Kabinet dapur murah 2021

 Lama tak bersiaran sebab kekangan masa yang agak sibuk sejak kebelakangan ni...berkejar sana sini menyiapkan tempahan yang ada. Terima kasih kepada semua yang menyokong produk kami. Segala usaha kami di hargai...

Hari ni kami nak kongsikan beberapa koleksi pemasangan sepanjang bulan februari 2021. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan di permudahkan segala urusan.

Pemasangan pertama kami di belakang pejabat kami di taman bukit tembakau umbai rumah abang zahari.


Abang zahari ni baru je pencen pegawai polis dan rezeki di pertemukan dengan kami. Memilih warna hitam kilat menambahkan kecerian rumah beliau.


Selesai rumah abang zahari kami ke rumah kak zainab jiran abang zahari.

Kali ni tempahan almari bilik slidding anty jump menjadi pilihan..


Cantik kan...simple dan ringkas menjimatkan ruang bilik.

Selesai je pemasangan almari bilik ni kami terus ke kampung sebelah iaitu kampung pulai merlimau rumah en nazri. Tahun lepas kami buat rumah adik beliau, kali ni rumah abang pulak.


En nazri ni baru sahaja membina rumah di tanah pusaka nya...cantik rumah beliau.


Setelah selesai kami melangkah jauh sedikit ke jasin taman maju rumah en zaher. Asal nya en zaher hubungi kami hanya nak bandingkan harga, namun beliau tertarik dengan harga kami. Terus beliau bagi deposit permulaan. Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan hasil tangan kami.





Amat mendebarkan nak pasang kabinet area jasin ni, maklumler nak kena redah sekatan jalan oleh POLIS di IPD jasin. Namun tanggung jawab kami kena jugak tunaikan.

Habis je pemasangan di jasin terus kami memecut ke kampung tambak bugis rumah puan aini..

Warna putih menjadi pilihan kerana bersesuaian tema dapur beliau yang menginginkan ruang yang luas...



Selesai sudah pemasangan untuk februari 2021. Terima kasih tak terhingga kerana memberi peluang kepada kami menyiapkan tempahan anda..


Kepada yang berminat dengan perkhidmatan kami, anda buleh lah hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh singgah ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai...

INGAT DAPUR INGAT KAMI...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...