Kabinet dapur tip top 2021

Rasanya hampir sebulan kami tak jengok blog ini di sebabkan faktor kesibukan menyiapkan tempahan kabinet dapur. Maklum ler lagi beberapa hari kita dah nak menyambut ketibaan ramadhan. Kalau tahun 2020 kita semua terpaksa raya di rumah masing-masing di sebabkan PKP. Insyaallah tahun ni kita dah buleh sambut raya bersama keluarga cuma yang tak di benarkan adalah merentas negeri. 

Alhamdulillah sepangjang bulan ni kami dapat menyelesaikan pemasangan kabinet dapur dengan jayanya dan rasa seronok bila pelanggan berpuas hati dengan hasil nya.

Untuk projek pertama kami, gemencheh menjadi sasaran.

Tuan mazlan kita ni mengidamkan sebuah dapur yang cantik namun hasrat nya gagal beberapa kali kerana kecewa dengan beberapa kontraktor. Rezeki bertemu dengan kami membuatkan en mazlan begitu semangat untuk memiliki dapur impian setelah beberapa kali kecewa. Setelah di penjanjian di meterai maka bermula lah kami menyusun pembuatan kabinet dapur di rumah beliau.













Bermula dengan rak tv hingga lah kedapur hasil kami alhamdulillah en mazlan begitu berpuas hati dan kami pun buleh tidur lena.

Kemudian kami bertemu pula dengan puan naslin di gemencheh. Impian puan naslin adalah untuk baik pulih kabinet dapur rumah beliau. 


Ini tujuan asal puan naslin menghubungi kami, namun setelah di bincang secara mendalam kita ubah suai sedikit kabinet dapur rumah beliau. Sebenarnya ini hadiah buat ibunya puan latifah yang inginkan dapur yang cantik.







Ketung ketang ketung siap lah dapur rumah mak puan naslin ni. Dari kawasan dapur yang agak lusuh kembali ceria menakjubkan. Apa lagi tersenyum lebar la makcik latifah ni maklum hadiah dari anak tercinta.

Selesai sahaja di gemencheh kami terus ke taman paya rumput bistari. En farhan ni mula menghubungi kami setahun lepas ketika beliau baru sahaja membayar deposit rumah baru. Atas desakan PKP maka penyerahan kunci agak lambat hingga la tahun 2021. Namun tak mematahkan semangat en farhan untuk memiliki dapur idaman seperti yang selalu di pamirkan ruang pesbok. Putih bersih menjadi taruhan permainan tone colour.







Bila abis saja pemasangan terpancar kepuasan bila dapur yang di idam menjadi kenyataan. Bukan mudah nak dapat yang di hajati.

Kami beralih arah pula ke rumah puan nurul di padang temu. Puan nurul ni adalah seorang isteri pengawai polis di trafik di melaka. Orang nya agak tegas, ketika memula kami sampai agak jenuh jugak la kami bersoal jawab dah macam kena soal bedah siasat. Namun bagi kami itu perkara biasa.






Kombinasi hitam dan putih menjadi taruhan rumah puan nurul ni. Agak teliti sikit puan nurul ni. Kalau tak kena dengan matanya...buleh tahan cerewet nye...namun berjaya jugak kami menawan hatinya...

Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang menaruh kepercayaan besar kepada kami.
Untuk yang berminat dengan hasil usaha kami buleh lah hubungi kami 0196645709 atau buleh singgah kekedai kami di taman bukit tembakau umbai.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...