Lama sungguh tak bersiaran di blog ini...apa khabar semua sahabat sahabat DUNIA KABINET DAPUR..alhamdulillah kita masih di panjangkan usia dan di murahkan rezeki walaupun kita sekarang masih berada dalam keadaan berjaga jaga si sebabkan covid-19.
Apa yang mengejutkan hari ini berlaku satu kluster infineon yang menyebabkan MELAKA berada di zon kuning. Di harapkan kita dapat berjaga jaga dengan keadaan sekeliling.
Jom hari ni nak sembang pacak sedikit tentang beberapa koleksi pemasangan kami sepanjang beberapa hari ni.
Kami mulakan dulu pemasangan di TEDONG merlimau.
Rumah orang bujang en abu bakar kita memang cantik. Hiasan dalaman rumah teratur kemas di samping permainan picture wall yang berwarna warni.
Kami di tugaskan menyiapkan dapur rumah beliau supaya beliau dapat menyambut raya aidil adha dengan dapur yang cantik. Dengan memilih material jenis laminate red glossy maka terjadilah hasil sebegini.
Kombinasi dinding oren dan kabinet dapur merah agak menyerlahkan suasana pemandangan dapur di samping menghirup udara segar sawah padi di sekeliling rumah.
Terima kasih tuan abu bakar kerana percayakan hasil kami.
Selesai di kg Tedong, kami beralih pula ke taman ARA PERMAI batu berendam untuk pemasangan almari bilik.
Menggunakan corak kayu berkulit cerah amat sesuai dengan bilik anak dara. Sejuk mata memandang.
Manakala team kedua kami pulak sedang membuat pemasangan di kg bukit larang. Rumah tuan haji razak ni memang cerewet sedikit. Maklumlah orang lama. Berhempas pulas juga la nak menyiapkan projek ni.
Menggunakan material blockboard laminate anty jump glass miror memang cun melecun. Mana tak nya nampak luas giler la..
Pemeriksaan demi pemeriksaan sedang di lakukan supaya tuan rumah berpuas hati.
Selain bilik, kami juga memasang kabinet dapur di rumab ini.
Yang ni lain sedikit. Material yang di gunakan adalah jenis 4G acrylic white gloss.
Material mahal ni...namun apa yg di katakan oleh haji razak, harga tiada masalah. Maka siaplah sudah pemasangan di rumah ini.
Selepas material 4G acrylic di batu berendam, kami pusing jauh sedikit di taman BERTAM PERDANA. Apa yang best nye tuan rumah ni menetap di KUALA LUMPUR. Sambil bercuti di MELAKA berkenan pulak rumah di BERTAM PERDANA. Maka jadi nya " terbeli rumah kt sini dengan harga tunai atau " cash ".
Apa lagi 3G fully alumnium menjadi pilihan sanu bari...en saiful bahari. Fully alumnium agar terselamat dari serangan anai .
Yang gambar agak kelam ni pulak rumah mejar amirul di kg Brisu. Maklum lah siap pemasangan pun dah pukul 12 malam jadi bila amik gambar tu yang kelam sedikit. Mejar amirul ni bekerja di Labuan. Segala urusan DEAL hanya melalui wahtsup sahaja. Alhamdulillah tuan kita ni berpuas hati dengan hasil kami. Pilihan kaler merah gitu.
Selepas rumah mejar amirul kami ke rumah kak noridah kg paya dalam. Kak noridah ni anggota JPJ melaka. Selalu la sarapan sebelah pejabat kami. Dari situ beliau nampak perkhidmatan kami lalu membuat tempahan kabinet dapur.
Dengan pilihan material jenis laminate maka terjadi lah wall unit cabinet yang simple...
Cikgu Liza ni asal orang kedah dan menetap di taman bukit katil indah. Tempahan di buat pada musim PKP namun baru dapat siapkan. Mana tak nya kami pun terpaksa lah cuti. Pilihan material pulak buleh tahan mahal jugak di mana base cabinet kami gunakan kontrit table top manakala lapisan top kitchen kami gunakan batu Quart stone. Yang ni memang kalis air dan anai2 la. Pilihan pintu dan carcas cabinet pulak kami gunakan material jenis laminate glossy cream and black glossy. Memang cantik la.
Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana sudi menyokong hasil usaha kami. Kami cuba buat yang terbaik walaupun kami bukan yang terbaik. Insyallah...
Kepada yang berminat buleh la hubungi kami di talian 019 6645709
No comments:
Post a Comment