Promosi kabinet dapur merdeka 2021

 


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, alhamdulillah tahun ni kita akan sambut hari kemerdekaan yang ke 64 walaupun sambutan merdeka kali ini agak berbeza dengan sambutan yang lepas lepas. Untuk tahun ni sahaja banyak dugaan kita alami dengan kehadiran covid-19 yang tengah berleluasa. Penutupan sektor ekonomi memberi kesan besar kepada kita, ramai di kalangan kita yang terpaksa hilang kerja. Begitu juga dengan kami sepanjang 3 bulan ni terpaksa menghentikan sementera operasi demi untuk mengikut saranan kerajaan yang ingin memutuskan rantaian covid-19.

Di samping itu juga kami mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang baru dato ismail sabri serta kabinet kabinet baru nya. Dah dah dapat menteri kabinet baru jom kita barukan balik kabinet dapur kita.

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di taman jasin bistari. Untuk pengetahuan semua projek ni kami bermula pada bulan mei namun terpaksa di hentikan sementera memberi laluan kepada PKP yang di lancarkan. Alhamdulillah semalam kami dapat siapkan secara sembunyi sembunyi lah.. jom kita lihat..










Pemilik rumah ni bernama puan wani yang berkerja di hospital melaka telah memilih dapur berkonsepkan moden beserta island bar. 

Penggunaan material top jenis binaan konkrit tile memang lasak dari segi anai anai dan kelembapan air, manakala carcas wall unit kami gunakan jenis milamine di kemaskini dengan laminate. Pemilihan kaler berkonsepkan simple seperti hitam dan putih juga memainkan peranan penting bagi memastikan keluasan dapur serta keadaan sekeliling rumah. 

Penggunaan islad bar juga di lihat agak penting untuk pemilik rumah yang berkerjaya ingin kan ruang sarapan yang simple dan kemas. Ini memudahkan penyedian sarapan sebelom memulakan tugas di tempat kerja. Mana nya dengan sarapan anak anak kesekolah. So mudah begitu. 

Akhir kata dari kami terima kasih kerana menbuat tempahan dengan kami...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...