Showing posts with label Bertam perdana. Show all posts
Showing posts with label Bertam perdana. Show all posts

Almari bilik bertam perdana

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur...hari ni kami Naz Creative baru saja selesai satu lagi pemasangan almari bilik di bertam perdana.. 

Ni projek kedua di rumah cikgu mulyeni...bulan lepas kami dah pasang kabinet dapur rumah beliau..jom kite imbas semula kabinet dapur rumah cikgu mulyeni ni...



Atas kepuasan dengan perkhidmatan kami, maka next projek pun di teruskan...cikgu mulyeni ni buleh tahan jugak cerewet ni...maklum la seorang pendidik sentiasa mahukan yang tebaik apa pun yang di lakukan...



Kali ni almari bilik menjadi taruhan..dengan menggunakan pintu jenis slidding anty jump membuat bilik ini sangat luas..ye la..tengok lampu tu...kalau buat pintu jenis daun semestinye lampu tu kena alih..

Penggunaan pintu slidding full mirror juga memainkan faktor paling besar..senang cerita dah tak payah cermin makeup..satu badan buleh nampak.." jangan nampak lembaga yang bukan bukan sudah la " hihihihihi gurau je..




Yang ni pulak agak special punye..ye la..siap bertangga bagai senang nak panjat ke atas ceiling..

Penggunaan kaler yang agak " dark " tidak langsung menjejaskan ruangan bilik kerana bilik ni besar..( bilik anak bujang )

Alhamdulillah selesai je pasang cikgu mulyeni pun berpuas hati..terima kasih cikgu kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

Almari bilik taman cheng ria

Ramai yang bertanya, Naz Creative ni tak buat almari bilik ke....asyik gambar kabinet dapur je...sebenarnya banyak almari bilik dah kami pasang cuma segi untuk post dalam blog ni kabinet dapur lebih menyerlah dari almari bilik...

Hari ni kami nak belanja satu projek pemasangan almari bilik di taman cheng ria...


Menggunakan material jenis laminate glossy berpintukan slidding anty jump memang menjimatkan ruang....Puan Nurul kite seorang yang suka aktiviti lasak manakala suami nye menjalan perniagaan bateri kereta...sesape nk bateri murah buleh lah hubungi no 019 3234949..kalau bateri kereta kong tengah jalan pun buleh hubungi beliau..


Ketinggian almari sampai ceiling ler..banyak barang buleh simpan..

Akhir kata dari kami terima puan nurul kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

Kabinet dapur bertam perdana

Alhamdulillah selesai sudah pemasangan kabinet dapur di rumah cikgu muleyani di bertam perdana...dapat lah beliau menunaikan umrah minggu depan dengan sempurna..kalau tak beliau runsing memikirkan dapur beliau yang sarat dengan barang..


Di awal perkenalan kami, cikgu muleyani kurang keyakinan untuk membuat tempahan dengan kami, takut hasil nya kurang memuaskan...setelah perbincangan demi perbincangan bersama suami nya, akhir beliau mengambil keputusan " kite try dulu "...kalau ok..kita sambung next projek..


Beliau memberanikan diri meletakkan kepercayaan kepada untuk kami siap kabinet dapur rumah beliau...material yang di gunakan jenis laminete bercorak kayu..


Maka bermula lah satu lagi pemasangan kabinet dapur..

Siap je kabinet ni terus cikgu ni memuji, bagus hasil nya...

Maka nye bermula lah satu lagi tempahan..insyaallah bulan depan lak kami pasang

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
Mus : pembantu

Kabinet dapur bertam perdana

Saya anak malaysia..saya anak malaysia...
Kedengaran lagu tentang kemerdekaan..maklum la esuk kita nak sambut ulang tahun kemerdekaan...mungkin ada yang di luar sana sedang sibuk dengan persiapan perbarisan di dataran...tahniah kepada kita sendiri sebagai rakyat malaysia yang hidup aman dan damai...
Kali ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan satu lagi kabinet dapur yang simple di taman Bertam Perdana Melaka..


Dengan mengguna kan material jenis 3G glass kaler putih di selaputi carcas kabinet kaler hitam memang menawan cun la..
Table top pula kami gunakkan jenis kontrit tile 2 x 2 memang kemas..


Terdapat juga satu tall unit untuk menyimpan oven dan microwave...wah...

Alhamdulillah selesai dengan jaya nya tanpa kontroversi...hihihihihihi...terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami...
Antara krew yang terlibatEn reduan : pembuat konkrit topEn zazri : tukang perabutEn hazwan : tukang perabut

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...