..rumah kt kajang utama ni kak ana sediakn untuk anak bujang beliau..untung anak bujadapurng beliau kan..

Ok...kite masuk bab kabinet dapur rumah kak ana ni..



Ni drawing atau lakaran kabinet dapur rumah kak ana..


Setelah selesai perbincangan dengan kak ana serta pemilihan material dan warna kami pun memulakan proses membuat kabinet dapur rumah beliau..


Material yang di pilih adalah jenis milamine serta edging aluminium..penggunaan hingest soft close jugak kami serta kan agar pintu kabinet tidak tertutup secara berdentum..




Amacam cantik tak pilihan warna rumah kak ana kite ni..sama tak mcm dalam lakaran tu..nak amik gambar penuh x buleh sbb kawasan dapur membataskn keadaan..




Ape ape pun selesai sudah pemasangan kabinet dapur rumah kak ana ni..


Terima kasih kepada kak ana kerana sudi membuat tempahan dengan kami NAZ CREATIVE TRADING..


Segala kekurangan pihak kami memohon seribu kemaafan..

Selamat menyambut hari merdeka 2015


Dari naz creative trading 019 6645709

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...