Showing posts with label Gemencheh. Show all posts
Showing posts with label Gemencheh. Show all posts

Kabinet dapur gemencheh

Assalamuaikum kepada semua rakan rakan yang sentiasa menyokong kami selama ini. Alhamdulillah tahun ni tahun 2021 dan kita masih di beri rezeki yang besar dari yang maha ESA. Semoga kita semua dalam keadaan di rahmati. Permulaan tahun baru ni kita di kejutkan dengan kejadian banjir besar di seluruh negara antara yang terbesar di johor dan di pahang. Sama2 kita berdoa agar semua yang terlibat di permudahkan segala urusan.

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di taman kasturi gemencheh.  Pemilik rumah ni bernama en syazril seorang askar, beliau memang seorang yang baik hati dan segala urusan kami berjalan dengan mudah. 

Jom kita lihat koleksi dapur rumah beliau.





Ni gambar sedang di proses...setelah siap ini lah hasilnya...kabinet dapur 3G glass 



Terdapat beberapa aksesori tambahan seperti rak botol, rak pinggan base unit serta disc rack gantung.



Selesai sahaja pemasangan kabinet dapur kami terus ke bilik master bedroom untuk memasang almari bilik. Kami menggunakan material jenis laminate corak kayu untuk carcas dan pintu almari kita kombinasikan dengan cream glossy. Memang cantik almari ni.

Selain dari kabinet dan almari kami juga membuat rak tv. 




Rak tv simple dan cantik. Sesuai untuk ruang tamu yang luas dan moden.

Terima kasih kepada tuan syazril kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami.


Kabinet dapur gemencheh

Alhamdulillah sekali lagi kami dapat tempahan tempahan kabinet dapur di gemencheh. Yang ni kalau saya tunjuk gambar rumah beliau memang orang gemencheh tau punye la...tersergam minang kabau nye ...hihihihi..

Memang cantik ler rumah nya. Kalau saya ada duit sebanyak beliau nak juga rumah seperti beliau.



Material yang di pilih oleh pemilik rumah ini yang bernama en zul adalah jenis 3G glass gold coulor.

Gold coulor ni memang tinggi permintaan untuk tahun 2017. Kalau tahun 2016 red coulor menjadi pilihan. Kali ni gold coulor menjadi kegilaan.



Dapur rumah ni memang besar gila. Boleh berlari lari dalam kawasan dapur ni. Kalau cucu balik la tak risau langsung.

Penggunaan hingest jenis soft close juga amat kami titik berat kan agar kabinet dapur kelihatan mantap.

Di samping pintu 3G gold coulor, untuk bahagian carcas kami menggunakan black glossy supaya berkilau lagi ruangan dapur..


Ha....tu dia..minang kabau tu. Penduduk gemencheh mesti tau punye..setiap bulan saya melalui jalan ni nak balik kampung mesti terpandang bumbung minang kabau ni. Tak sangka pulak kali ni dapat buat kabinet dapur di rumah ni..

Terima kasih konktraktor rumah ni en halim kerana memperkenalkan kami kepada en zul tentang perkhidmatan kami.

Kabinet dapur gemencheh

Assalamualaikum semua..lagi 3 bulan kita dah nak abis tahun 2017..sekejap je masa berlalu nak masuk 2018....setiap tahun kita menanam azam tahun baru..so..dari skg dah buleh dah memikirkan apa azam tahun baru akan datang..

Kali ni kami nak bercerita tentang pemasangan almari bilik di gemencheh...

Kami terus ke kg tengah gemencheh rumah cikgu aminah...( bulan 9 ni banyak pulak rumah cikgu kami buat..)



Cikgu aminah memilih pintu jenis daun 3G glass kaler putih..


Alhamdulillah cikgu aminah kita ni puas hati dengan perkhidmatan kami..terima kasih cikgu kerana memberi kepercayaan kepada kami..

Kami juga di fahamkan ramai warga gemencheh sukar mendapatkan kontraktor perabut di sana..kali ni jangan bimbang..kami ada...

Hubungi kami 019 6645709 untuk keterangan lanjut...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...