Kabinet dapur bertam perdana

Saya anak malaysia..saya anak malaysia...
Kedengaran lagu tentang kemerdekaan..maklum la esuk kita nak sambut ulang tahun kemerdekaan...mungkin ada yang di luar sana sedang sibuk dengan persiapan perbarisan di dataran...tahniah kepada kita sendiri sebagai rakyat malaysia yang hidup aman dan damai...
Kali ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan satu lagi kabinet dapur yang simple di taman Bertam Perdana Melaka..


Dengan mengguna kan material jenis 3G glass kaler putih di selaputi carcas kabinet kaler hitam memang menawan cun la..
Table top pula kami gunakkan jenis kontrit tile 2 x 2 memang kemas..


Terdapat juga satu tall unit untuk menyimpan oven dan microwave...wah...

Alhamdulillah selesai dengan jaya nya tanpa kontroversi...hihihihihihi...terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami...
Antara krew yang terlibatEn reduan : pembuat konkrit topEn zazri : tukang perabutEn hazwan : tukang perabut

3G glass merah tanjung minyak melaka

Tanggal 31 bulan 8 lima puluh tujuh..merdeka merdeka ia pasti menjadi sejarah...
Siap satu lagi pemasangan kabinet dapur di taman seri tanjung minyak melaka...yang pasti nya" NAMA MU MERAH, PANGGILAN MERAH,"....
Nampak bulan sempena bulan kemerdekaan MERAH amat menjadi kegilaan....


Mari sama sama kite melihat...en azili dan puan siti adalah pemilik rumah ini..besertakan kaunter yang simple lagi mimple..hehehehe..senang nk sarapan telur separuh masak sebelum pergi kerja...

Penggunaan hingest jenis reno yang berkualiti serta soft close memang menakjubkan...ye la pintu kabinet tak tertutup secara berdentum...pada mereka yang mempunyai anak hyper aktif seperti anak sye bongsu sye yang tak makan saman tak perlu risau...


Akhir kata dari kami..terima kaseh kerana memberi kepercayaan yang mendalam terhadap kami warga NAZ CREATIVE TRADING..tanpa anda siapa la kami...
Sebelum menutup tirai mari lah kita sama sama menyanyikan lagu allahyarham sudirman sempena bulan kemerdekaan...
Krew yang terlibat
Zul : ketua tukangFarizal : pembantu tukang

Kabinet dapur 3G glass merah

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur serta hiasan dalaman...lagi beberapa hari lagi kite semua nk menyambut hari kemerdekaan..so..bagai mana dengan persiapan merdeka anda..andakah penuh dengan kemerdekaan..
Hari ni kami Naz Creative bukan nk story pasal perhimpunan kemerdekaan atau raptai kemerdekaan..tapi kami nk cerita satu perjalanan indah dalam menyiapkan kabinet dapur 3G glass..hehehehehe...
Sye bersama dua lagi staff Naz Creative bertolak dari melaka pukul 9 pagi..dan sampai ke destinasi Aman Putra Puchong pada pukul 10.30 pagi...kami menyusuri lebuh raya PLUS dan Elite maka sampai la ia...

Kedatangan kami di sambut penuh mesra oleh puan Ruzila pemilik rumah ini...puan ruzila ni orang pantai timur, ore klate...

Huh..comey la kabinet dapur umoh dio...bru sedap mate memandang...trase nok dok dapur sokmo...
Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari...pemasangan di puchong pun sudah selesai..sekarang kami nak teruskan perjalanan kami untuk pemasangan kabinet dapur ke dua..
Kali ni bertempat di bangi avenew seksyen 7...




Untuk rumah di bangi avenew ni kami tak berhadapan dengan owner rumah, sebalik nya kami berurusan dengan kontraktor saje..dalam erti kata lain kami amik sub ler...
Alhamdulillah selesai jugak semuanya kabinet dapur hari ni...
Jam pun dah pukul 5 ptg..kami terus gerak balik melaka dan sampai dengan selamatnya pukul 630 ptg..
Bye bye semua jumpe lagi di site yang baru..


3G glass tasek utama

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur...alhamdulillah selesai satu lagi pemasangan kabinet dapur di taman tasek utama ayer keroh..dekat MITC tu..hehehehe...lepas je pemasangan terus pekena mamak kat mydin mall, nasi kandar satu...
Ok lah nak story sikit tentang kabinet dapur rumah kak azizah kite ni...beliau ni seorang pensyarah di UTeM melaka..tinggi jugak ler pangkat nye satu takok lagi nak dapat gelaran DATO' .
Material rumah kak azizah ni kami gunakkan 3G glass kaler putih



Ketinggian kami buat sampai siling...wow...penggunaan hingest soft close menjadi keutamaan kami..so pintu tu takde lah terhempas dengan kuat..kalau tak berdentum la...
Akhir kata dari kami terima kasih tak terhingga kepada kak azizah kerana menyokong produk kami..Antara krew yang terlibat untuk pemasangan
Zazri = ketua tukangHazwan = pembantu tukang..

Kabinet dapur merah lipat kajang

Alhamdulillah selesai jugak pasang kabinet dapur di taman lipat kajang perdana petang tadi...

Ni projek kedua kami di taman lipat kajang, kalau sebelum ni kami pakai kaler kuning, kali merah pulak menjadi taruhan di sebabkan promosi 3G glass merah..


Tu dia...besar dapur ni..campuran putih, hitam dan merah...


Kan cantik dapur, kemas je..jangan tak caya ...bulan ni promosi harga runtuh dari Naz Creative Trading...kepada yang berminat cepat hubungi kami..0196645709 atau datang sendiri ke kedai kami di taman bukit tembakau...


Akhir kata dari kami terima kasih kepada en junai yang sudi membuat tempahan dengan kami..


Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu

Kabinet dapur sungai ramal

Keluar pukul 8 pagi terus ke Bandar Baru Bangi sungai ramal untuk satu pemasangan kabinet dapur simple di rumah pakcik azahari..

Dengan menggunakan material jenis milamine board berserta edging bidding J ni memang nampak klasik..agak lame kami tak buat material ni...maklum la sejak kami buka promosi 3G glass ni, tumpuan tempahan dari pelanggan banyak kepada 3G glass..tambahan untuk start hari ni promosi 3G glass di lanjutkan dengan pelbagai pilihan kaler..lagi la penuh kat kilang ni...terima kasih kerana sudi menyokong kami sehingga hari ini...tanpa anda siapa la kami...




Ni lah antara koleksi kabinet dapur rumah pakcik azahari kite..simple kan..klasik gitu...
Alhamdulillah selesai juga pemasangan kt rumah ni..

Antara krew yang terlibat kt rumah ni..
Sye sendiri bersama zazri dan hazwan yg selalu terlibat dengan pemasangan..

Sekarang dh malam nak tidor dulu sebab esuk kami ada pemasangan di taman lipat kajang, lusa di merlimau dan melaka perdana...minggu depan ke sungai udang pulak...

KITE JUMPE LAGI DI SIARAN AKAN DATANG..

Kabinet dapur hijau bukit katil

Alhamdulillah hari selesai satu lagi pemasangan kabinet dapur 3G glass kaler hijau putih di taman saujana indah bukit katil melaka..
Pemilik rumah ni bernama en zam memang baik dan peramah orang berkerja sebagai seorang...perkenalan kami melalui whatsup mengundang kami kerumahnya untuk menyiapkan kabinet dapur rumah beliau...

Menggunakan material 3G glass hijau dan putih memang menampakkan sisi dapur moden..


Dapur rumah en zam ni memang besar..puas hati la kalau duduk di dapur ni..terdapat jugak satu meja kaunter sebelah peti ais...senang nk sarapan pagi gitu...


Semenjak beroperasi di melaka ni, kaler hijau putih adalah projek kedua kami, kalau sebelum ni di merlimau buat almari bilik..kini dapur pulak..


Terdapat satu rak pinggan gantung untuk projek kali..senang basuh pinggan terus letak dalam kabinet dapur..



Penggunaan hingest soft close jugak di utamakan..semua produk dari kami menggunakan soft close..so..pintu kabinet dapur tak lah berdentum bila tutup...

Antara krew yang terlibat untuk pemasangan rumah en zam ni

Zazri = ketua tukang
Hazwan = pembantu

Kepada yang berminat buleh hubungi kami 0196645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai melaka melihat contoh..

Kabinet dapur cantik

Kalau bulan julai 2016 kami melancarkan promosi raya 2016 dengan material yang terpilih contoh nya 3G glass kaler hitam sahaja..alhamdulillah sambutan begitu menggalakkan pada bulan julai 2016....

Kini ogos 2016 pula menjelma..kami lancar kan promosi seperti julai 2016..apa yang menarik nya bulan ogos ni sempena kemerdekaan..ada berbagai kaler 3G glass kami promosi kan..

3G glass warna hitam...


Warna hitam ni selalu kami buat promosi sebab terlalu banyak permintaan..

3G glass warna putih..


Untuk tahun ni sahaja penggunaan 3G glass kaler putih pun antara yang tinggi permintaan...contoh yang kami dh pasang di taman tuah perdana, melaka perdana, dan banyak lagi..

3G glass warna kuning..


Untuk kaler kuning ni sebenarnya kami baru buat 2 biji rumah pelanggan kami menggunakan kaler kuning, yang pertama di shah alam rumah en aidil dan yang kedua pada bulan julai 2016 di taman lipat kajang...melihat dari sudut pandangan custumer mengatakan kuning ni cantik, maka kami pun beli la material kuning secara pukal...

3G glass kaler merah


3G glass merah, buleh di katakan hampir setahun lebih kami tak lancar kn promosi 3G glass kaler ni...tahun lepas 3G glass hijau dan 3G glass silver kami lancarkan..merah ni sebenar agak jatuh porpularity semenjak dua menjak ni..mungkin sebab kami lebih tekan kaler lain selain merah kot...tak pe..bulan ogos ni kaler merah ada..

Antara kaler yang dalam list promosi bulan ogos 2016 ni...

3G glass kaler hijau


3G glass kaler biru..



Ada yang bertanya, sampai bila promosi ni..jawapan kami,
" kami pun tak tahu "
Ini kerana, kami bukan sesuka hati buka promosi harga rendah..
Kami buka promosi harga rendah kerana kami beli material tersebut secara pukal..bukan semua material kami buleh beli secara pukal..kalau dah beli semua secara pukal..buka 10 kilang pun tak muat..
Kami hanya memilih beberapa material yang buleh di beli secara pukal..bile kami beli secara pukal secara tak langsung harga material menjadi rendah..so buleh kami buat promosi harga rendah...


Sebagai contoh..gambar di atas kami material milamine berharga rm 4000..
Kalau sebelum ni harga 3G glass dalam rm 6200..tapi untuk promosi harga 3G glass dengan material milamine sama harga...untuk kaler yang terpilih la..kalau kaler selain merah, biru, putih, hijau, hitam dan kuning...tak dapek la den nk nolong...

Jadi...tunggu apa lagi sementara stok masih banyak ni...harga pun tengah cun...

Untuk keterangan lanjut anda buleh la hubungi saya 019 6645709 atau datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...