JENIS JENIS KABINET DAPUR


JENIS JENIS KABINET DAPUR


Assalamulaikum kepada semua kenkawan yang sedang mencari idea untuk membuat kabinet dapur. Kabinet dapur ni satu benda yang paling penting kerana, kekemasan area dapur ni mencerminkan tuan rumah...ye ke...tapi tak kisah lah yang penting dapur mesti cantik. Di sebalik cantik, kualiti pun kena pastikan jugak

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang perihal jenis jenis material. Selalu kita dengar kabinet dapur 3G lah, 4G lah tapi masih samar dan tak tahu apa beza nya...
Pengalaman kami yang dah masuk 16 tahun ni dalam pembuatan perabut khususnya kabinet dapur ingin membentangkan rahsia material yang akan di gunakan.

Terdapat pelbagai jenis jenis material ni. Tu belom masuk kaler lagi...macam macam jenis kaler. Pening kepala mak ngah nak pilih yang mana satu. Jom kita sama sama timba ilmu.

1. 3G GLASS DOOR
      Pintu jenis ini tidak menggunakan kayu tetapi permainan kaca setebal 5mm di gunakan manakala kekemasan pintu di liputi aluminium. Aluminium yang paling porpular adalah berwarna silver. Ini kerana kos nya mampu milik la. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih buleh la pakai aluminium yang di selaputi kaler pouder coating. Memang cun la. Mybe ada yang tanye.." tak pecah ke sebab kaca kan " 
Ketebalan kaca yang di gunakan agak tebal dan berkualiti. Jadi jangan risau la kecuali kalau anda hentam dengan " mertun "( kata orang belah utara " memang hancuq berderai la jawapnya. Tu dah kira ganas sangat. Tapi kalau jaga bebaik insyaallah. Tahan lama camtu.. 








2. 4G GLASS DOOR
     Selepas 3G glass, muncul pulak yang baru iaitu 4G glass. Rata rata sekarang ni orang dok membawang pasal kabinet dapur 4G. Cantik sesangat. Tapi apa itu 4G glass. Mai sini kami nak habaq kepada semua. 
Dari segi harga memang mahal sedikit la dari 3G. Beza takde la beza sangat. Penggunaan bahan tetap sama seperti kaca 5mm dan aluminium. Cuma bezanya untuk 4G ni, jenis aluminiun di upgred sedikit ke kepada design yang moden. Kaca juga di upgred dengan mesin CNC untuk di jadikan separa diamond. Untuk setakat ini kami hanya keluar produk 4G bronze dan black mirror sahaja. Dari segi aluminium pulak ada basic kaler iaitu NA colour, mana untuk pouder couting bagi mereka yang mempunyai bajet lebih.





3. HIGH GLOSS LAMINATE 
     Bagi mereka yang mempunyai bajet ekonomi pastinya material high gloss laminate menjadi pilihan. Dari segi rupa memang sama seperti 3G glass. Ramai di luar sana keliru antara 3G glass dan high gloss lamina ni. Kalau 3G glass hanya menggunakan kaca dan aluminium, manakala material ini menggunakan papan lapis meranti dengan ketebalan 15mm dan di kemaskini profail aluminium flat NA. High gloss juga membolehkan pintu kabinet tampil lebih moden persis material arcylic.







4. SOLID WOOD
     Material solid wood ini memang evergreen @ produk rare di masa kini. Di sebabkan negara kita sekarang kekurangan perkayuan maka produk sebegini amat tinggi sedikit harga nya. Ada beberapa jenis solid wood ini antaranya, nyatoh, havea, ramin, ksk, oak, semamgkuk, pine dan banyak lagi la. Yang paling porpular adalah solid nyatoh, manakala produk pine pernah mengalami zaman rebutan apabila tukang tukang di luar sana cuba mengumpul serpihan kayu pallet pine untuk di jadikan kabinet dapur yang murah. Namun ia tidak kekal sepanjang masa, ini kerana di masa kini kebanyakkan pallet di perbuat dari plastik keras. Maka solid pine terus menjadi keras harganya. Di antara harga solid wood paling murah adalah solid nyatoh. Berkayu kemerahan dan sesuai untuk kaler gelap seperti mahagoni dan walnut. Ada juga mencuba dengan semburan cat gloss namun ia akan menghilangkan ciri ciri klasikal. Apa yang cantik nya solid wood ni?..pasti ada tertanya kan.
Ciri ciri belahan urat kayu tu yang menampakan imej klasik original dari pokok balak.








Semoga dengan sedikit info ni dapat memberi ilham kepada anda yang ingin membuat tempahan kabinet dapur.

Tahun 2020 ni genap la kami 16 tahun dalam bidang pertukangan...insyaallah kami bakal membuka hardware kami sendiri dengan menjual aksesori kabinet dapur.

Terima kasih kerana menyokong kami...


No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...