Showing posts with label damansara. Show all posts
Showing posts with label damansara. Show all posts

Kabinet sekolah TTDI damansara

Selesai jugak satu lagi pemasangan di sekolah TTDI damansara utama ni..projek kali ni melibatkan pemasangan kabinet di bilik makmal dan kaunter bilik kaunseling..
Sebenarnya NAZ CREATIVE ni bukan hanya tertumpu kepada projek rumah sendirian..untuk jabatan kerajaan pun kami buat..cuma kami pengilang, so agak kesuntukan masa untuk melawat projek jabatan kerajaan..itu pun banyak projek kami terpaksa tolak sebab kesuntukan masa. 


Saiz kabinet ni memang panjang..30 kaki tu..untuk sekolah ni kami menggunakan material jenis milamine ABS dan warna cherry..wow..tersenyum lebar cikgu ni dapat kabinet baru..




Manakala untuk bilik kauseling kami buat kaunter menggunakan material milamine jugak..




Kami jugak menggunakan hingest jenis soft close agar pintu tu tak terhempas dengan kuat. Kalau tak abis la dapat kt murid sekolah rendah ni memang berdentum pintu diorang tutup..
Itu sahaja la kot untuk sekolah ni...
Terima kasih kepada cikgu2 sekolah sentiasa memberi kata kata semangat kepada kami bile mereka melihat kami membuat kerja..kata nya tak ramai anak melayu yang nk buat kerja ni..biasa nye warga asing je yg buat ..
Untuk makluman semua..staff NAZ CREATIVE semuanya warga tempatan..kami cuba menyerapkan ilmu pembuat perabut kepada anak tempatan..selagi anak tempatan berminat la...
Krew yg terlibat
Azmi : marketing
Naz : ketua tukang
En mat : tukang
Zul : tukang
Wan : tukang

Memori naz creative trading

Alhamdulillah dgn berkat kesyukuran dr allah kami NAZ CREATIVE TRADING masih mampu bertahan sampai ke hari ini...10 tahun satu jangka yg buleh di katakan panjang dn masih mampu berdiri menghias laman dapur mengikut tempahan...
Pelbagai trend telah kami lalui dr yg klasik sehingga yg moden..
Mungkin kami x sebesar nama mama kitchen atau meranti furniture tapi kami cuba buat sebaik mungkin untuk kepuasan pelanggan...
Sepanjang perjalanan NAZ CREATIVE TRADING berkarya dlm bidang pembuatan perabut byk yg telah kami buat dn mungkin ada di antara anda semua pernah melihat secara langsung atau x langsung hasil buatan kami...
namun pertukaran tukang juga berlaku diantara kami, alhamdulillah kami masih mampu mengekalkan kualiti dari NAZ CREATIVE TRADING
disini sye perkenal kan para pertugas yang pernah bersama kami...
1. En Naz ( pemilik Naz Creative Trading sehingga skg )
2. En Zakaria ( rakan konsi En Naz 2004 - 2005 ) skg buka catering
3. En Fauzi ( berpegalaman 15 tahun dlm bidang perabut )
4. En Sekumer
5. En Malik
6. Cik Noriah ( pereka blog )
7. En roni
8. En hasim
9. En pijan
10. En Syah ( pemegang diploma desingner )
11. En Riduan
12. En Jamal
13. En hafiz
14. Muazim
15. Mualim
16. Pn Azlilawati

disini pihak kami kumpulkan sedikit antara gambar pemasangan yang pernah kami buat...semoga menjadi tatapan anda serta memberi ilham pada mereka yang ingin mengubah suai dapur, almari bilik serta hiasa laman rumah anda...

































PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...