Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kesibukan kami menyiapkan tempahan kabinet dapur ni. Alhamdulillah tahun ni genap kami 20 tahun dalam bidang pembuatan kabinet dapur ni dan kami amat berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha kami.
Kali ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan kami. Sebenarnya banyak yang kami nak kongsikan, tapi Kali ni kami nak kongsikan kabinet dapur design shacker atau lebih di kenali dgn nama euro style.
DESIGN SHACKER ATAU NAMA PORPULAR NYA EURO STYLE ni adalah Jenis design yang berkurun Lama Dari abad ke 20. Design ni lebih porpular di luar negara dengan menggunakan kayu Jenis pine, semangkok, KSK Dan kalau di Malaysia ni solid nyatoh la. Namun di sebab kan harga kayu yang melambung tinggi maka design ini agak tenggelam kalau nak di compare kan dengan material milamine board yang begitu murah di pasaran.
Kami di DUNIA KABINET DAPUR UMBAI Cuba sedaya upaya mengembali kan nostalgia design ni menggunakan material Jenis mampu milik Serta mengikut citrasa masa kini, Dan alhamdulillah semakin mendapat tempat di hati peminat setia kabinet dapur.
Jom kita lihat berapa contoh kabinet dapur design shacker yang kami telah pun siapkan.. ini adalah hasil tangan kami sendiri tanpa ambil Dari mana mana dalam google ye...
Sebelom tu Jom kita tengok proses pembuatan kabinet dapur euro style ni. Segala proses membuat Dan memasang di lakukan oleh pihak kami sendiri tanpa syak wasangka .....ceh wah...padu ayat tu. Dari pemilihan kaler, kami ada Pelbagai Jenis kaler untuk anda pilih mengikut citrasa anda...
1. KRUBUNG JAYA
untuk projek ni kami memasang rumah en norazman yang tinggal di krubung jaya. Lama Sudah en norazman ni mencari carpenter pembuat kabinet dapur Dan alhamdulillah di pertemukan dengan kami. Beliau amat berkenan di hati dengan design shacker ni namun harga terlalu tinggi untuk memiliki dapur sebegini. Alhamdulillah dengan kami insyaallah kami akan Cuba realisasi mengikut bajet tuan norazman ni.
Terima kasih tuan norazman kerana memberi kepercayaan kepada kami..
Ñ0 2. TAMAN BOTANI PARK LAND JASIN
yang ni taman perumahan baru di jasin yang tengah meletop letop jualan rumah. Mana tak nya.. design rumah pun cantik, ramai artis artis beli kat sana...
Nama pun hanya nak kongsikan design shacker kan.
3. Kg tambak bugis
Terima kasih puan alin Dan suami sentiasa memberi peluang kepada kami.
No 4. KG GELAM..
untuk projek ni memang amat mencabar sedikit la. Sebab nya biasa la pemilik rumah ni bernama en yus agak cerewet sedikit. Satu persatu di perhatikan Dari sudut ke sudut. Macam kami selalu cakap..kami bukan lah yang terbaik namun kami Cuba buat yang terbaik untuk anda. Dan hasilnya...
MENAKJUBKAN......
No comments:
Post a Comment