Kabinet dapur PKP raya 2020



Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta yang baru mengenali chanel ini " DUNIA KABINET DAPUR"...syukur kehadrat ilahi kita masih di panjangkan usia dan di murahkan rezeki. 
  Hampir dua bulan setengah kami bercuti di sebabkan arahan kerajaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP ) dan pada 11 mei 2020 kami telah pun mulakan operasi. Di sini kami lampirkan beberapa projek yang kami dapat siapkan sebelom raya. Jom kita lihat beberapa koleksi.

Yang pertama di taman tanjung minyak. Demgan menggunakan material jenis 4G bronze mirror ini memang cantik dan menjadikan dapur kelihatan kemas dan luas.



Projek kedua pulak di belakang pejabat kami sahaja. Simple je warna merah menjadi pilihan pelanggan.




Yang ketiga pulak, pelanggan ini baru sahaja membeli rumah dan beliau memilih laminate black & white glossy sebagai idaman hati.




Hijau lembut menjadi pilihan pelanggan kami di bukit larang.




Manakala satu lagi ruang kami buat satu almari menyimpan makanan ringan.




Pak rahim memilih warna gelap sebagai hiasan kabinet rumah beliau di pernu.



Mana kala ruang dapur luar kami buat kabinet menyimpan periuk belanga senang nak buat kenduri katanya..




Bagi en fahmi di desa duyung sempat jugak la kabinet dapur raya beliau siap walaupun hampir pelbagai dugaan barang material lambat sampai.




Dan akhir sekali rumah cikgu ramlah yang ala ala homestay gitu di umbai.




AKHIR KATA DARI KAMI SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN..

SEMPENA PKP INI KITA JAGA KITA.

Kabinet dapur 4G bronze mirror

Alhamdulillah selesai juga satu pemasangan kabinet dapur di tanjung minyak yang terperap hampir 3 bulan di kilang kami.
Untuk projek rumah en kamal ni kami start proses membuat pada 5 mac 2020 dan siap di kilang pada 15 mac 2020. Maka jadual pemasangan sepatutnye pada 20 mac 2020. Tak di sangka pada 18 mac 2020 kita di kejutkan dengan satu arahan dari kerajaan di mana kita terpaksa menghadapi satu dugaan besar iaitu satu virus yang berbahaya buat negara kita iaitu covid-19 yang membawa kita ke PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN (PKP)..
Maka dengan itu seluruh rakyat Malaysia di kehendaki duduk di rumah dan segala aktiviti harian terpaksa di hentikan serta merta termasuk dengan urusan perkerjaan.
Bermula 18 mac kami terpaksa menghentikan operasi sementara demi menyahut seruan KERAJAAN demi memutuskan rantaian COVID-19 ini..



* Ini adalah gambaran dapur rumah en kamal sebelom kami buat pemasangan kabinet dapur*

Kabinet dapur en kamal ni terpaksa la di simpan dulu di kilang kami. Namun apabila PERDANA MENTERI kita mengumum kan kelonggaran PKP ini, maka kami pun menyusun jadual pemasangan.

13 may 2020 kami pun menghantar barang dan bermula la aktiviti pemasangan kabinet dapur setelah hampir 2 bulan kami bercuti.
Inilah paling lama kami bercuti. Biasa nya paling lama seminggu je kami cuti itu pun bila tiba hari raya aidil fitri.



Ini lah hasil nya pemasangan setelah 2 bulan terperap di kilang. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan terbaik.
Terima kasih kepada en kamal kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami.
Biar pun tahun ni tak raya yang penting dapur raya tetap cantik.

Raya ni kita duduk diam diam di rumah. Tiada lagi ziarah menziarah.

Selamat menyambut bulan ramadhan 2020 sari kami team Dunia Kabinet Dapur.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...