Kabinet dapur september 2018

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpahan rezeki nya..dari dia kita datang dan kepada nya juga kite kembali..

Hari ni kami nak story mory sedikit pemasangan kami di bulan september 2018...

Untuk pemasangan pertama kami di selayang. Kami di tugaskan membuat pemasangan dua biji almari bilik di condo selayang ni..


Semenjak beroperasi di melaka ni kami jarang membuat pemasangan projek untuk rumah condo atau apartment ni. Kali ni kami di tugaskan untuk rumah condo..alamak..punya la penat mengangkat barang....




Tu dia...selepas siap cantik yang amat..berbakul pelanggan memuji..menggunakan pintu jenis aluminium anty jump memang menjadikan almari bilik ni cantik. Pemilihan warna yang agak dark juga menyerikan lagi kesesuaian ruangan bilik ini. Alhamdulillah selesai satu hari punya pemasangan di selayang ni..

Selesai saja pemasangan di selayang ni kami terus balik melaka untuk pemasangan almari bilik di rumah en ahmad bertempat di merlimau kg gajah.

En ahmad kite ni menetap di rawang tapi ada rumah sebiji lagi kat melaka...wah....kaye orang sekarang.. beliau memilih almari bilik warna merah gitu..jom kite lihat..



En ahmad membuat tempahan almari bilik untuk anak bujang beliau. Wow...merah gitu..dengan ketinggian sampai ceiling banyak benda buleh di simpan dalam almari ni. Cantik tak...mesti ler cantik..

Perjalanan kami di teruskan lagi ke taman padang temu..yang ini agak cerewet sikit..biasa lah...pesara cikgu disiplin katakan. Namun begitu beliau sgt berpuas hati dengan hasil kerja kami.


Satu set kabinet dapur simple warna grey dan hitam pembuka tirai rumah ni. Walau pun simple ciri ciri tarikan tu ada. Memang cantik. Kemudian kami beralih ke almari bilik anak beliau..



Dengan menggunakan kombinasi kaler hit dan grey juga memberi impak untuk almari bilik ni...

Untuk pemasangan ketiga kami, sesuatu yang amat tuan rumah tunggu adalah pemasangan pintu slidding antara dapur dan ruang makan.



Yang ni la yang kami maksudkan tadi..begitu puas hati tuan rumah melihat apa yang di idamkan menjadi kenyataan. Alhamdulillah  siap jugak walau pun berjenuh kami nak pasangkan pintu jenis sedemikian rupa..bab kabinet dapur memang kami expert, tapi bab selain kabinet dapur memang agak slow sedikit..biasalah jarang buat pemasangan selain kabinet dapur.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...