Kabinet dapur merlimau

Assalamualaikum....kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur..lagi 10 hari nk raya ni, adakah persiapan raya ni sudah di sediakan..

Kali ni kami nk kongsikan sedikit satu lagi pemasangan kabinet dapur di taman muhibbah merlimau..pemilik rumah ni Liza dan berkerja di ampang..walaupun kami dah siap projek kat sini, kami pun tak jumpa lagi pemilik rumah ni..kami hanya berurusan dengan menggunakan henpon sahaja..manakala untuk buka pintu rumah kami jumpa abg beliau yang berada di sebelah rumah beliau..



Warna ungu menjadi pilihan kak liza kita ni..kalau tuan2 dan puan2 nak tahu, seluruh dinding rumah ni berwarna ungu..senang cerita ungu di hati ku..



Dapur rumah ni pun di ketogerikan besar jugak la..luas la dan senang nk buat kerja..

Selesai je pemasangan kami pun bersembang dengan abang beliau, rupa2 nya abang beliau sebelum ni menetap di Bangi seksyen 3 belakang Petronas..ye la terkenang kami 15 tahun kami kat area bangi tu..ramai custumer kami kat sana..

Akhir kata jutaan terima kasih tak terhingga kepada puan liza kerana memberi kepercayaan kepada kami

Puan az : marketing
Zazri : ketua tukang
Hazwan : tukang

Kabinet dapur 3G glass bukit larang

Alhamdulillah hari ni kite dah menempuh hari ke 18 ramadhan..makna nya tinggal lebih kurang 12 hari lagi kita akan menyambut syawal..syukur kita masih lagi di beri kesihatan umur yang panjang dapat lagi kita menunai ibadah puasa ni..ucapan takziah juga kepada kenkawan serta kenalan kami yang pergi mengadap ilahi di bulan ramadhan ini..

Kali ni satu lagi projek pemasangan kabinet dapur di bukit larang melaka menjadi tumpuan..dengan menggunakan material jenis 3G glass warna silver memang cantik...sesuai dengan keluasan dapur dan tema moden..pemilik rumah ni bernama en sulaiman dan jodoh kami di pertemukan bertempat di kilang kami bukit tembakau..



Sememangnya dapur rumah en sulaiman ni memang besar..ye la lot banglo...puas hati buat keje kt sini..



En sulaiman ni memang suka cara moden dapur..ni dapur baru, beliau baru saja renovate dapur..tu yang luas tu, sekiranya ada kenduri kendara tak risau la..





Terdapat juga beberapa aksesori tambahan seperti rak pinggan gantung, rak botol dan rak pinggan bawah..senang pinggandi susun secara rapi dan kemas..

Akhir kata dari terima kasih kepada en sulaiman kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Krew pemasangan yang terlibat
Zazri = ketua tukang
Hazwan = pembantu

Sebelum tu kite tgk beberapa koleksi dapur beliau



Kepada yang berminat buleh menghubungi kami di talian 019 6645709

Kabinet dapur kuning lipat kajang

Assalamualaikum semua...
Hari ni kami baru je selesai pemasangan kabinet dapur di taman lipat kajang perdana melaka...
Ape yang menarik nye kali ni kami menggunakan kaler yang agak terang lagi menerang iaitu kuning...
Untuk pengetahuan semua, warna kuning pernah di pilih oleh en aidil dari shah alam..anda buleh lihat di KABINET DAPUR KUNING SHAH ALAM. Mungkin dari situ lah pelanggan ini tergoda dengan kaler kuning..


Dengan menggunakan material jenis fomeca high gloss beserta hingest soft close  memang cun melecun..kuning raja katakan..

Mungkin ada yang mengatakan kuning ni agak terang, tetapi kalau dengan kesuaian dapur memang luas la dapur tu..



Pemilihan kaler dinding juga memainkan peranan penting. Sekiranya dinding berwarna berat di nasihatkn kabinet dapur menggunakan kaler jenis ringan seperti hijau muda, putih dan seadanya..kecuali kaler corak kayu sebab sememangnya semua sedia maklum kaler bercorak kayu ni memang cantik dan tiada masalah untuk hiasan..


Terima kasih kepada makcik kerana sudi membuat tempahan dengan kami...
Di sini kami lampirkan beberapa koleksi hasil tangan NAZ CREATIVE TRADING tak terlewat kami nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan minggu depan..semoga ramadhan kali menjadikan lebih taqwa kepadanya...



Antara krew yang terlibat untuk projek kali ni
PUAN AZ : MARKETING
ZAZRI : KETUA PEMASANGAN
HAZWAN : PEMBANTU

Promosi Kabinet dapur raya 2016

Alhamdulillah minggu depan kite semua akan bertemu bulan ramadhan..syukur kehadrat illahi kite masih lagi di panjang kan umur untuk bertemu bulan yang mulia..

Sempena menjelang raya aidil fitri ni kami warga Naz Creative Trading membuat promosi kabinet dapur raya 2016 bermula hari ini mengikut terma dan syarat..

Antara material yang kami lancarkan promosi adalah 3G glass..ini kerana permintaan 3G glass yang tinggi kami sekali lagi membeli material secara pukal maka harga nya pun jadi lah murah...

So...yang di luar sana sekiranya berminat anda buleh menghubungi kami di talian 0196645709 atau 0148027674





Kabinet dapur tuah perdana

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur dan hiasan rumah...lagi beberapa hari lagi jodoh kita semakin hampir dengan ramadhan..semoga ketaqwaan kita bertambah seiring tambah nya usia...

Kali ni kami nak kongsikan sedikit info tentang kabinet dapur di taman tuah perdana milik en norman seorang pegawai kastam yang berdidikasi..tegas orang nya ni...

Sebelum membuat tempahan, terlebih dahulu en norman membuat lawatan ke kilang kami sambil melihat jenis jenis material yang ada...dalam dok pilih maka tergoda lah beliau dengan material 3G glass warna putih...setelah berbincang bersama isterinya beliau pun membuat keputusan sebulat suara memilih warna putih...




Keluasan dapur rumah en norman memang besar..puas hati la duduk di dapur...kalau ada kenduri kendara memang cun la..di tambah pulak dengan warna putih dapur menampakkan keluasan yang menakjubkan...


En norman ni memang cerewet...ye la pegawai kastam mesti nk yang terbaik..alhamdulillah kami dapat jugak buat ikut selera en norman berbekal pengalaman kami selama ni...


Kami warga Naz Creative Trading cuba sedaya upaha memastikan kualiti sentiasa terjaga..ini kerana kami bukan lah pekerja separuh masa..tapi ini lah rezeki kami menyara anak anak bekerja sepenuh masa...andai ada yang berkata " cantik dan kemas " syukur alhamdulillah..andai ada yang berkata " kurang memuaskan " kami cuba belajar perkemaskan lagi..insyaallah demi masa depan..


Kami berharap sangat mendapat sokongan dari masyarakat agar kami mampu bertahan dalam industri pembuatan perabut ni..bidang perniagaan perabut ramai yang tahu jarang sekali ada bumiputera...mungkin kerana modal yang besar nak buka kilang perabut ni...

Terima tak terhingga kepada en norman sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami..

Krew yang terlibat
Az : marketing
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...