Kabinet dapur melaka 2020

Assalamualaikum kepada semua pencinta kabinet dapur dan kepada mereka yang sedang membuat tinjauan tinjauan kabinet dapur untuk rumah baru...
  Sekarang kita di kejut kn dengan serangan virus covid-19 yang begitu bahaya sekarang. Banyak negara dah start buat lockdown. Harap2 negara kita tidak sampai tahap begitu...
   Baik, jom kita lihat beberapa koleksi kabinet dapur yang kami pasang untuk bulan mac sepanjang covid-19 melanda ni.

Untuk pemasangan pertama kami di taman sebatu putra merlimau.


Untuk material kali ni kami menggunakan jenis laminate glossy darkgrey. Penggunaan kaler memberi impak yang cantik buat rumah puan asmah ni.


Terima kasih puan asmah kerana sudi buat tempahan dengan kami..



Tempahan kedua pulak kami ke rumah kak nani di merlimau pantai.


Kaler merah gitu..cantik sesangat.



Yang ni pulak rumah en ammar di simpang ampat alor gajah. Pemasangan ni melibatkan kabinet dapur dan almari bilik.


Kabinet dapur rumah ni kami menggunakan material jenis 3G glass silver colour. Sesuai dengan keluasan dapur kami juga sertakan satu island table.



Manakala untuk almari bilik kami menggunakan meterial jenis laminate darkwood sesuai dgn colour dinding bilik.


Kabinet dapur yang simple dan comey ni bertempat di apartment pertam. Ini kali ketiga kami membuat pemasangan di kawasan ini. Alhamdulillah berkat kesyukuran kami mampu siapkan apa yang di amanahkan.



Yang ini agak mewah kabinet dapurnya iaitu rumah puan nurul di taman bertam setia.

Puan nurul memilih material 4G bronze mirror berserta top quart stone.


Terdapat juga satu island bar yang begitu cantik sekali.


Selain kabinet dapur kami juga memasang satu almari bilik sesuai dgn keluasan bilik ini. Cantik kan..


Kepada yang berminat untuk tempahan kabinet dapur anda buleh la menghubungi kami 0196645709. Sedaya upaya kami cuba buat yang terbaik mungkin. INSYAALLAH..

Kabinet malaysia 2020

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah hari ini 1/3/2020 kita sebagai rakyat malaysia telah pun menerima Perdana Menteri Malaysia Ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin...tahniah kepada semua rakyat melaysia setelah beberapa hari negara menghadapi kemelut politik negara.

Sedikit info tentang Perdana Menteri Ke 8.

TAN SRI MUHYIDIN YASSIN

Memulakan kerjaya sebagai Penolong  Setiausaha Kerajaan Negeri Johor  pada tahun 1970 dan kemudian nya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar pada tahun 1974. Beliau memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd antara tahun 1974 hingga 1978.

Bermula tahun 1981 beliau pegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia membuka ruang untuk beliau masuk arena politik lebih serius. Antara jawatan menteri yang pernah di pegang adalah

1. Menteri Belia dan sukan - 1995
2. Menteri Perdangangan Dalam Negeri - 1999
3. Menteri Pertanian - 2004
4. Timbalan Perdana Menteri - 2009

Muhyiddin Yassin juga bukan calang calang ini kerana ayahanda beliau juga seorang ahli Ulamak terkenal di Johor iaitu Haji Muhammad Yassin.

TSMY juga ahli parlimen Pagoh di bawah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sempena hari Angkat Sumpah Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kami pun nak kongsikan sedikit pemasangan kami di Pagoh.

Pemasangan kali ini di taman harmoni vista Pagoh rumah En Wira..

Jom kita tengok..


Terdapat dua ruang kabinet dapur bahagian kering dan basah. Untuk ruang kabinet kering kami menggunakan material jenis 3G glass white glossy beserta table top jenis quart stone.
Untuk wall unit kami buat sampai ceiling dan terdapat dua step agar mudah untuk menyimpan dan mengambil barang keperluan.
Terdapat satu aksesori rak pinggan gantung untuk menyimpan pinggan serta sinki basuh tangan menggunakan jenis sinki ceramic 1 bowl.


Penggunaan warna putih memang cantik untuk dapur kering ini kerana memberi satu ruang yang agak luas pemandangan.



Bagaimana pula dengan dapur kering.
Untuk bahagian dapur kering kami menggunakan material 3G glass black glossy mana kala table top jenis konkrit tile 2 x 2 kaler hitam.
Penggunaan warna hitam untuk dapur basah juga memain kan peranan penting. Ini kerana ruang dapur basah agak memanjang seperti lorong. Agak bersesuain mengikut design dan bentuk.


Untuk base unit kami serta kan sekali satu set laci untuk menyimpan alatan dapur seperti pisau, senduk, sudu atau kelengkapan kelengkapan memasak di dapur.


Bahagian wall unit kami buat ketinggian hingga ke ceiling agar tiada ruang menyimpan habuk. Jadi tak perlu lagi dapur anda berhabuk.

Selelsai sudah pemasangan di Pagoh dan semestinya orang orang Pagoh bergitu gembira pada hari ini di mana Perdana Menteri Ke 8 adalah orang Pagoh. Semoga Pagoh terus maju dan oder lah kabinet dapur dengan kami....
Sebarang pertanyaan buleh lah hubungi kami 0196645709.

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...