Kabinet dapur melaka 2018

Tanggal 20/8/2010 bermulanya satu era promosi kabinet dapur melalui alam maya berinternet ini..ketika itu agak masih kurang para para menggunakan medium ini untuk promosi jika di bandingkan dengan sekarang. Ketika itu blog ini di cipta hanya kenangan kami setelah selesai membuat pemasangan kabinet dapur memandang kami bermula dari tahun 2004  jadi mungkin blog ini dapat menyimpan segala memori.



Masa berlalu dengan pantas, kini telah pun menjejak 2018, bermakna sudah hampir 8 tahun blog ini melebarkan sayapnya..kami bersyukur blog ini dapat memberi menafaat kepada semua yang ingin mencari kabinet dapur di hujung jari..



Bermula tercipta blog ini ketika kami masih beroperasi di kajang dan kini kami berada di melaka. Walaupun sekarang banyak kemunculan aktiviti promosi melalui laman sesawang ini spt facebook, twitter, instegram dan macam macam, blog DUNIA KABINET DAPUR masih lagi relevan untuk semua.



Kami mengakui impak dari blog ini amat besar sekali di mana pelanggan menghubungi kami tidak henti henti hingga kami terpaksa menolak atas alasan tidak mampu membuat sebab terlalu banyak. Kami cuba mengambil tempahan secara terhad demi memastikan kualiti terjamin.


Di kala negara kita sedang menghadapi pergolakkan ekonomi sehingga memaksa bahan mentah naik secara mendadak, ada di kalangan kontraktor perabut sanggup merosakkan harga seperti memberi harga yang terlalu murah. Akibatnya acap kali kita dengar pelanggan di tipu olek kontraktor kabinet dapur.


Bagi kami pula, harga yang kami tawarkan amat berpatutan mengikut kesesuaian material. Jika mahal biar la itu harga kami, dan jika murah itu juga harga kami.



Kami juga menggunakan tenaga kerja 100% bumiputera demi memberi ruang sesama kita mencari rezeki. Di samping itu kami juga sentiasa memberi latihan kepada staff kami agar sentiasa memastikan kualiti.

Kami berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang sudi memberi kepercayaan kepada kami. Tanpa anda siapa lah kami.

Kepada di luar sana yang berminat nak buat tempahan dengan kami buleh hubungi kami 019 6645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai..

Kabinet dapur segamat

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur....alhamdulillah kali kami telah pun siapkan lagi satu pemasangan kabinet dapur yang cantik bertempat di segamat..

Ini kali pertama kami ke segamat membuat pemasangan...berjalan jauh kali ni...

Pemilik rumah bernama en nazrul dan puan nurul memang baik orangnya...

Beliau memilih kabinet dapur jenis konktrit top serta pintu 3G glass merah hitam yang menjadi idaman hati..


Wow...walaupun simple tapi...kombinasi hitam dan merah menjadi kegilaan ramai ketika ini..


Terdapat satu aksesori tambahan spt rak pinggang bagi memudahkan kita menyusun pinggan setelah di gunakan..

Selain kabinet dapur kami juga membuat pendawaian elekrikal untuk rumah ni.

Alhamdulillah semuanya selesai dan en nazrul sgt berpuas hati...terima kasih kerana memberi kepercayaan penuh kepada kami.





Kabinet dapur di melaka 2018

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta kepada semua pencinta dunia kabinet dapur..
Alhamdulillah bertemu di bulan februari ni mengenapkan kami dua tahun menetap di bumi melaka ini. Semangat tuah dan jebat nampaknya makin menguasai kami.



Februari 2015 kami memulakan operasi pertama kami melaka dengan pelanggan pertama kami di taman paya rumput perdana.



Berbekal kan pengalaman 10 tahun di kajang dalam bidang pembuatan perabut, kami berlima ( naz yusof, azlilla wati, zazri, farizal dan hazizul ) mencuba naseb mencari rezeki di bumi melaka.




Alhamdulillah percubaan kami tidak sia sia, kami di terima baik oleh penduduk setempat di negeri melaka..




Penambahan ahli juga berlaku ini kerana memantapkan lagi produk keluaran kami seperti mustafa, zaidi, reduan, hazwan dan din.

Kami juga bukan sekadar menerima tempahan kabinet dapur, malah kami juga menerima tempahan pendawaian electrical, grill dan plaster ceiling.

Terima kasih kepada semua yang menyokong kami dari belakang.


Kabinet dapur jasin perdana

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kami dapat menyelesaikan satu lagi pemasangan kabinet dapur di rumah tuan shahrul bertempat di taman jasin perdana..


Dengan menggunakan material jenis table top konkrit serta pintu 3G glass gold coulor memang menarik di tambah pulak penggunaan warna amat porpular di saat dan ketika ini.



Penggunaan ruang dapur yang luas di tambah dengan pemilihan yang terang memang menampakkan dapur rumah tuan shahrul kelihatan cantik..di samping itu juga kami menggunakan hingest jenis soft close supaya pintu tidak terhempas dengan kuat.


Terdapat 3 jenis aksesori tambahan seperti rak pinggan gantung, rak pinggan bawah serta rak botol untuk memudahkan penggunaan dapur....

Terima kasih tuan shahrul dan isteri kerana memberi kepercayaan kepada besar kepada kami..

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...