Promosi kabinet dapur

AssalamuAlaikum kepada pencinta hiasan dalaman..

Kepada anda diluar sana yang sedang tercari cari konkraktor grill, kabinet dapur serta hiasan dalaman, buleh la menghubungi kami 019 6645709.



Anda buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

DUNIA KABINET DAPUR & DUNIA KEJURUTERAN BESI.

Selain itu kami juga membuat ubahsuai rumah serta pendawaian elektrical.


Kabinet dapur sutra wangi

Alhamdulillah selesai lagi satu pemasangan kabinet dapur di taman sutra wangi..

Kali ni kami team Naz Creative di tugaskan menyiapkan tempahan kabinet dapur rumah Puan Maya..


Berbekalkan semangat merah kini kami memulakan pemasangan kabinet dapur di taman sutra wangi ni..

Material yang di gunakan utk rumah puan maya ni adalah 3G glass. 3G glass ni sekarang menjadi " trend " dapur moden sekarang.


Penggunaan warna merah ni memang cantik dan menawan. Untuk body kabinet kami menggunakan warna hitam agar kelihatan kabinet dapur tu menyerlah.


Penggunaan hingest jenis soft close juga memberi impak yang besar untuk kabinet dapur. So pintu kabinet tidak la terhempas dengan kuat.

Terima kasih puan maya kerana memberi kepercayaan yang tinggi kepada kami tak kala ramai sekarang yang menaruh sangsi kebolehan anak anak melayu dalam bidang kerja begini.

Sekiranya anda di luar sana berminat dengan hasil kerja kami buleh la hubungi kami 0196645709 atau datang sendiri ke kedai kami di taman bukit tembakau.

Almari bilik bertam perdana

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur...hari ni kami Naz Creative baru saja selesai satu lagi pemasangan almari bilik di bertam perdana.. 

Ni projek kedua di rumah cikgu mulyeni...bulan lepas kami dah pasang kabinet dapur rumah beliau..jom kite imbas semula kabinet dapur rumah cikgu mulyeni ni...



Atas kepuasan dengan perkhidmatan kami, maka next projek pun di teruskan...cikgu mulyeni ni buleh tahan jugak cerewet ni...maklum la seorang pendidik sentiasa mahukan yang tebaik apa pun yang di lakukan...



Kali ni almari bilik menjadi taruhan..dengan menggunakan pintu jenis slidding anty jump membuat bilik ini sangat luas..ye la..tengok lampu tu...kalau buat pintu jenis daun semestinye lampu tu kena alih..

Penggunaan pintu slidding full mirror juga memainkan faktor paling besar..senang cerita dah tak payah cermin makeup..satu badan buleh nampak.." jangan nampak lembaga yang bukan bukan sudah la " hihihihihi gurau je..




Yang ni pulak agak special punye..ye la..siap bertangga bagai senang nak panjat ke atas ceiling..

Penggunaan kaler yang agak " dark " tidak langsung menjejaskan ruangan bilik kerana bilik ni besar..( bilik anak bujang )

Alhamdulillah selesai je pasang cikgu mulyeni pun berpuas hati..terima kasih cikgu kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

Kabinet dapur ayer molek

Alhamdulillah selesai sudah satu lagi pemasangan kabinet dapur di rumah cikgu rosli bertempat  ayer molek..


Cikgu rosli ni memang cerewet sikit..ye la....jawatan pun cikgu mesti nak yang terbaik...

Permulaan perbincangan kami dgn cikgu rosli amat mengerunkan bila cikgu rosli menyatakan beliau mengambil risiko yang besar bila nk buat tempahan dengan konktraktor bumiputera..ini kerana terlalu kerap kisah kisah yang kurang enak di dengari tentang konktraktor bumiputera...

Maka kami pun menyatakan kepada beliau.." kami bukan lah yang terbaik, namun kami cuba buat yang terbaik sebab ini sahaja pekerjaan kami buleh buat untuk sara keluarga...

Mendengar penjelasan itu, maka dengan rasmi nya berlaku urus jual beli kami dengan cikgu rosli...



Material yang di pilih beliau adalah 3G glass warna ke emasan ( gold coulor )..
Mengikut perjanjian kami dengan cikgu rosli tarikh pemasangan untuk rumah beliau pada awal bulan mac...


Namun pemasangan kabinet dapur di rumah beliau dapat di percepatkan oleh kerana terdapat 3 set pemasangan terpaksa di tunda tarikh..terkejut lah cikgu rosli cepat nye pasang...


Sebenarnya tempoh membuat tidak lah begitu lama mengambil masa, cuma kami lebih mengutamakan siapa yang lebih awal membuat tempahan. Sekiranya berlaku pertundaan tarikh maka kami akan selitkan mana yang patut keluar dulu...


Alhamdulillah setelah siap maka bermula lah sesi mendebarkan kami. Setelah di periksa oleh cikgu rosli, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami...

Terima kasih cikgu rosli kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Selamat masuk rumah baru...kalau buat jamuan jangan lupe jemput team NAZ CREATIVE

Kabinet dapur bukit tembakau

" bila malam tiba di dalam lena ku..wajah ayu mu menghias mimpi ku"

Terbayang bayang kabinet dapur yang cantik..semangat memasak kari kambing di dapur....

ASSALAMUALAIKUM......bertemu kembali di ruangan perbincangan atau penceritaan kisah kisah hiasan dapur....

" meh " sini ambe nak story sedikit kisah dapur Tuan Jaafar di bukit tembakau umbai...IKAN BAKAR satu tredmark kalau sesiapa sahaja yang turun di UMBAI...


" ungu nya cinta mu " menjadi pilihan pemilik rumah ini...satu set yang cukup cantik untuk ruang dapur kering....



Dengan menggunakan material jenis 3G glass beserta hingest jenis soft close memang menawan hati sekeluarga..


Pilihan warna yang begitu tepat dengan ruangan dapur membuatkan hati berbunga bunga nak masak untuk orang tersayang...

Kini alhamdulillah selesai semua kerja kerja pembinaan kabinet dapur...

Terima kasih en jaafar yang sudi membuat tempahan dengan kami...

Kabinet dapur rambai jaya

Alhamdulillah selesai satu lagi pemasangan kabinet dapur yang simple di taman rambai jaya....


Pemilik rumah ni bernama en Razi seorang salah satu kaki tangan PETRONAS di melaka ni telah bersetuju membuat tempahan kabinet dapur dengan kami..alhamdulillah setelah perbincangan demi perbincangan maka...material jenis laminate menjadi pilihan beliau...



Menggunakan warna yang ceria untuk dapur beliau memang menarik...bila dapur kelihatan ceria maka semangat bekerja di dapur memang best...



Terdapat juga pintu cermin agar kabinet dapur kelihatan lebih variasi..wow...cantikkan..


En razi kite ni buleh tahan jugak cerewet nye apabila cukup mementingkan kualiti agar berbaloi dengan pembelian...

Akhir kata dari kami terima kasih tak terhingga kerana sudi mempercayai kami..

Kabinet dapur 3G glass satu krubung


" KU LIHAT HIJAU "
Terima kasih tak terhingga kepada Puan Hasnizom dari taman satu krubung kerana memberi sepenuh kepercayaan besar untuk kami menyiapkan kerja kerja tempahan kabinet dapur di rumah beliau...


Dengan menggunakan material jenis 3G glass warna hijau memang cantik tertarik dan dabommmmmm....



Terdapat dua " breakfast table " yang simple lagi mimple...marveles lah...nak sarapan tak payah susah susah nak kemaskan meja makan...



Percaturan dua kaler hijau dan putih memang menjadi..penggunaan hingest jenis soft close juga menjadi pilihan kami..

Alhamdulillah puan hasnizom berpuas hati dengan perkhidmatan kami...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...