Kabinet dapur park land melaka

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta DUNIA KABINET DAPUR. Alhamdulillah kita bertemu semula memandangkan agak lama kami tak bersiaran. Maklum lah sejak kebelakangan ni agak penuh jadual.

Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang info pemasangan projek kami di pangsapuri tun perak sg melaka atau pun di kenali PARK LAND...ni tempat orang kaya kaya je ni...



Pemilik rumah ni bernama en azizan seorang cikgu di muar. Beliau beli rumah ni pun untuk di jadikan homestay. Maka atas kepercayaan cikgu terhadap kami, beliau mengamanahkan kepada kami untuk makeover pangsapuri beliau. Dengan itu terhasillah seni yang terindah..jom kita lihat bersama...

Untuk permulaan kita lihat dulu bahagian luar. Pembinàan rak kasut simple di bahagian pintu masuk.


Dengan menggunakan material jenis laminate bercorakkan jalur kayu memang cantik. Pelbagai jenis kasut buleh di letakkan dalam rak ini. Selain itu juga kami memasang panel di tepi pintu dengan menggunakan kayu pine..wow..



Cantik tak...memang cantik...

Kemudian kami terus buat pemasangan di ruang tamu..




Penggunaan flatform untuk ruang tamu memang cantik..di tambah pulak rak tv yang cantik..kombinasi kaler juga memainkan peranan penting. Untuk flatform lantai kami menggunakan kayu jenis solid hevea dan di varnishkan menggunakan kaler cherry. Manakala rak tv kami menggunakan material jenis laminate.



Untuk ruang ke bilik kami memasang panel bidding pintu menggunakan material kayu solid PINE manakala untuk dinding ficture wall kami menggunakan wall paper bercorak batu bata. Memang class gitu.







Untuk bilik pula kami start pasang kepala katil, rak tv , kabinet iron baju dan set laci tepi ala ala hotel 5 bintang gitu. Memang puas hati la. Set lampu tidur buleh letak atas kabinet laci tu. Rak tv juga terdapat dalam bilik agar buleh menonton sebelum lelap kan mata.



Yang ini pulak untuk bilik special punya. Tiada lagi katil kerana kami memasang flatform bagi menggantikan katil. Apa yang menariknya kami menggunakan kayu jenis solid hevea dan varnish original face. Memang klasik. Mau tidur lena di ulit intan. Ini kerana penggunaan flatform ini memberi keselesaan tubuh badan. Tidak seperti kita tidur atas lantai beralaskan tile. Terdapat juga satu meja study untuk letak laptop atau gajet gajet anda.






Part yang terakhir adalah set kabinet dapur. Kalau dalam bilik kami menggunakan jenis klasik, tetapi untuk set kabinet dapur konsep moden kontemperari menjadi taruhan. Lihat saja kombinasi warna memang cun giler la...hati berbunga bunga bila di dapur. Ruang yang secukupnya di gunakan. Terdapat 2 dapur iaitu dapur kering dan dapur basah.

Alhamdulillah kami dapat selesaikan dengan jayanya tanpa ada kontroversi dan tanpa prajudis.

Kepada sesiapa di luar sana yang nk datang bercuti di melaka buleh la menginap di homestay ini..memang cantik..

Tak lupa juga kepada sesiapa yang ingin kn sentuhan kami makeover rumah anda buleh lah hubungi kami 0196645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Sekian terima kasih...salam sayang dari kami yuza management & trading.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...