Showroom dan kilang kabinet dapur

Pertama kali kami buat showroom kabinet dapur 10 tahun yang lepas di kajang utama..namun rezeki kami di situ terhenti di sebabkan sewa permis yang agak tinggi membuat kan kami mengambil keputusan pindah di tasek kesuma semenyih...di semenyih kami tak sempat nak buat showroom malah sewa naik lagi apabila lebuhraya ecohill di buka...kami terpaksa keluar mencari premis lain yang agak murah, ini kerana harga kami tidak lah mahal hanya sekadar mampu milik..

Kini kami proses showroom kabinet dapur di bukit tembakau melaka bagi memudahkan para pelanggan melihat sendiri contoh contoh yang ada...


Di ruang ini lah kami akan decorate showroom kabinet dapur menggunakan material 3G glass..sebelum ni ruang tersebut di gunakkan untuk proses membuat pintu 3G glass...apabila kami menambahkan lagi premis kami, maka dengan ini ruang tersebut bakal di jadikan showroom kabinet dapur..


Proses membuat showroom kabinet dapur sedang di jalankan..terlihat semua staff Naz Creative Trading bertungkus lumus menyiapkan showroom kabinet dapur ni..kalau buleh kite nk buktikan bahawa usahawan bumiputera setanding dengan usahawan bukan bumiputera..



Kini siap hampir sepenuhnya tinggal nak pasang pintu kabinet dapur sahaja..lepas ni mudah la pelanggan nk lihat contoh kabinet dapur...


Tu dia model kabinet dapur kami adik Danish Arshad yg sudi jadi model kami...hihihihi..bakal penyambung warisan perabut ni...

Kami sengaja meletakkan banyak warna untuk sample kt kilang ni...so mudah la untuk memilih..banyak lagi sebenarnya kaler..merah, hijau, silver, pink...semua buleh di pilih...

Akhir kata dari kami..jemput la datang ke kilang kami...dan terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada kami..tanpa anda siapa la kami...


Bicara Naz Creative dan Kabinet Dapur

Kami bukan dari golongan kaya..
Kami bukan dari cerdik pandai..
Kami bukan dari golongan lulusan university..

Tapi kami adalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan..setiap hari kami cuba perbaiki kelemahan itu..maka di saat itu tertubuhnya team Naz Creative Trading yang menginginkan kehidupan yang sempurna..

Naz Creative di tubuhkan pada tahun 2004 dan alhamdulillah sampai hari kami masih mampu bertahan dalam bidang pembuatan perabut..

Saya sendiri sebagai pengarah syarikat Naz Creative yang tidak mempunyai kelulusan mencuba bidang pembuatan perabut dengan pengalaman yang ada..maka dengan itu kami cuba menjadi sekolah kepada budak budak melayu bumiputera yang tiada kelulusan untuk menjadi kan pembuat perabut sebagai kerjaya..

Kami bersyukur kepada Allah kerana limpahan rezeki nya yang membuka hati para pelanggan kami untuk membuat tempahan dengan kami..walaupun di luar sana masih ramai usahawan perabut dari golongan bukan melayu bumiputera..sekarang ni makin terhakis usahawan bumiputera dalam bidang pembuatan perabut..

Kami juga seperti yang lain tak lari dari kesilapan..namun kami cuba perbaiki dari hari ke hari untuk jadi yang lebih baik..

Bermula dari tahun 2004 hingga ke hari ni pelbagai ragam kami temui...namun kami tak pernah jemu untuk mendidik anak melayu dalam bidang pembuatan perabut....

Dari kajang utama kami berpindah ke tasek kesuma semenyih dan kini kami ke melaka hanya di sebabkn sewa premis yang terlalu tinggi..

Harga yang kami letakkan bukan lah harga yang tinggi..harga mampu milik..sehingga hari ni kami masih menggunakkan harga 15 tahun yang lepas..masih tak berubah..sebab itu bila ada yang mengatakkan kenapa mahal..saya jawab " saya tak naikkan harga lagi ".

Di sini saya lampirkan beberapa koleksi kami atau anda buleh lihat di blog kami..





Kilang kabinet dapur di melaka 2016

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pengemar kabinet dapur...
Sebelum kami WARGA NAZ CREATIVE TRADING mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua seluruh umat islam diseluruh dunia...

Memandangkan material 3G glass mendapat perhatian yang tinggi serta di gemari ramai semenjak kami membuat promosi kabinet dapur kami Naz Creative Trading dengan penuh keyakinan tinggi
Melanjutkan lagi promosi harga cun untuk material 3G glass...


Ramai yang tanya..semua produk ke ada promosi..jawapan nya ...hanya material 3G glass sahaja..ini kerana kami membeli bahan mentah untuk 3G glass secara pukal..anda buleh bandingkan sendiri..


Kami juga menerima tempahan pintu 3G glass untuk kilang kilang perabut lain..so..usahawan usahawan melayu bumiputera di luar sana yang sebelum ni membuat tempahan pintu 3G glass dengan kilang kilang cina buleh datang sendiri ke kilang kami..


Kami juga menerima tempahan area melaka, negeri sembilan, kajang, bangi dan muar..


Kepada yang berminat anda buleh la menghubungi kami di talian 019 6645709 atau datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau..

Kabinet dapur raya 2016


Duhai bonda, duhai ayahanda..dengar lah rayuan anakanda, yang jauh di mata....

Satu hari di hari lihat cahaya bersinar indah....dah dengar lagu raya..





Tak lupa juga kepada semua pelanggan pelanggan kami yang masih setia membuat tempahan dengan kami, tanpa anda siapa lah kami..

Sempena dengan raya tahun ni, kami warga Naz Creative melancarkan jualan promosi kabinet dapur raya 2016 pada 2 hari sebelum ramadhan...memang mendapat sambutan tapi kami terpaksa menolak kerana takut tak sempat menyiapkan sebelum menjelang raya..ini pun ngam2 nak raya baru dapat siapkan..terima kasih kepada semua team Naz Creative yang sedaya upaya menyiapkan tempahan kabinet dapur ni..

Buka sahaja promosi terus kami di datangi satu keluarga dari taman lipat kajang melaka..

PROJEK PERTAMA = TAMAN LIPAT KAJANG




Warna kuning menjadi pilihan di hati..dengan menggunakan material jenis fomeca high gloss memang menampakkan ciri ciri dapur yang luas..
Terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Krew yang terlibat
Puan az : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang.

PROJEK KEDUA = BUKIT LARANG

Selesai di taman lipat kajang, kami beralih ke projek dekat kilang kami iaitu di taman bukit larang...rumah sulaiman menjadi tempat kami memasang kabinet dapur..dengan menggunakan material 3G glass warna silver memang cun..


Selesai la pemasangan rumah en sulaiman kite ni..

Krew yang terlibat
Naz : marketing / ketua tukang
Zazri : tukang
Hazwan : tukang

PROJEK KETIGA : TAMAN MUHIBBAH MERLIMAU

Kali ni kami ke rumah kak lisa yang bertempat di taman muhibbah merlimau..kak lisa kita ni berkerja di ampang..kiranya rumah di merlimau ni untuk hari tua la..untuk rumah ni kami gunakan material jenis fomeca warna ungu..bak kata perpatah ungu di hati ku..









Cantik kan..bersesuaian dengan warna dinding rumah kak lisa kita ni..

Alhamdulillah selesai jugak pemasangan rumah kak lisa kita ni..

Krew yang terlibat
Puan az : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang

PROJEK KEEMPAT : BUKIT KATIL

Kemudian kami beralih ke rumah puan haslina di bukit katil..beliau membuat tempahan kabinet dapur gantung sahaja dengan memilih material jenis fomeca serta aluminium edging..




Simple je kabinet dapur ni tapi tetap menampakkan ruang yang kemas..

Krew yang terlibat

Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu

PROJEK KELIMA : SEREMBAN 2

Selesai pemasangan di bukit katil..kami Naz Creative terus ke seremban 2 taman bukit kepayang rumah en zamzuri....beliau membuat tempahan kabinet dapur dan almari bilik...
Jom kite lihat kabinet dapur rumah beliau..dengan menggunakan material 3G glass warna hitam memang cantik..




Amacam cantik tak..

Selain dari kabinet dapur en zamzuri kite ni juga membuat tempahan 3 set almari bilik..untuk almari bilik kami gunakan material fomeca dan pintu anty jump slidding..sampai syiling tok...




3 set almari bilik sudah pun selesai di rumah en zamzuri kite ni..
Terima kasih kepada en zamzuri insyaallah lepas raya kite jumpe smula..sebab selesai je pemasangan ni kami nk ke rumah en hairul dari senawang...

Krew yang terlibat
Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang

PROJEK KE ENAM : SENAWANG

selesai je projek rumah en zamzuri di seremban 2, kami terus ke senawang..projek kali ni agak besar sedikit..mana tak nya 6 set almari bilik, 2 set stor bawah tangga, satu rak tv, dan satu set kabinet dapur 3G glass...jenuh jugak la nk menyiapkan..

Kabinet dapur rumah beliau menggunakan 3G glass kaler pink..dalam hati ada taman..





Selain dapur terdapat juga dua store bawah tangga yang di gunakan untuk menyimpan barang barang..
Jom kite lihat



Ni store bawah tangga untuk ground floor dan tingkat satu..besar rumah en hairul kite ni...sye buleh anggarkn beliau ni seorang jutawan la...

Untuk almari bilik pulak terbahagi 3 bilik..

Bilik master ( bilik en hairul la )




Tu dia almari bilik en hairul...simple je, semua almari rumah ni menggunakan material jenis milamine board..


Ni pulak almari anak dara beliau..dua beradik dalam bilik ni..tetengah antara almari tu kami buat satu kabinet terbuka buleh la beliau menyimpan Al Quran kat dalam tu..cantikkan...

Turun bawah lak kami buat kabinet tv..besau tu kabinet tv nye..





Kan dh kate cantik rak tv nye...siap ada hifi glass hitam lagi...memang menarik di tambah pulak ada downlight kt kabinet tv tu...

Thanks mr hairul kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami..
Krew yang terlibat untuk rumah ni

Naz : marketing
Zazri & hazwan : rak tv & bawah tangga
Naz/hazwan/mus : almari bilik
Farizal/zul : kabinet dapur

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...