Kabinet dapur fomeca

APA ITU KABINET DAPUR FORMICA




Formica adalah sejenis ‘laminate’, atau lapisan akhir yang digunakan ke atas permukaan kayu (kebiasaannya kayu Chipboard) yang memberikan rupa kilat pada permukaan kabinet dapur rumah anda. Kabinet dapur Formica agak popular, terutama sekali kepada mereka yang sukakan penampilan moden di ruangan dapur rumah. Kebiasaannya, kabinet jenis ini terkenal dengan warna-warna yang terang. Lapisan ‘plastic laminate’ akan digunakan untuk membalut permukaan kayu kabinet sebelum lapisan Formica dibalut di atasnya bagi memberikan efek ‘kilat’.

KELEBIHAN KABINET DAPUR FORMICA

1.KETAHANAN
Kabinet Formica tahan kebanyakan masalah umum yang selalu dialami surirumah di dapur, sama ada kelembapan, haba atau kotoran berlebihan. Kabinet dapur Formica mempunyai lapisan luaran yang utuh dan tahan lasak
Lapisan luaran Formica membuatkan ianya mudah dibersihkan. Kabinet dapur Formica turut dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan anti anai-anai



2.KEPELBAGAIAN
Anda boleh jumpa pelbagai warna untuk kabinet dapur anda. Variasi warna ‘plastic laminate’ yang ada dipasara membolehkan anda membuat pelbagai pilihan dan campuran warna mengikut citarasa anda.

3.PERMUKAAN BOLEH DIGANTI
Salah satu keunikan kabinet dapur Formica adalah pada permukaannya yang boleh diganti. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, anda tidak perlu menggantikan keseluruhan pintu kabinet, tetapi hanya permukaan Formica. Malah ianya boleh diubah kepada warna lain dengan penggantian ‘plastic laminate’ mahupun dicat semula pada permukaan Formica.




4.HARGA RENDAH
Apabila melihat perbandingan kos Formica, Thermofoil dan kayu sebenar, kita melihat bahawa pintu Formica adalah yang paling murah untuk dipasang berbanding dengan 2 jenis kabinet yang lain. Ada yang berpendapat bahawa pintu bersalut vinil mempunyai kos yang sama, tetapi ini tidak benar. Berdasarkan pengalaman kami, pintu laminat Formica adalah paling murah untuk dipasang pada almari. Walaupun harga yang berpatutan, kualiti bahan lebih unggul daripada Thermofoil atau pintu dapur dapur kayu sebenar.

www.wasap.my/+60196645709 untuk pertanyaan dan tempahan.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...