Almari bilik paya rumput melaka

Alhamdulillah sempena dengan hari jumaat ni kami NAZ CREATIVE TRADING berjaya juga siap kan 4 biji almari di taman dahlia 2 paya rumput alor gajah melaka ni...banyak juga la tu terpaksa berhempas pulas menyiapkan..

Untuk material kali kami gunakan pintu anty jump supaya almari bilik ni kelihatan mantap dan cantik..


Untuk pengetahuan pembaca semua..kesemua almari ni menggunakan material dan kaler yang sama..so tak nampak sangat beza nye..2 bilik untuk anak, satu bilik untuk mak dan ayah dan satu lagi untuk bilik orang gaji..memang sempoi la pelanggan ni..


Ketinggian almari ni pulak kami buat terus sampai siling..baru nampak gah gitu...

Mari kite lihat beberapa koleksi almari bilik ni...





Selesai je pemasangan pelanggan menyatakan berpuas hati dengan kualiti..beliau membuat tempahan satu lagi almari..kalau ikutkn dari kata nya, banyak lagi nak tambah tapi kami terpaksa menolak dulu sebab banyak lagi tempahan kami kt kilang nak kena buat..maklum la kekurangan tenaga kerja membuatkn kami terbatas sikit untuk menyiapkan kerja dengan cepat..susah nak cari pekerja pekerja di kalangan warga tempatan..apa yang kami cuba pertahankan tidak mahu pakai pekerja warga asing..

Antara krew yang terlibat
Naz : marketing / pemasangan
Zazri : ketua tukang
Farizal : pembantu
Fizi : pembantu
Zul : pembantu

Kabinet dapur 3G glass kuning

Alhamdulillah selesai juga pemasangan kabinet dapur rumah en aidil di alam prima ni..warna kuning tu..ni lah pertama produk dari kami NAZ CREATIVE TRADING berwarna kuning..dengan menggunakan material jenis 3G glass memang comel la..


Masa pemilihan warna di buat en aidil dengan berani nye berwarna kuning ni..kami dh mula risau, ok ker kabinet dapur warna kuning ni..maklum la kami pun tak pernah buat warna ni..biasa yg kami buat hitam, putih, merah, hijau, biru dan ungu...tapi kali ni warna kuning..


Itu pilihan en aidil kami ikut je la..tak sangka lak bila dh siap cantik rupanye..kemas pun kemas...



Di tambah pula dengan beberapa aksesori tambahan seperti rak pinggan dan rak botol memang cantik la..



Tu dia rak botol nye..bukan setakat botol je buleh masuk, pinggan mangkuk pun buleh..sbb rak botol ni saiz besar la sikit..

Terima kasih kepada en aidil kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

Krew yang terlibat
Naz : marketing
Zazri : ketua tukang
Zul : pembantu


Kabinet dapur oren batu berendam

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur...alhamdulillah genap sebulan kami warga NAZ CREATIVE TRADING berada di bumi melaka, taman bukit tembakau melaka..tak sangka lak promosi kabinet dapur yang kami anjurkan mendapat sambutan sampai tak menang tangan nk buat..alhamdulillah rezeki tu..

Kali ni kami nak kongsikan sedikit info tentang kabinet dapur yang baru kami siapkan..pemilik rumah ni bernama puan lisa..beliau ni berasal dari teluk mas melaka tapi menetap di putrajaya..kire nye rumah di taman sutra wangi batu berendam ni buat aset untuk hari tua la..lagi pun rumah di area melaka masih murah kalau nk di bandingkan dengan kuala lumpur..


Amacam cantik tak kabinet dapur rumah puan lisa kite ni..percaturan kaler ni dari idea suami puan lisa..gabungan kaler oren dan hitam menjadi taruhan..


 Dengan menggunakan material laminate high gloss memang menampakkan hasil yang cantik..di tambah pulak dengan aksesori hingest soft close memang menakjubkan..



Namun setelah siap, puan lisa dan suami memuji hasil kami serta berpuas hati dengan khidmat kami..

Terima kasih kepada puan lisa dan suami kerana sudi menjadi pelanggan kami..kalau di ikutkan puan lisa ni pelanggan ketiga kami semenjak kami membuka kilang di bukit tembakau ni..

Kepada sesiapa yang berminat buleh la menghubungi kami di talian 019 6645709 atau datang sendiri ke kilang kami di bukit tembakau..dekat dengan ikan bakar umbai...

Krew yang terlibat
Puan az : marketing
Zazri : ketua tukang
Farizal : pembantu
Zul : pembantu
Fizi : pembantu

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...