Kabinet dapur hijau turquoise

 Kebiasaan kita lihat kabinet dapur berwarna merah, hitam ,putih atau kaler kaler bercorakkan wood design. Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang satu pemasangan kabinet dapur di taman tangga batu melaka. Apa yang menariknya kali ni kami menggunakan warna baru iaitu hijau turquoise. Apa itu hijau turquoise?

Turquoise berasal dari campuran hijau dan biru. Ia juga di kaitkan dengan laut yang lembut, tenang dan kedamaian. Bila di gabungkan ruangan dapur seleksi minda kita bertukar menjadi sejuk, bersih, lembab dan penuh misteri. Itu hijau turquoise.

Jom kite lihat hasil pemasangan kami di taman tangga batu.


Campuran warna hijau turquoise, putih dan hitam menjadikan kabinet dapur ini nampak mewah walaupun simple sahaja.



Tone colour yang di pasang secara berselang seli menampakan sesebuah elegen moden kotemperari.



Di selaputi kekemasan table top jenis quarz stone memang cun la.. tersenyum lebar dan semangat nak memasak.



Terima kasih kepada en helmi yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada team kami 100%.



SHIPLAP TREND TERKINI

 Anda sedang terfikir bagaimana hendak cantikkan ruang tamu rumah anda. Memperkenal trend terkini iaitu SHIPLAP yang di gilai ramai.



Tak perlu kos yang tinggi untuk membuat hiasan dinding. Amat mudah sekali untuk memasang.

HARGA HANYA RM 5 SEBATANG!!!!!!!!!

MURAH DAN YANG PENTING TERUS DARI KILANG...

HUBUNGI KAMI 0196645709



Shiplap wall panel



Trend terkini dinding ala inggeris/cottage Material : MDF Saiz : 150mm X 1220mm X 9mm Boleh dicat : Ya Cara Pemasangan : Rujuk gambar Bahan lain untuk pemasangan : Gam silicone atau gam dunlop, kayu aiskrim, cat Penting-Maximum quantity untuk satu order adalah 30 keping. sila buat order kedua jika melebihi 30 keping. Seller akan request untuk cancellation jika satu order melebihi 15 keping. Kelebihan Tahan lasak dan ringan Sesuai untuk dinding dalaman bertemakan inggeris

Kabinet dapur 4D sebatu putra

Tahun 2020 tahun yang paling mencabar buat kita semua terutama rakyat malaysia di mana tahun ni kita berhadapan dugaan serangan virus COVID-19. Lantas dengan itu pihak kerajaan telah mengambil langkah langkah seperti mengawal keadaan dengan melancarkan PKP ( perintah kawalan pergerakkan). Siapa sangka siapa menduga tahun ini kita terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan terkawal. Pertama kali kita tidak buleh menunaikan solat jumaat sepanjang tempoh PKP. Pertama kali kita tidak dapat ziarah menziarah bila tiba hari raya. Begitu juga dengan tugasan harian menunaikan pekerjaan kita terpaksa kita cuti demi memutuskan rantaian COVID-19. 

Untuk kali ini satu cabaran bagi kami di mana projek ini telah di persetujui sebelom PKP. Namun di sebabkan PKP kami terpaksa akur dan agak mengambil masa untuk menyiapkan tempahan ini.

Namun alhamdulillah walaupun mengambil masa yang agak lama untuk di siapkan  dan buleh di katakan ini adalah projek terbaik kami sepanjang PKP. 

Dengan menggunakan material 4D laminate glossy kombinasi quartz stone memang menjadi kali ni. Tersenyum lebar en hafiz bila kesemuanya selesai walaupun mengambil masa 6 bulan. Jom kite lihat beberapa koleksi yang di hasilkan dengan penuh kesenian.



Taman sebatu putra ni di area merlimau menghala ke muar. Di sini kami dah buat hampir 5 @ 6 biji rumah koleksi kabinet dapur.



Kombinasi kaler juga memainkan peranan penting. Di samping menggunaan pencahayaan yang baik.

White glossy untuk wall unit full height memang cantik dan memberi kepuasan sepenuhnya dalam penggunaan kabinet. Bukan senang design kabinet full height wall unit. Biasa kite lihat agak kurang menarik untuk full height wall cabinet ni. Namun untuk rumah en hafiz ni memang lain macam sikit.



Pemasangan tile dinding yang di panggil backflat untuk menampakkan ruang dapur kelihatan cantik dan menarik.



Pemilihan table top jenis quarz stone buleh di katakan tepat sekali. Corak wood design pintu kabinet menjadikan kabinet dapur ini di ketegorikan dalam moden kotemporari.

Untuk pengetahuan semua kami juga terlibat pemasangan plaster ceiling di rumah ni. Alhamdulillah selesai semua.

Untuk kenangan malam ni tahniah kepada pemenang di PRN Sabah yang sedang berlangsung. Tak kira la sapa yang menang yang penting kabinet dapur anda siap sepenuhnya.

Terima kasih en hafiz kerana sudi membuat tempahan dengan kami.

Kabinet dapur jasin bistari

 Alhamdulillah hari di beri kesempatan sedikit untuk menulis tentang satu lagi pemasangan kabinet dapur yang simple dan cantik di taman jasin bistari. Apa yang menarik kat sini rekabentuk rumah di taman jasin bistari ni mengekalkan ciri ciri rumah melaka. Kami pun terpegun dengan design rumah ni. Untuk kali kami di tugaskan menyiapkan kabinet dapur rumah en rafik. En rafik baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya. Di harapkan segala urusan en rafik di permudahkan. 

Setelah di bincang dari hati ke hati di tambah pulak kami sedang dalam PROMOSI KABINET MERDEKA 2020 maka temetrailah satu persetujuan kedua pihak memilih material kabinet dapur table top konkrit tile 2 x 2 berwarna hitam serta pintu kabinet laminate white glossy bersama carcas black glossy. Wow memang cantik.

Jom kita lihat hasil nya...




Penggunaan aksesori yang terbaik juga memain kan peranan penting seperti penggunaan hingest jenis soft close menambahkan lagi nilai sesebuah kabinet dapur. Manakala slide drawer kami menggunakan jenis vation 18" produk from italli 100% heavy duty.






Terima kasih kepada en rafik yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami. Insyaallah kami cuba buat yang terbaik untuk semua pelanggan kami.


Untuk segala pertanyaan buleh la hubungi kami 0196645709 

Promosi kabinet dapur 3G glass

 Assalamualaikum kepada rakan rakan alam maya serta yang sedang mencari kontraktor kabinet dapur...


📸 Jadikan rumah/pejabat anda lagi teratur jika ada kabinet atau perabot idaman anda. 😄 Kami menyediakan perkhidmatan reka bentuk perabot yang anda inginkan di setiap ruangan yang anda mahukan. 






































Tempahan yang kami sediakan

📌PERABOT

📌ALMARI

📌KABINET PAKAIAN & DAPUR

📌HIASAN DALAM

📌UBAH SUAI RUANG PEJABAT

📌WAINSCOATING

📌SHIPLAP


“Cabinet in your dream, now become reality” 

“Custom your cabinet now in your home” 💞


🔥 Untuk maklumat lanjut tentang sebut harga setiap ukuran atau reka bentuk. 


🚗Cover area melaka, muar dan negeri 9


www.wasap.my/60196645709/Assalamualaikumtempahankabinet



PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...