Showing posts with label Taman bukit tembakau. Show all posts
Showing posts with label Taman bukit tembakau. Show all posts

Usahawan kabinet dapur 2022

 

CERITA SINI HABIS SINI...
sejak kebelakangan ni ramai nau dok becerita pasal kabinet dapur. Ada yang tunjuk cara Cara buat KABINET, ada yang siap ajar kira Kos bahan mentah kabinet Dan paling ganas sikit pasal KENA TIPU DENGAN KONTRAKTOR KABINET.




aku xde lah pandai atau berpengalaman pasal kabinet dapur, tapi alhamdulillah dah 18 tahun masih dalam bidang ni. Apa yang aku nak story Kan sikit hanya sedikit pengalaman untuk di kongsikan.






REZEKI TOKEY KABINET
Sekarang memang ramai nak jadi KONTRAKTOR kabinet dapur sebab ramai yang pandai kira buat KABINET dapur ni untung besar. Ada beberapa kenkawan aku sanggup berhenti kerja untuk buka bengkel kabinet dapur. Alhamdulillah tu berita gembira sebab permintaan kabinet dapur ni tinggi, tapi kita kurang pemain dalam industri ni.

Sebut pasal kurang pemain dalam industri ni, memang Satu masalah yang besar. Tu yang ramai kena VIRAL pasal keje tak siap, keje tak cantik, lambat Dari tarikh di janji Kan, kerja tak ikut seperti yang di janjikan, semua ya di sebabkan kekurangan tenaga mahir. Aku pun kenkadang terkehel juga bila berdepan dgn masalah ni.












TRENDING
Terus terang, aku berkecimpung dalam industri ni sejak tahun 2002. Tahun 2004 bermula sebagai pengusaha sehingga sekarang, macam2 material aku berhadapan antara nya, kayu kayu solid seperti nyatoh, semangkok, oak, Ramin Dan macam macam lagi. Lepas tu material milamine ABS mendapat tempat di hati pelanggan. Awal 2014 material 3G,4G,5G Mula popular. Ini pun aku buat. Kebelakangan ni kecoh EURO STYLE pulak, Dari mane datang jenama EURO pun tak tahu. Aku sebagai tukang ni sama je kalau buat, tapi nama tu yang tak tahan. Macam2 material muncul. Contoh macam aluminium ni biasa orang buat tingkap, sekarang kabinet dapur pun pakai aluminium. Tapi aku sebagai pengusaha ni kena la ikut trend. baru lah buleh jadi trending. Semua ni proses sendiri, tiada SUB SUB hoi pada sesiapa.








HARGA TAK MASUK AKAL
kalau nak cerita pasal harga la, 18 tahun bermain dengan bahan kabinet dapur Dari harga sekaki sekian sekian sampai lah harga material melangit tinggi. Tapi aku heran ada jugak yang bagi harga mengikut harga 18 tahun yang dulu. Harga ni subjektif nak bagi harga berapa pun suka hati la. Nak pakai harga tahun 90an pun ok. Cuma kenkadang tu terjeling jugak la dlm FB ni, kesian ada yang kena TIPU DENGAN KONTRAKTOR kabinet Dan yang paling sedih ada beberapa custumer pernah minta harga dgn aku.  Aku selalu dengan cakap dengan custumer, kalau ada yang murah amik la. Sebab tu hak custumer Dan kenkadang aku pening memikir harga yang di berikan tak masuk AKAL pun. Sbb aku yang proses sendiri pun terpikir macam mana dapat harga camtu. Tapi tak pe tu rezeki masing2.








PASARAN MELETOP
Bila pemain kurang dalam industri ni memang tempahan banyak, itu memang tak di nafikan. Tapi ramai yang gagal nak siapkan tempahan. Tu yang jadi punca kena viral abis kluar gambar anak bini. Kesian keluarga tapi nak buat camne. Memang kena hadap ler. Sebab tu bila orang tye kabinet dapur pelik2 aku Malas jawab. Aku pun tak akan lawan harga. Kalau orang tye knp mahal sgt, aku diam je. Sampai ada yang marah sebab endah tak endah jawap tentang kabinet dapur. Ada Satu custumer tu, bila aku harga Rm 7500, pastu die jawab sye dah panggil orang lain bg sebut harga baru Rm 4500. Aku jawab ler buleh tak minta no phone KONTRAKTOR tu, sbb kalau Rm 4500 tu harga tahun 2004 zaman sye Mula berkecimpung dalam industri ni. Tup2 selepas 6 bulan tgk custumer update dlm FB kabinet dapur kena TIPU. Sekarang ni mudah nak buat pasaran, hanya menggunakan jari kat henpon terus dapat oder.









TENAGA MAHIR
Buleh di katakan hampir setiap minggu aku di datangi kontarktor hiasan dalaman atau KONTRAKTOR binaan datang ke opis untuk bincang harga. Bila aku bagi harga dieorang Kata mahal sbb dieorang buka harga dengan pelanggan harga sekian sekian. Pastu siap cakap kalau abang bagi harga cantik kitaorang lantik  ABG jadi KONTRAKTOR bawah kitaorang sbb kilang kabinet dapur yang biasa kami buat tak sempat sbb pekerja tak de. Tempat ni pekerja ramai. Baik la, harga ni sebenarnya memainkan peranan paling besar untuk menentukan tenaga mahir. Sekarang ni pulak lagi la gaji basic pun Rm 1500. Bila harga rendah tak masuk AKAL tu yang culas nak bayar gaji, habis nya memang xde pekerja la. Ada tu pulak amik jalan mudah bagi SUB  mengikut persen Dari hari harga antara nya 25%. Bila tukang SUB buat pasal kerja dan bayaran kecik spt tak berbaloi terus tukang SUB angkat kaki. Jadi tokey kabinet putus harapan jalan mudah tutup henpon atau no henpon. Aku ni pakai no telefon 0196645709 dah 20 tahun. Ni la no bisnes ni lah no peribadi.





TOKEY KABINET KAYA.
Ramai yang aku jumpe tokey kabinet ni hanya Tau buat drawing 3D memang cantik la untuk di persembahkan. Itu kelebihan masing2 la. Bila ada masalah pekerja berhenti memang berdenyut kepala la. Sama la macam aku bila pekerja berhenti memang x Lena Tdo la memikirkan tempahan cuma naseb baik aku buleh buat kerja. Lagi pun aku suka amik perkerja yang tak pandai senang aku nak ajar. Kalau nak cerita pasal rugi ni banyak. Biasanya aku akan menanggung rugi 3 bulan bila mengajar pekerja. Salah potong kayu la, pemasangan tak kemas la, tapi selepas 3 bulan insyaallah semua mahir. Tapi tak tahan Lama la, paling cepat 2 tahun, bila mereka dh pandai Mula bercita2 buka sendiri. Jadi aku akan Mula Dari bawah amik perkerja tak pandai ajar 3 Bulan sampai pandai. Maybe bakat aku jadi cikgu ni kuat kot. Ada Satu pelanggan aku pernah oder kabinet, masa tu pulak tgh bz, jadi pekerja2 baru la buat pemasangan. Pelanggan tu punya bising katanya menyesal amik oder dgn aku, sbb tak de kualiti langsung. Projek kecik je tapi hampir 3 minggu ulang alik. Sampai custumer tu xnak bayar. Aku tetap suruh perkerja pergi buat sampai custumer tu puas hati. Rugi tak pa yg penting belajar Dari kesilapan. Dari tak puas hati, skg ni byk jugak la aku terima oder Dari Dia. Tu rezeki nama die. Ada yang tanye aku, kaya tak buat KABINET dapur ni. Aku jawap kalau nk kaya cepat MAKAN RASUAH je la tak pun SKIM CEPAT KAYA. Macam aku ni buleh la buat besarkn anak2 ala2 Kadar janji kepuasan hati tu ada.




WARGA ASING
Selama aku berniaga ni, aku tak pernah pakai WARGA ASING, semuanya aku pakai pekerja melayu, walaupun aku tahu pekerja melayu ni banyak masalah antaranya suka suka hati je cuti Alasan yang tak masuk AKAL contohnya nenek bersalin la, sepupu belah Tok Tiri bertunang la, jiran kampung sebelah rumah Tok penghulu kampung sebelah meninggal nak Gali kubur la, tapi aku tetap tak putus asa beri peluang tunjuk ajar kepada mereka. Bukan Kata aku tak percaya WARGA ASING, tapi ini lah fardu kifayah aku untuk bantu sesama kita. Tak ada pengalaman xpe, aku buleh ajar Dari buat drawing sampai la jadi tukang. Anak aku sendiri seawal sekolah menengah aku dah ajar bertukang.




KUALITI DAN KUANTITI
tak semestinya harga yang tinggi dapat kualiti bagus, banyak je harga yang murah lebih cantik Dari pada harga yang mahal. Cuma bile KUANTITI tu sikit Maka kualiti dapat ler di jaga. Tapi bile dalam KUANTITI yang besar tu banyak hancur kualiti. Ye la pekerja kurang, semua nak kena buat lepas tu kena desak dengan custumer memang haru biru jadinya. Pengalaman bertukang 14 tahun pun tak jadi apa. Mengadap benda yang sikit kita masih mampu melihat cacat cela.

Jadi itu lah Serba sedikit tentang pengalaman aku...
Sesape nk risik kabinet dapur buleh hubungi
www.wasap.my/60196645709nakbuatkabinet

Atau pun buleh datang ke Kedai kami di taman bukit tembakau umbai Dan cawangan kami di jasin bistari belakang MYDIN..

KABINET DAPUR 2022 EURO STYLE

SEBUT SAHAJA KABINET DAPUR MESTI ADA TERBAYANGKAN BINGKAI YANG DI PERBUAT DARI KAYU ATAU PAPAN LAPIS SERTA DI LIPUTI LAPISAN LAMINA BERCORAKKAN KAYU. NAMUN BEGITU TREND TERKINI KABINET DAPUR ADALAH ALUMINIUM. TERKEJUT KAN...

CIRICIRI SEPERTI KALIS AIR, KALIS KARAT DAN MUDAH DI BERSIHKAN HANYALAH SEBAHAGIAN FAEDAH UTAMA KABINET DAPUR ALUMINIUM. KITA JUGA TIDAK PERLU BIMBANG LAGI KEROSAKKAN KABINET DAPUR DI SEBABKAN KELEMBAPAN AIR ATAU PUN SERANGAN ANAI ANAI.


Apa itu kabinet dapur aluminium?

Kabinet dapur aluminium adalah sama seperti kabinet dapur yang biasa, tetapi dibuat daripada komponen aluminium.

Setiap kabinet dapur akan diperbuat daripada bahagian-bahagian utama seperti berikut:

  • Rangka, atau bingkai. Selain ‘blockwood’, tiub persegi aluminium boleh digunakan sebagai rangka asas kabinet
  • Panel muka dan panel hujung. Kepingan aluminium digunakan bagi menggantikan bahan papan lapis atau lamina
  • Rak dan laci. Diperbuat daripada tiub aluminium segi empat tepat dengan kepingan aluminium
  • Kaunter permukaan. Untuk kabinet lantai berdiri, bahan granit, kuarza atau papan permukaan padat akan ditambah

 

Kebaikan dan keburukan kabinet dapur aluminium berbanding kabinet dapur kayu

Mengapa orang lebih suka menggunakan bahan aluminium berbanding dengan kabinet dapur kayu? Terdapat 5 sebab utama:

1. Kebaikan: Tidak akan bengkok atau meleding dalam cuaca Malaysia

Kabinet kayu biasanya diperbuat daripada kayu atau papan lapis panel mampat berteraskan papan blok. Dari masa ke masa, kelembapan dan haba di dapur boleh menyebabkan kayu untuk bengkok atau meleding; rak untuk melengkung ke bawah; atau lapisan lamina mengelupas.

Walau bagaimanapun, aluminium tidak terjejas oleh kelembapan atau haba, jadi ia tidak akan bengkok dari masa ke masa (melainkan anda meletakkan beban melebihi had). Jika anda memerlukan lebih banyak bukti bahawa aluminium boleh menahan iklim kita, anda hanya perlu lihat bahan yang biasa digunakan untuk bingkai tingkap atau tingkap jeriji. Kebanyakannya diperbuat daripada aluminium bersalut serbuk, dan akan tahan selama bertahun-tahun tanpa apa-apa perubahan dalam penampilan ataupun struktur.

 

2. Kebaikan: Imun terhadap anai-anai atau seragga perosak

Kabinet kayu semakin matang terdedah kepada infestasi serangga. Anai-anai boleh mengikis struktur kabinet, atau semut boleh mula berkeliaran di dalam gentian berongga. Ini akan menjadi lebih teruk jika kayu mula pecah atau kembang akibat kelembapan. Namun begitu, kabinet aluminium tidak akan mengalami sebarang masalah berikut.

3. Kebaikan: tahan haba

Jika anda pernah sengaja meninggalkan kuali panas di atas panel kabinet kayu anda, ia boleh meninggalkan kesan terbakar yang sukar dihapuskan. Jika papan lapis boleh mengalami kesan terbakar pada suhu sekitar 110 ° -150 °, aluminium pula boleh digunakan dengan selamat pada suhu yang lebih tinggi. Jika anda pernah memasak makanan dalam foil aluminium, anda akan tahu bahawa bahan ini boleh menampung suhu yang sangat tinggi!

4. Kebaikan: Bersih dan tidak toksik

Perabot kayu biasanya menggunakan gam dan varnis dalam proses pembuatan. Lama kelamaan, bahan ini boleh mengeluarkan gas VOC (Volatile Organic Compound) berbahaya seperti formaldehid, proses yang dikenali sebagai peruapan toksik. Kabinet aluminium pula tidak menggunakan sebarang gam, jadi ia tidak mengeluarkan bahan toksik ke udara.

Walaupun panel aluminium disembur dengan cat atau varnis, gas VOC telah terbukti untuk hilang dengan cepat jika digunakan pada permukaan aluminium, tidak seperti varnis pada kayu, di mana gas VOC dikeluarkan secara perlahan-lahan dari masa ke masa.

5. Kebaikan: Kalis air

Air akan cepat merosakkan kabinet kayu. Tetapi aluminium merupakan bahan kalis air. Oleh kerana aluminium tidak berliang, air tidak dapat meresap melalui ruang rongga yang boleh menyebabkan bahan untuk kembang atau berlakunya pertumbuhan bakteria. Satu lapisan pengoksidaan juga melindungi bahan aluminium daripada berkarat, jadi anda tidak perlu bimbang jika sebarang tumpahan atau kebocoran dari singki berlaku.

Tetapi, bahan aluminium juga mempunyai beberapa kelemahan.

6. Keburukan: Mengeluarkan bunyi yang agak bising

Jika anda mengetuk pada logam yang terdedah, ia akan mengeluarkan bunyi yang lebih kuat, berbanding kayu yang mengeluarkan bunyi yang minima. Tetapi, bunyi ini boleh dikurangkan dengan menambah engsel penutup yang lembut dan bumper getah. Kabinet aluminium juga tidak sebising logam kosong, kerana bahan aluminium ini akan disembur dengan cat, serbuk bersalut, atau dilapisi bahan hiasaan atau corak yang boleh mengurangkan bunyi.

7. Keburukan: Boleh kemik

Sama seperti pintu kereta, pintu kabinet logam boleh terjejas jika anda secara tidak sengaja mengenakan hentakan yang kuat. Kesan calar kecil boleh dicat semula, tetapi kesan kemik yang besar akan perlu digantikan dengan bahagian yang baru.

 

KEPADA ANDA YANG MASIH TERCARI CARI KONTRAKTOR, APA KATA HUBUNGI KAMI KAMI UNTUK SEBUT HARGA...

WWW.WASAP.MY/60196645709KABINETALUMINIUM


Kabinet dapur melaka 2020

KABINET DAPUR MELAKA

Ada yang tanya " susah nya nak mencari kontraktor kabinet dapur melayu terus dari kilang, kebanyak kan semua orang tengah "

Untuk warga melaka, muar, negeri 9 anda jangan risau, DUNIA KABINET DAPUR kan ada.

Kami adalah pengilang kabinet dapur terus dari kilang dan 💯 milikan bumiputera bertapak di taman bukit tembakau umbai melaka.

Kami berpengalaman 15 tahun dalam bidang pembuatan perabut dan kesemua staff kami adalah anak melayu lepasan institud kemahiran dan telah bekerja dengan kami di awal pembukaan. Tiada warga asing..

Dari segi kualiti yang kami bagi 100% solid board memang tahan air punya. Dari segi design kami ada klasik, moden dan terkini.

Sebut sahaja apa material
🏷 solid nyatoh, pine, oak, havea
🏷 laminate wood atau glossy
🏷 3G glass pelbagai jenis kaler
🏷 4G bronze mirror siap pouder coating
🏷 table top jenis HPL
🏷 table top konkrit tile pelbagai jenis corak
🏷 table top moden style quart stone pun ada

Dapur anda cantik tanggung jawab kami

📣  kabinet dapur melaka
.
.
🔨 kami juga menerima tempahan wainscoating untuk mencantikkan dinding rumah anda.
💵 dari segi harga kami bukan orang tengah..tiada harga tersembunyi

📧 anda juga buleh layari blog kami https://anjakanbumi.blogspot.com

😊 untuk dapat kan sebut harga jangan risau. Anda tak perlu susah susah ...
.
Ikut 3 step ni:
📞 wasap kami ke www.wasap.my/60196645709
🕛 set masa kami datang ukur ke rumah anda
📏 kami akan design kan kabinet dapur anda serta khidmat sebut harga
🛠 setelah di persetujui maka kami start proses membuat
⛟ selepas terus membuat pemasangan..

Area mana kami cover ?
Melaka, negeri sembilan, muar, kajang, bangi dan putrajaya

Whatsapp kami di hotline:

Www.wasap.my/60196645709/kabinet

Www.wasap.my/60184027674/kabinet

Www.wasap.my/60129642615/kabinet












DUNIA KABINET DAPUR 2020

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur. Syukur alhamdulillah kita semua dah hampir memutuskan rantaian covid-19 yang menyebabkan negara kita terpaksa membuat PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN selama 3 bulan.


Terima kasih kepada hero hero malaysia yang bertungkus lumus memutuskan rantaian virus ini.

Hari ni kami nak memperkenalkan sedikit latar belakang team DUNIA KABINET DAPUR ini.

Untuk pengetahuan anda...DUNIA KABINET DAPUR telah beroperasi dari sejak 2004 dan sehingga kini tahun 2020 kami masih lagi menjalan kan operasi yang sama. Kami bersyukur kerana kami sentiasa di beri kepercayaan sepenuh nya.






Objektif penubuhan DUNIA KABINET DAPUR ini ada menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan bumiputera yang berkemahiran dalam pertukangan kayu serta hiasan dalaman.

Bukan setakat pertukangan perabut berasaskan kayu sahaja, malah perabut berkonsep aluminium glass juga kami buat.


Kabinet dapur berasaskan aluminium amat baru di perkenalkan kerana produk ini amat kebal dari serangan anai anai dan air.

Kabinet dapur jenis solid kayu jugak sentiasa mendapat tempat di hati para pengemar kabinet dapur



Pilihan paling ramai adalah material jenis laminate..ini kerana harga yang di tawarkan buleh di katakan lebih murah dan mampu milik.




Terdapat pelbagai jenis warna untuk di sepadankan dengan warna dinding dapur rumah anda.

4G bronze mirror buleh di katakan masih baru di persada ruang dapur namun tempahan material jenis ini amat memberangsangkan.




Lihat sahaja kecantikan dapur memang tidak buleh di pertikaikan lagi. Sejuk mata memandang.

Terima kasih kepada semua yang menyokong produk kami.

Segala pertanyaan buleh la hubungi kami 0196645709


PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...