Showing posts with label Bukit beruang. Show all posts
Showing posts with label Bukit beruang. Show all posts

Kabinet dapur euro style

 Alhamdulillah, lama rasanya kami tak bersiaran kat blog ni, maklum ler bz dengan pemasangan.

Hari ni ada kesempatan sedikit Jom kami nak bawa anda cuci mata hasil pemasangan terbaru kami.

Untuk projek Kali ni kami di tugaskan ke taman tambun perdana durian tunggal rumah en hasrul. 

Bincang punya bincang untuk dapat Kata sepakat akhir termeterailah Satu amanah untuk kami siapkan kabinet dapur idaman beliau.



Untuk pilihan material, en hasrul memilih material blockboard Serta design euro style atau ala ala English gitu...baru nampak macam duduk kt negeri mat saleh..



Pilihan kaler biru juga memainkan peranan penting bagi sesebuah keindahan dapur. Nampak ler lain sikit Dari yang lain, asyik warne putih je..



Untuk table top kami gunakan material quartz stone bercorak marble warna putih..memang menarik Dan menawan. Manakala untuk singki kami gunakan warna hitam agar lebih nampak mewah. Memang macam orang kaya...memang kaya pun .. 



Terdapat Satu aksesori tambahan disc rack wall unit bagi memudahkan menyimpan pinggan yang baru sahaja di gunakan. Padu geng.....


Untuk set laci kami buat 3 tingkat...ful lamak...makin menjadi jadi pulak cantik nya...



Dari segi Kualiti Dan Kepuasan memang gerenti A++++ sebabnya en hasrul kerja dengan majlis perbandaran seremban. Memang beliau memang mementingkan Kualiti Dan kekemasan. Alhamdulillah lulus segala galanya...tanpa syak wasangka...

Terima kasih en hasrul kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan tempahan ini...

Kepada yang nak tahu lebih lanjut buleh lah hubungi kami 0196645709 atau buleh singgah kekedai kami di taman bukit tembakau umbai....







Kabinet dapur bukit beruang

Alhamdulillah selesai satu lagi pemasangan kabinet dapur cun melecun bertempat di bukit beruang. Kali ni team kami di tugaskan kerumah puan mazni untuk merealisasikan impian nya untuk memiliki kabinet dapur yang cantik.


Material yang di pilih adalah jenis table top konkrit tile 2 x 2 bersama pintu 3G glass kaler merah gitu..

Dah lame jugak kami tak buat pilihan kaler merah ni...maklum ler tahun 2017 ni kaler gold banyak menjadi pilihan.


Penggunaan kombinasi kaler hitam dan merah ni memang cantik..nampak kemas dan teratur di tambah pulak penggunaan hingest jenis soft close memberikan impak kepuasan yang amat dalam di lubuk sanubari..


Sebenarnya, permainan kaler ni amat penting dalam memastikan ruang dapur tu. Ini kerana kalau kombinasi kaler tidak tepat, maka ruang dapur tu akan menjadi sempit.

Dapur juga memainkan peranan penting dari segi emosi. Sebab tu kalau dapur yang berserabut, jangan kata nak masak, nak masuk dapur pun malas.

Akhir kata dari kami, terima kasih puan mazni kerana sudi membuat tempahan dengan kami...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...