Kabinet dapur tambak paya harmoni

 KABINET DAPUR♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️


Kawasan dapur memang sangat penting sekarang

Sekarang ni walaupun asasnya hanya untuk masak memasak namun semangat menjalankan kerja kerja di dapur harus la di jaga dengan rapi. Jika kita sebagai seorang suami, kepuasan hati kita terletak pada kenderaan seperti kereta Honda yang cantik atau memiliki motor YSUKU yang di upgrade berpuluh ribu, namun berlainan dengan kepuasan seorang isteri. Memiliki dapur idaman yang cantik sememangnya menjadi pujaan dalam hati. Jadi kepada para para yang sayangi isterinya pasti dapur isteri anda cantik baru buleh menambahkan semangat memasak di dapur.

Reka bentuk kabinet dapur juga memainkan peranan penting dalam memastikan dapur anda kelihatan cantik. Tidak semestinya memiliki dapur yang besar membuat ruang dapur anda nampak mewah. Ruang yang sempit juga buleh mendatangkan elemen eleman yang sesuai dengan keadaan.

Hari ni kami nak kongsikan sedikit pemasangan dapur yang simple dan menarik hasil pemasangan kami.

Kali kami membuat pemasangan di taman tambak paya harmoni melaka. Yang ini taman baru masih ramai lagi belom menduduki.


Pemilik rumah bernama en maslin memilih material laminate red glossy serta kombinasi black glossy bagi menampak kan ciri ciri dapur moden sesuai dengan ruang dapur rumah beliau.



Walaupun keadaan dapur agak kecil namun masih mampu kelihatan cantik dan luas.





Terima kasih kepada en maslin kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk make over dapur rumah beliau.


Kepada yang berminat buleh hubungi kami 0196645709 atau buleh singgah ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai.


Kabinet dapur terus dari kilang 2021

 Alhamdulillah berkat kesabaran mengharungi segala rintangan YUZA MANAGEMENT & TRADING atau lebih di kenali DUNIA KABINET DAPUR UMBAI genap berusia 16 tahun beroperasi tanpa henti. Mungkin ada yang baru mengenali kami dan mungkin ada yang selalu mengikuti perkembangan kami. Di sini kami akan lampirkan sedikit info YUZA MANAGEMENT & TRADING.





Kemunculan kami bermula pada tahun 2003 yang ketika itu kami beroperasi di kajang utama. DUNIA KABINET DAPUR ketika itu hanya membuat tempahan perabut hanya berasaskan kayu seperti nyatoh, meranti, balau dan kayu papan lapis serta papan moden milamine board. Berbekalkan pengalaman berkerja dari tahun 2001 sebagai pengurus kilang perabut di puchong utama, 2003 menjadi titik permulaan langkah sebagai satu cabaran menguruskan kilang perabut sendiri.

Pelanggan pelanggan DUNIA KABINET DAPUR terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ini kerana harga yang di tawarkan mengikut kadar semasa tanpa keuntungan orang tengah. Selain dari menerima tempahan kabinet dapur rumah, ketika itu kami juga mengambil bahagian untuk projek swasta dan kerajaan antaranya pemasangan panel akustik di ILKAP BANGI, perabut hiasan di Akedemi Pengajian Islam UM, almari file di fakulti kejuruteraan UPM dan projek pemasangan kabinet dapur kuartes kerajaan presint 9 putrajaya.



* kaunter pejabat pos laju *



* Akustic panel decoration system *



* kotak mesin ATM BSN *


2. Objektif kami adalah memberi peluang pekerjaan kepada anak anak melayu yang meminati dunia pertukangan. Bukti nya sepanjang 16 tahun kami beroperasi, ada yang mampu menjalankan perniagaan sendiri.

3. Bermula tahun 2015 kami mengambil keputusan berpindah ke MELAKA atas faktor taraf sewa permis yang mahal ini kerana tidak menjual dengan harga yang murah di sebab kos yang tinggi. MELAKA menjadi taruhan kami dan kami bersyukur kami di terima baik oleh penduduk MELAKA. Hanya mengambil masa kurang setahun kami mampu memberi saingan sengit kepada pengusaha perabut di sini khusus bukan bangsa melayu. Tahun 2016 kami tambah lagi kedai menerima tempahan pintu kabinet 3G dan 4G. Bila kami yang proses sendiri harga pun jadi rendah. Pada tahun 2020 kita di kejutkan dengan cabaran covid-19. Ramai yang kehilangan pekerjaan di sebabkan banyak sektor sektor pekerjaan terpaksa di kecilkan operasi. Atas desakan sekeliling kami menambah lagi kawasan operasi menerima tempahan kabinet dapur aluminium untuk memberi peluang pekerjaan kepada pendudu setempat.














PROMOSI DUNIA KABINET DAPUR❗❗❗❗

- Sesuatu yang di tunggu tunggu oleh pelanggan pelanggan kami. Bagi yang biasa mengikuti perkembangan kami, biasa nya kami buat promosi mengikut bahan mentah. Kami bukan seperti capentur lain yang hanya war war kan promosi murah namun harga masih sama. Biasa nya kami membeli material secara pukal maka harga nya kita dapat rendahkan kos. Antara produk yang kami buat promosi seperti kabinet dapur laminate hitam dan putih, 4G bronze mirror serta rak tv dengan harga RM 599.







- kesan dari promosi ni kami mampu menyiapkan sebanyak 20 pelanggan dalam masa satu bulan.










Produk 3G/4G memang laku keras di MELAKA ini serta kabinet dapur fully aluminium yang menjadi trend terkini.


STAFF DAN KAKITANGAN 

Kami tak ramai tapi kami ada. Kesemua anggota kami adalah anak tempatan bertepatan dengan slogan kami mahu mendidik anak anak melayu dalam dunia pertukangan.










PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Selain menerima tempahan membuat kabinet dapur kami menjual aksesori tambahan kabinet dapur seperti rak pinggan,hingest, handle, aluminium serta bahan berkaitan perabut bagi memudahkan penduduk setempat membeli barangan secara kecilan.

LAMPIRAN

















Kepada yang berminat untuk membuat tempahan buleh menghubungi kami di talian 0196645709 atau buleh singgah di kedai kami di taman bukit tembakau umbai.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...