Kabinet dapur tokey serai wangi

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog serta pencinta kabinet dapur...kepada pelanggan kami yang beragama india selamat menyambut hari depavali hari ni....

Serai wangi....kebiasaanya serai yang di gunakan untuk berubat secara tradisional..


Serai wangi adalah spesies serai perubatan dalam penjagaan kesihatan. Nama saintifiknya ialah Cymbopogon nardus atau ‘citronella’. Khasiat Serai Wangi tak terkira.Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur.

Di kawasan melaka satu jenama serai wangi yang porpular adalah produk keluaran AFY HANIFF..






Mesti ramai yang tahu tentang serai wangi AFY HANIFF...Pemilik serai wangi ni bernama Haji Yunus bin Haniff seorang usahawan bumiputera yang berjaya.. bukan hanya setakat serai wangi je....beliau juga mempunyai banyak cawangan kedai runcit di serata melaka....


Namun begitu, kami bukan nak story kan pasal serai wangi...yang kami nak story ni..kabinet dapur rumah tokey serai wangi...hihihihihihihuhuhu...jangan marah...


Bertempat di taman seri duyung melaka, kami team Naz Creative Trading memulakan perjalanan memasang kabinet dapur di rumah Haji Yunus..




Untuk rumah Haji Yunus kami gunakan material 3G glass kombinasi hitam dan putih menjadi taruhan...untuk table top kami gunakan konkrit tile 2 x 2 supaya aktiviti di dapur lasak sikit...




Terdapat satu aksesori tambahan iaitu rak pinggan gantung atas sinki...senang sikit lepas basuh pinggan terus letak dalam kabinet tu...




Penggunaan hingest jenis soft close juga menjadi tradmark dari kami...buleh di katakan semua produk keluaran kami menggunakan hingest jenis soft close agar pintu kabinet dapur tidak terhempas bile tutup...




Dan akhir sekali proses pemasangan penyedut asap sedang di lakukan...maka dengan ini selesai lah pemasangan kabinet dapur di rumah Haji Yunus ni...


Alhamdulillah Haji Yunus berpuas hati dengan perkhidmatan kami...terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami...




Antara krew yang terlibat dalam kerja kerja ni..


En farizal : konsultan jualan

Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu

Kabinet dapur 3G pantai dalam

Alhamdulillah selesai jugak satu pemasangan kabinet dapur bukit angkasa pantai dalam....


Kombinasi hijau putih memang cantik..full kabinet dapur sampai ceiling...
Jauh jugak lah perjalanan kami kali ni dari melaka ke KL..


Sebenarnya KL ni bukan lah asing bg kami, memandangkan sebelum ni kami beroperasi di kajang, jadi pengalaman tu memudahkan kami...12 tahun tu beroperasi di kajang...


Untuk pemasangan kali ni agak special sikit..dua team turun untuk pemasangan...team pertama di ketuai oleh mr syukri untuk proses pemasangan...tapi bila ada masalah yang tak dapat di elakkan, maka nya team kedua iaitu team Naz Creative yang di ketuai oleh zazri mengambil alih..


Alhamdulillah selesai dengan jayanya tanpa ada masalah lagi...

Sedaya upaya kami cuba buat yang terbaik untuk pelanggan pelanggan kami...

Terima kasih kerana sudi membuat tempahan dengan kami..insyaallah kite jumpe lagi..

Semoga rezeki kite mendapat keredhaan dari ALLAH...

Krew yang terlibat untuk rumah ni
naz : konsultan jualan

Team pertama ( bkn staff hanya SUB )
Syukri : ketua tukang
Syed : pembantu

Team kedua ( team Naz Creative )
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu

Antara koleksi koleksi




Kabinet dapur masjid tanah

Alhamdulillah dengan sepantas kilat satu lagi pemasangan kabinet dapur 3G glass di kampung serunding masjid tanah siap dengan jayanya...
Terkejut jugak pemilik rumah hanya mengambil masa 3 hari dari tempahan...
Sebenarnya proses membuat kabinet tidak lah lama cuma tunggu giliran pemasangan je agak lame...


Tarikh yang di janjikan 3 minggu, tapi oleh kerana ada satu pemasangan kami terpaksa di tunda kerana satu lagi pemilik rumah ada emengency kes, maka kami terus ke rumah en apit di masjid tanah untuk pemasangan...


Dengan menggunakan material jenis 3G glass kaler hitam kombinasi body cabinet kaler putih memang cantik...


Walaupun kecil, kecomelan dapur tetap nampak...terima kasih kepada en apit kerana sudi membuat tempahan dengan Naz Creative Trading...

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staff kami adik mustafa kamal yang menjadi kan ini pemasangan kabinet dapur yg terakhir sepanjang beliau bersama kami...ini kerana beliau baru saja tawaran menyambung pembelajaran ijazah beliau...adik mus kita bakal seorang imam...

Kami dari naz creative mendoakan agar adik mus berjaya dalam bidang yang di ceburi...

Krew yang terlibat
farizal : konsultan jualan
zazri : ketua tukang
mus : pembantu

Kabinet dapur 3G tanjung minyak perdana

Salam jumaat segala penghulu hari...alhamdulillah bangun pagi dapat menghirup udara yang segar bugar....indah nya keindahan alam semula jadi..

Memulakan langkah hari ni ke tanjung minyak perdana melaka dengan bismillah semoga di berkati rezeki hari ini...


Kali ni pemasangan di lakukan di rumah Puan shima yang bekerja di balai polis alor gajah...

Material yang di gunakan untuk rumah Puan shima ni adalah jenis 3G glass kaler hitam...peh...simple je dapur beliau ni...

Penggunaan table top konkrit tile 2 x 2 menambahkan lagi kukuh nya kabinet dapur ni..ye la..area tanjung minyak perdana ni memang terkenal dengan serangan lanun anai anai..sekali mereka serang..tak terlawan kite...


Penggunaan hingest jenis soft close amat penting untuk memastikan kabinet dapur kami berada dalam kualiti yang baik...

Alhamdulillah Puan shima amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan...


Yang paling best " macam perempuan pasang kabinet dapur kemas sangat "...

Jangan tak percaya jantan terhangat di pasaran yang memasang kabinet ni...


Insyaallah kami Naz Creative Trading cuba memberi perkhidmatan yang terbaik...

Kami sentiasa menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan kami...

Antara krew yang terlibat

Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Wan : tukang batu..

Kami tidak menggunakan 3G glass 3mm..tetapi kami guna ketebalan 5mm...dari segi carcas ada yang menggunakan 13mm...tetapi kami guna yg 16mm ini bermakna dapat menampung beban...


Alhamdulillah selesai dengan jaya pemasangan di sini...

Terima kasih Puan shima kerana sudi menjadi pelanggan kami...

Promosi kabinet dapur tragedi oktober

Sempena tragedi oktober kali ni kami Naz CreatiVe Trading melancarkan lagi promosi kabinet dapur 3G glass kepada pelanggan pelanggan kami..

Strategi pemasaran kami pada bulan mac 2016 melancar kan promosi 100 pelanggan memang sampai tak menang tangan..mana tak nye stok kami beli terlalu byk hingga kami buleh jual dengan harga yang murah...

Tumpuan di beri untuk kaler merah...memang full merah nye mak ngah...


Atas permintaan ramai..kali ni kami tambah lagi stok baru agar harga promosi dapat di teruskan..


Anda buleh menghubungi kami sementara stok masih ada...


Kabinet dapur sutra wangi

Kali ni kami Naz Creative Trading di tugaskan ketaman sutra wangi batu berendam untuk aktiviti memasang kabinet dapur rumah puan Husna...

Tak di sangka sangka bertemu orang kampung dari Pahang...untuk makluman semua kami warga Naz Creative berasal dari pahang cuma cari rezeki di bumi melaka tempat kelahiran hang tuah...mane tau kat sini kami dapat semangat hang tuah..


Puan husna ni pun berasal dari pahang..orang Pekan...berlawan loghat kite yek...nok wt mende lagi dok ye..

Material yang di pilih adalah 3G glass kaler hijau..peh hijau muda di hati ku...memang cantik dan menawan


Kaler hijau memang menarik..dapur pun nampak simple di samping pandangan moden..



Terdapat satu tall unit untuk tempat letak oven dan microwave..

Selain itu penggunaan hingest jenis soft close pun memain kan peranan penting..

Terima kasih tak terhingga kepada Puan Husna kerana sudi membuat tempahan dengan kami..dan selamat masuk rumah baru...

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu

Satu krubung satu kabinet dapur

Assalamualaikum...kepada semua warga pencinta kabinet dapur serta pengikut setia Naz Creative Trading...kali ni kami Naz Creative nk story kan sedikit satu lagi pemasangan kabinet dapur 3G glass di taman satu krubung melaka...

Taman ni memang taman baru..memula kami nak mencari taman buleh tahan susah nye..berpusing pusing kami, dan alhamdulillah berjumpa jugak kat taman ni..


Pemilik rumah ni bernama Puan Baizura yang bekerja sebagai seorang guru memang lembut orangnye...


Material yang di pilih oleh puan baizura kite ni adalah jenis 3G glass campuran hitam dan putih...nampak macam simple tapi..cun....cantik...


Penggunaan hingest jenis soft close memang dah jadi keutamaan setiap produk keluaran kami...ini kerana kualiti amat di titip beratkan..insyaallah semua berjalan dengan lancar...

Akhir kata dari kami team naz creative trading selamat menyambut kedatangan ahli baru dalam famili beliau..puan zura kite sedang menunggu hari nak bersalin...kami doakan puan zura selamat melahirkan bayi yang comey dan sihat walafiat...



Antara krew yang terlibat di rumah kak zura...

En zazri : ketua tukang
En hazwan : pembantu
En mus : pembantu
En wan : tukang batu..

Kabinet dapur klebang dan ayer keroh

Assalamualaikum dan salam jumaat segala penghulu hari...kepada semua pencinta kabinet dapur serta pengikut pengikut setia blog Naz Creative Trading...semoga semua berada dalam keadaan sihat serta di murah rezeki...

Hari ni kami nak story kan sedikit info berkenaan pemasangan 2 kabinet dapur yang pertama di pantai klebang dan country villas resort ayer keroh...kite gabungkan sekali perbincangan sebab kabinet ni simple je....

Kite bermula dengan kabinet dapur rumah en zaidi dari taman meranti klebang...






Dengan menggunakan material 3G glass black mirror ni memang mengancam..terdapat aksesori pull out busket untuk menyimpan makanan makanan ringan...

Sebelum ni beliau menetap di cheras sekarang pulang ke kampung halaman di klebang...ala kat tempat yg banyak hotel bas tu...

Selesai je rumah en zaidi ni kami terus ke ayer keroh country villas resort...

Peh..memang cantik rumah ni...besau giler....orang kaye je mampu dok kt sini..kami tak mampu ler nk duduk sini...





Menggunakan material jenis milamine board corak kayu jalur..

Walaupun simple masih lagi menarik..terima en syukri kerana sudi membuat tempahan dengan kami..

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami buleh la hubungi kami 0196645709 atau datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau...

Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Mus : pembantu
Hazwan : pembantu


DR kabinet dapur

Assalamualaikum salam maal hijrah kepada semua umat islam di malaysia...syukur ke hadrat illah kite di panjangkan usia bertemu semula di tahun baru islam...
Semoga kita semua di murahkan rezeki dan kesihatan yang baik..mungkin ada di antara kite menyambut tahun baru ni dengan berita gembira dan ada menyambut dengan berita duka...

Hot story di pesbok sekarang ni..berita sedih di tahun baru apabila seorang isteri kehilangan suami apa bile terlibat satu kecelakaan go kard di kuantan..


Takziah dari kami walaupun kami tidak mengenali mangsa...

Begitu juga dengan mereka yang menyambut tahun baru ni dengan berita gembira seperti pasangan ini melamar kawan baik nya menjadi madu...


Alhamdulillah payung emas dalam genggaman...itu salah satu berita gembira dan berita sedih..

Paling hangat di perkata kan sekarang ni Dr Azizan Osman pakar motivasi bisness yang di katakan penipu..setiap corong corong pesbok becerita tentang beliau..


Ramai di kalangan ahli bisness menjadikan beliau sebagai idola dalam bidang pemasaran..dan tak kurang juga yang mencemuh beliau...
Semoga beliau tabah menghadapi dugaan kehidupan ini..

Apa yang kami nk story kan sedikit kepada semua..

Kami sedaya upaya mendidik anak melayu untuk berkerja dalam bidang perabut..walau pun kami bukan dari golongan cerdik pandai yang mempunyai PHD..



Berbekalkan pengalaman yang ada kami Naz Creative memulakan langkah membuka perniagaan perabut..tanpa menghadiri kursus kursus yang beribu ribu ringgit kami cuba mencari ilmu dengan menjadikan pelanggan kami sebagai guru..


Teguran demi teguran kami terima dari semua pelanggan kami...tak kisah dari segi kekemasan mahu pun masa...setiap teguran kami perbaiki cara dan kemahiran kami untuk masa depan..

Bayangkan lah dari tahun 2004 hingga sekarang kami masih beroperasi..walaupun kami bukan syarikat besar, sekadar cukup cukup untuk menampung keluarga je, namun kami masih bertahan...


Dari segi pekerja pulak kami bukan ambil pekerja dari yang dah ada kemahiran..kami ambil yang dari kosong kami ajar sampai buleh jadi tukang...alhamdulillah setakat ni dah 4 orang staff kami mampu membuka bengkel perabut sendiri...

Nk ajar orang jadi jutawan tak mampu cukup sekadar mendidik dan mengajar mereka menjadi pekerja berkemahiran...


Terima kasih kepada semua pelanggan kami menaruh kepercayaan tinggi kepada kami...



Kepada pelanggan di luar sana yang berminat dengan hasil kerja kami buleh la menghubungi kami atau datang sendiri ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...