Kabinet dapur melaka

Alhamdulillah berkat kesyukuran kami dah hampir menjangkau 2 tahun beroperasi di melaka..bagi mereka yang belom mengenali kami, di sini serta kan sedikit info tentang kami.



1. Bermula perniagaan perabut pada tahun 2004 di kajang utama.

2. Mengekalkan tenaga kerja 100% melayu bumiputera

3. Mula beroperasi di melaka pada bulan mac 2016

4. Berpengalaman dalam bidang pembuatan perabut selama 15 tahun.

5. Mengeluarkan produk 3G glass sendiri dengan pelbagai warna.

6. Menerima tempahan pelbagai jenis perabut dan material.



Bagi yang selalu mengikuti perkembangan kami, pasti tertunggu tunggu hasil terbaru.
Alhamdulillah dari awal penulisan blog ini sehingga hari ini kami sentiasa menggunakan medium ini untuk mempromosikan hasil tangan kami.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyokong hasil usaha kami.

* KUALITI DAN KUANTITI*



Kami cuba mengekalkan kualiti dalam menerima mengikut kuantiti.


Krew krew yang terlatih juga memainkan peranan ini kerana setiap bulan kami mengadakan mesyuarat untuk memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

* PROMOSI DEMI PROMOSI *

Ada yang bertanya apa perbezaan promosi kami dengan promosi dari syarikat lain.
Kami membuat promosi mengikut perancangan yang telah di tetapkan contoh nya promosi yang pernah kami buat....
1. Promosi pakej
2. Promosi merdeka ( material terpilih )
3. Promosi belian secara pukal
4. Promosi booking sempena rumah baru.







* PELBAGAI MATERIAL *

Dengan perkembangan mengikut peredaran masa kami mengeluarkan produk kami sendiri iaitu 3G glass pelbagai kaler antaranya....


Material yang ekonomi sedikit adalah material papan lamina..



Untuk papan lamina pulak terbahagi kepada 2 iaitu jenis glossy dan corak kayu.


Untuk semua material kami menggunakan hingest jenis soft close..

Terima kasih kepada my team
1. Naz yusof : marketing, desingner, akaun , ketua projek
2. Puan azlila : konsultan sales marketing
3. Cikgu farizal : ketua operasi
4. Hazwan : penyelia kilang
5. Azizul : ketua tukang
6. Mustafa : operator perabut
7. Zaidi : operator perabut
8. Din : operator sivil
9. Reduan : operator sivil

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyokong kami..

Dengan adanya tempahan dari anda maka wujudlah peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.

Kepada yang berminat buleh menghubungi kami 019 6645709 atau datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Di bawah ini kami serta beberapa koleksi hasil pemasangan kami...








Kabinet taman mas jaya muar

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya siap juga projek pemasangan di klinik doktor goh di taman mas jaya muar..

Tempahan kali ni bukan lah kabinet dapur tapi tempahan melibatkn meja kaunter, rak ubat dan kerusi menunggu..



Jom kite tengok hasil tangan kami di sini..



Yg ni bahagian kaunter untuk pendaftaran pesakit..pemilihan warna yang lembut supaya pesakit yang datang tu tak ler terasa sakit walaupun sebenarnya sakit..




Untuk ruang menunggu kami siapkan pulak bangku special untuk anda dengan ketinggaan yang selesa untuk anda duduk...



Ini pulak kabinet ubat..segala ubat ubat akan di susun atas kabinet ini..jadi sesiapa yang tengok hasil tangan buleh menjengah ke klinik ini sambil buat pemeriksaan kesihatan...dan yang paling best doktor Goh ni muda lagi dan cantik serta masih belom berpunya...naseb baik sye dah khawin...

Kabinet dapur gemencheh

Alhamdulillah sekali lagi kami dapat tempahan tempahan kabinet dapur di gemencheh. Yang ni kalau saya tunjuk gambar rumah beliau memang orang gemencheh tau punye la...tersergam minang kabau nye ...hihihihi..

Memang cantik ler rumah nya. Kalau saya ada duit sebanyak beliau nak juga rumah seperti beliau.



Material yang di pilih oleh pemilik rumah ini yang bernama en zul adalah jenis 3G glass gold coulor.

Gold coulor ni memang tinggi permintaan untuk tahun 2017. Kalau tahun 2016 red coulor menjadi pilihan. Kali ni gold coulor menjadi kegilaan.



Dapur rumah ni memang besar gila. Boleh berlari lari dalam kawasan dapur ni. Kalau cucu balik la tak risau langsung.

Penggunaan hingest jenis soft close juga amat kami titik berat kan agar kabinet dapur kelihatan mantap.

Di samping pintu 3G gold coulor, untuk bahagian carcas kami menggunakan black glossy supaya berkilau lagi ruangan dapur..


Ha....tu dia..minang kabau tu. Penduduk gemencheh mesti tau punye..setiap bulan saya melalui jalan ni nak balik kampung mesti terpandang bumbung minang kabau ni. Tak sangka pulak kali ni dapat buat kabinet dapur di rumah ni..

Terima kasih konktraktor rumah ni en halim kerana memperkenalkan kami kepada en zul tentang perkhidmatan kami.

Kabinet dapur tanjung minyak perdana

Syukur kehadrat illahi hari ini kami telah pun selesai lakukan pemasangan kabinet dapur 3G glass hitam dan putih di rumah en wan bertempat di tanjung minyak perdana...alhamdulillah setakat hari ini warga taman tanjung minyak perdana memberi sokongan yang begitu menggalakkan bermula di jalan kejora. Kali ni kami ke jalan zuhal pulak..



En wan kita ni memilih material jenis 3G glass kaler hitam dan putih. Design yang di pilih kebanyakkan sama seperti biasa kami buat. Terdapat ruangan tall unit untuk oven dan microwave serta satu ruangan peti ais.


Untuk lebih kelihatan menarik terdapat juga satu ruangan untuk breakfast iaitu " counter breakfast table ".

Wah...ini memudahkan penyedian sarapan pagi.


Warna hitam dan putih ini juga memberi impak definisi moden kotemperari. Terdapat satu jenis tile dinding berkaca..wow menarik sesangat.

 
Kombinasi kaler berselang seli juga memainkan peranan penting menjadikan ruang dapur rumah beliau menjadi luas.

Terima kasih en wan kerana sudi membuat tempahan dengan kami.

Kabinet dapur tangga batu

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur...alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kite semua di permudahkan urusan harian..

Terima kasih juga kepada semua yang tak jemu jemu menyokong kami..tanpa anda siapa lah kami..

Hari ni kami nk storykan sedikit info pemasangan di taman tangga batu jalan sri buana 7...kalau sebelum kami ada pemasangan di jalan sri buana 11...



Pemilik rumah ni bernama en azlan berasal dari alor gajah tapi bekerja di cheras...kira nya beliau beli rumah di taman tangga batu ni buat aset hari tua la..

Material yang di pilih adalah jenis laminate glossy white and black serta table top konkrit tile 2 x 2..



Penggunaan hingest jenis soft close dan juga aksesori tambahan tidak di lupakan..

Kombinasi kaler juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseragaman dapur..




Alhamdulillah perjalanan kami begitu lancar sekali dan en azlan begitu puas hati...terima en azlan kerana sudi membuat tempahan dgn kami

Kabinet dapur gemencheh

Assalamualaikum semua..lagi 3 bulan kita dah nak abis tahun 2017..sekejap je masa berlalu nak masuk 2018....setiap tahun kita menanam azam tahun baru..so..dari skg dah buleh dah memikirkan apa azam tahun baru akan datang..

Kali ni kami nak bercerita tentang pemasangan almari bilik di gemencheh...

Kami terus ke kg tengah gemencheh rumah cikgu aminah...( bulan 9 ni banyak pulak rumah cikgu kami buat..)



Cikgu aminah memilih pintu jenis daun 3G glass kaler putih..


Alhamdulillah cikgu aminah kita ni puas hati dengan perkhidmatan kami..terima kasih cikgu kerana memberi kepercayaan kepada kami..

Kami juga di fahamkan ramai warga gemencheh sukar mendapatkan kontraktor perabut di sana..kali ni jangan bimbang..kami ada...

Hubungi kami 019 6645709 untuk keterangan lanjut...

Kabinet dapur pengkalan jaya

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pencinta kabinet dapur..alhamdulillah kita semua masih di beri kesihatan yang kuat dalam urusan menunaikan ibadah kita semua..

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di taman pengkalan jaya melaka..pemilik rumah ni bernama en halim memang seorang agak teliti orang nya..

Di fahamkan sebelum membuat tempahan dengan kami, en halim kita ni telah membuat selection 5 kontraktor perabut dan alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami..jom kita lihat beberapa koleksi kabinet dapur rumah beliau...







Beliau memilih material jenis 3G glass gold kaler memang sesuai betul dengan dinding rumah beliau..maklum ler rumah pun besar..

Alhamdulillah beliau berpuas hati dengan hasil kami..tunggu next tempahan dari beliau pulak..insyaallah..

Kami cuba buat sebaik mungkin walau pun kami ni bukan lah dari yang terbaik..insyaallah..

Kabinet dapur september 2017

Alhamdulillah selesai juga semua pemasangan untuk bulan september 2017 ni..oleh kerana terlalu padat dengan masa tak sempat kami nak storykan kisah kisah pemasangan sebelum ni...

Hari ini ada lah sedikit masa dan kesempatan maka kami akan story kan sedikit info pemasangan kabinet dapur untuk tatapan anda...

Jom kite bermula dengan pemasangan di rumah en zain yang bertempat di taman muzaffar height ayer keroh..

Beliau memilih material jenis laminate glossy hitam dan putih cream untuk ruang kabinet dapur beliau..


Simple je kabinet dapur rumah beliau tetapi tetap cantik dan kemas..

Untuk rumah kedua kami ke taman tun kudu rumah cikgu humaira..




Cikgu humairah pun memilih material jenis laminate juga..untuk kitchen top cikgu humairah memilih top jenis solid surface..memang cun lah..tgk ler kombinasi kaler kabinet tu..menarik tau..

Selepas rumah cikgu humaira kami terus ke malim rumah ustazah malina...kali ni tempahan melibatkan almari bilik dan kabinet dapur..



Material yang di pilih adalah jenis laminate corak kayu..untuk almari bilik kami menggunakan pintu jenis slidding anty jump..menjimatkan ruang...

Selepas siap je rumah ustazah ni kami ke taman sri sempang pulai rumah encik afik salah seorang staff lembaga perikanan..


Tu dia..material yang menjadi pilihan beliau adalah laminate corak dark wood..siap ada tempat oven..gerenti puas hati..

Terima kasih kepada semua kerana sudi membuat tempahan dengan kami...
Jasa anda

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...