Kabinet dapur lipat kajang

 Syukur alhamdulillah selesai jugak tempahan kabinet dapur rumah tuan zamri ni. 

Kali ni team kami membuat pemasangan di taman lipat kajang jasin. Ini pemasangan ke 5 kami di taman ni.  Material yang di pilih mengikut bajet dari tuan rumah maka siap la semuanya dengan menggunakan material jenis laminate glossy oren. 






Terima kasih tuan zamri yang memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk menyiapkan projek ini.

Kepada anda yang berminat buleh la hubungi kami 0196645709 atau buleh singgah ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai.

Promosi kabinet dapur 3G glass


๐Ÿ”ฅ#KabinetDapur Harga Kilang PROMOSI❗️Cepat..
Kita ukur, kita design, kita delivery, kita pasang..
.
Suka design bercorak kan kayu? tau fully aluminium glass
๐Ÿ’ฅ table top quartz stone yang cantik..
๐Ÿ’ฅ nak yang kukuh pakai tile 2' x 2'
๐Ÿ’ฅ nak moden punya pakai aluminium

#PROMOSI ๐Ÿ˜ฆsiap kabinet atas bawah | ๐Ÿ˜ฎsiap table top..
Whatsup  kami segera ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
.
Kenapa Pilih Kita?
✅ Harge kita paling #MURAH, #MURAH, #MURAH!
✅ Terus dari kilang jimatkan kos agent2 tengah.
✅ Boleh bandingkan kami di pasaran.
✅ Mempunyai pekerja mahir tempatan.
✅ Kualiti dijamin puas hati.
.
Apa yg beza antara kita dgn lain?
๐Ÿ“ฃ TIADA CHARGE DATANG KE RUMAH
๐Ÿ“ฃ PERCUMA DESGIN REALISTIC
๐Ÿ“ฃ PERCUMA QUOTATION
๐Ÿ“ฃ PERCUMA PINTU SOFT CLOSED
๐Ÿ“ฃ PERCUMA RAK PINGGAN
๐Ÿ“ฃ PERCUMA DRAWER SET
๐Ÿ“ฃ PERCUMA TRANSPORTATION
๐Ÿ“ฃ PERCUMA COST PASANG
.
----------------------------------
Untuk Info Lanjut Atau Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
Call @ Whatsapp : 0196645709




 

Kabinet dapur aluminium jasin bistari

 Alhamdulillah selesai jugak satu pemasangan kabinet dapur di taman jasin bistari melaka ni setelah puas bertungkus lumus berhadapan kekurangan material sepanjang PKPB di laksanakan. Bersyukur juga hari ni kita warga MELAKA hari ini telah bebas dari PKPB. 

hari ni kami nak storykan sedikit info pemasangan kabinet dapur di rumah Haji Azan. Kami di beritahu seramai 4 kontraktor kabinet datang beri harga dan mungkin rezeki berpihak kepada kami maka bermula la susunan jadual kerja.



Di awalan projek kami mulakan dengan binaan konkrit table top serta lapisan tile 2' x 2' berwarna hitam keseluruhan. Untuk pembuatan konkrit top kami mengambil masa dalam seminggu untuk memastikan kekemasan dan kukuh binaan. 


Untuk material carcas kabinet kami menggunakan sepenuhnya aluminium. Seperti yang di ketahui ramai, produk aluminium ni memang tahan anai anai dan kelembapan air. Jadi masalah untuk rosak kabinet ni agak lambat sikit la. Dari segi harga memang agak tinggi sikit berbanding dengan material jenis kayu. Untuk pintu kabinet kami menggunakan jenis 3G glass silver yang di gemari ramai. Permainan tona kaler memang terbaik untuk rumah Haji Azan.






Cantik kan dengan kekemasan produk aluminium. 

Untuk pengetahuan semua kami membuat pelbagai jenis produk dari kayu, aluminium, tile , quarz stone dan acrylic. Kami juga mengeluar produk jenis aluminium 3G dan 4G. 

Kami bukan orang tengah atau agen yang mengaut keuntungan semata. Anda buleh datang dan lihat sendiri kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Terima kasih kepada Haji Azan yang sudi membuat tempahan kabinet dapur dengan kami. 


DUNIA KABINET DAPUR part 1

 Kali ni kita di kejutkan sekali tentang PKPB berikutan kluster di sabah sempena PRN 2020. titik permulaan di situ menjadi igauan ngeri buat kita rakyat malaysia. Sehingga hari kes makin meningkat. Begitu juga tempat kami di melaka di mana kluster INFINEON BATU BERENDAM mula merebak. 


Segala aktiviti harian agak terhad, seperti kedao makan, kedai runcit, petrol pum pun hanya buleh beroperasi tidak melebihi 10 malam. Aktiviti sosial seperti kenduri, majlis keraian juga tidak di benarkan bagi mengekang covid-19. 


Di setiap sempadan negeri juga kelihatan pihak keselamatan seperti POLIS dan TENTERA membuat sekatan agar Perintah Kawalan Pergerakkan PKPB di jalan kan dengan lancar.

Di sebabkan COVID-19 dan PKPB ini ekonomi negara semakin mencemaskan mana tidak nya perkembangan ekonomi semakin merundum. Ramai yang di lihat bakal kehilangan punca pencarian. 

Begitu juga dengan kami, banyak operasi kami terpaksa kami perlahankan di sebabkan kekurangan bahan mentah. Namun kami bersyukur di saat begini kami masih di beri kepercayaan penuh dari pelanggan. 

Terima kasih kepada semua pelanggan kami. 


Untuk pengetahuan anda semua, DUNIA KABINET DAPUR adalah satu satunya syarikat 100% milikan bumiputera yang beroperasi sepenuhnya di taman bukit tembakau umbai.


Di sini kami memberi peluang pekerjaan kepada anak anak melayu tempatan dalam bidang kerjaya pembuatan kabinet dapur.



Terdapat pelbagai jenis material dari kayu lamina, solid wood berkualiti gred A serta material terbaru aluminium profail bertaraf tinggi. 



Di sini kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kami menjadikan pelanggan pelanggan kami seperti guru kami. Setiap tegur kami terima dengan hati terbuka.




Kekangan atau permasalah dari segi bahan mentah juga kami alami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan , namun kami cuba atasi dengan membuka pusat hardware kami secara kecil kecilan agar kami dapat atasi sikit demi sedikit masalah ini.





Dengan cara ini juga kami dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat. Alhamdulillah.



Semua ini juga hasil sokongan dari anda semua.





Sedikit info tentang team team kami.

1. Pengurusan / pemasaran / akaun / designer
- en yusof

2. Pengurusan 
- puan azlilawati

3. Penyelia operasi / pemasaran / operasi kaca & aluminium
- en saiful

4. Penyelia pemasangan / ketua operasi
- en farizal

5. Ketua pemasangan segala produk
- en hafiz

6. Bahagian perkayuan
- en sham
- en hariz
- en amir
- en nazrul

7. Bahagian kerja kerja batu
- en reduan

8. Kumpulan sokongan
- en senthu ( quarz stone )






Kami juga mengalu- alukan pelapis pelapis yang baru tamat persekolahan untuk bersama kami dalam bidang kerjaya pertukangan ini.




Itu lah serba sedikit tentang kami di DUNIA KABINET DAPUR umbai. Insyaallah untuk DUNIA KABINET DAPUR part two nanti kami akan storykan sedikit tentang cara cara membuat dan memasang kabinet dapur. 


Marilah kita sama sama berdoa agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.


Amin...


DUNIA KABINET DAPUR PKPB

Dah lama tak bersiaran di sebabkan kesibukan kebelakangan ni menyiapkan tempahan dari pelanggan. Mana tak nya kita di kejutkan dengan kehadiran PKPB kali ke2 yang begitu tinggi sekali. Kehabisan stok material pun menjadi punya hingga banyak tempahan terpaksa kami perlahan kan. Namun alhamdulillah walau agak lewat sedikit kami tetap teruskan perjalanan kami...insyaallah.

Hari ni kami nak kongsikan sedikit info2 pemasangan terbaru, jom kite lihat beberapa koleksi cantik..

Untuk pemasangan kali pertama kami di tugaskan kerumah en arbawi di paya redan melaka. 

1. En arbawi paya redan 
     - material 4G bronze mirror

Pemilihan material dan kaler amat sesuai dengan ruang dapur yang simple. 



2. Puan jalina bukit durian
    - material aluminium composite beach colour

Beliau amat meminati warna yang lembut hingga kan langsir, sofa, dinding rumah pun mengayakan yang lembut. Terima kasih puan jalina yang memberi kepercayaan tinggi kepada kami.






3. Puan fadila cheng setia
   - rak kasut laminate



4. Puan alia jasmi taman belimbing harmoni.
    - material laminate black glossy

Puan alia jasmi kami hanya berususan melalui whatsup. Sehingga barang siap pun kami masih tak mengenali dan alhamdulillah beliau berpuas hati dengan hasil kerja kami.



5. En kudin kuala sungai baru.
    - slidding aluminium composite blue ice

Kali ni jauh sikit dari tempat kami iaitu di kuala sungai baru. Musim PKPB ni agak jenuh jugak la kami nak sampai di sana namun perjalanan kami di permudahkan. 





Banyak lagi yang kami tersangkut sebenarnya di sebabkan kekurangan material. Insyaallah kami cuba buat yang terbaik untuk pelanggan pelanggan kami. 

Marilah kita berdoa bersama2 agar di jauhi musibah mala petaka ini. Semoga kes covid-19 ni beransur pulih.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...