Kabinet dapur melaka





YUZA TEAM
Membuat dan memasang pelbagai jenis kabinet dapur. 
Kami juga menerima tempahan membuat pintu 3G,4G,high gloss dan pelbagai jenis pintu solid.




Whatsapp http://wasap.my/60196645709

Kabinet dapur moden melaka

http://wasap.my/60196645709

JENIS JENIS KABINET DAPUR


JENIS JENIS KABINET DAPUR


Assalamulaikum kepada semua kenkawan yang sedang mencari idea untuk membuat kabinet dapur. Kabinet dapur ni satu benda yang paling penting kerana, kekemasan area dapur ni mencerminkan tuan rumah...ye ke...tapi tak kisah lah yang penting dapur mesti cantik. Di sebalik cantik, kualiti pun kena pastikan jugak

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang perihal jenis jenis material. Selalu kita dengar kabinet dapur 3G lah, 4G lah tapi masih samar dan tak tahu apa beza nya...
Pengalaman kami yang dah masuk 16 tahun ni dalam pembuatan perabut khususnya kabinet dapur ingin membentangkan rahsia material yang akan di gunakan.

Terdapat pelbagai jenis jenis material ni. Tu belom masuk kaler lagi...macam macam jenis kaler. Pening kepala mak ngah nak pilih yang mana satu. Jom kita sama sama timba ilmu.

1. 3G GLASS DOOR
      Pintu jenis ini tidak menggunakan kayu tetapi permainan kaca setebal 5mm di gunakan manakala kekemasan pintu di liputi aluminium. Aluminium yang paling porpular adalah berwarna silver. Ini kerana kos nya mampu milik la. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih buleh la pakai aluminium yang di selaputi kaler pouder coating. Memang cun la. Mybe ada yang tanye.." tak pecah ke sebab kaca kan " 
Ketebalan kaca yang di gunakan agak tebal dan berkualiti. Jadi jangan risau la kecuali kalau anda hentam dengan " mertun "( kata orang belah utara " memang hancuq berderai la jawapnya. Tu dah kira ganas sangat. Tapi kalau jaga bebaik insyaallah. Tahan lama camtu.. 








2. 4G GLASS DOOR
     Selepas 3G glass, muncul pulak yang baru iaitu 4G glass. Rata rata sekarang ni orang dok membawang pasal kabinet dapur 4G. Cantik sesangat. Tapi apa itu 4G glass. Mai sini kami nak habaq kepada semua. 
Dari segi harga memang mahal sedikit la dari 3G. Beza takde la beza sangat. Penggunaan bahan tetap sama seperti kaca 5mm dan aluminium. Cuma bezanya untuk 4G ni, jenis aluminiun di upgred sedikit ke kepada design yang moden. Kaca juga di upgred dengan mesin CNC untuk di jadikan separa diamond. Untuk setakat ini kami hanya keluar produk 4G bronze dan black mirror sahaja. Dari segi aluminium pulak ada basic kaler iaitu NA colour, mana untuk pouder couting bagi mereka yang mempunyai bajet lebih.





3. HIGH GLOSS LAMINATE 
     Bagi mereka yang mempunyai bajet ekonomi pastinya material high gloss laminate menjadi pilihan. Dari segi rupa memang sama seperti 3G glass. Ramai di luar sana keliru antara 3G glass dan high gloss lamina ni. Kalau 3G glass hanya menggunakan kaca dan aluminium, manakala material ini menggunakan papan lapis meranti dengan ketebalan 15mm dan di kemaskini profail aluminium flat NA. High gloss juga membolehkan pintu kabinet tampil lebih moden persis material arcylic.







4. SOLID WOOD
     Material solid wood ini memang evergreen @ produk rare di masa kini. Di sebabkan negara kita sekarang kekurangan perkayuan maka produk sebegini amat tinggi sedikit harga nya. Ada beberapa jenis solid wood ini antaranya, nyatoh, havea, ramin, ksk, oak, semamgkuk, pine dan banyak lagi la. Yang paling porpular adalah solid nyatoh, manakala produk pine pernah mengalami zaman rebutan apabila tukang tukang di luar sana cuba mengumpul serpihan kayu pallet pine untuk di jadikan kabinet dapur yang murah. Namun ia tidak kekal sepanjang masa, ini kerana di masa kini kebanyakkan pallet di perbuat dari plastik keras. Maka solid pine terus menjadi keras harganya. Di antara harga solid wood paling murah adalah solid nyatoh. Berkayu kemerahan dan sesuai untuk kaler gelap seperti mahagoni dan walnut. Ada juga mencuba dengan semburan cat gloss namun ia akan menghilangkan ciri ciri klasikal. Apa yang cantik nya solid wood ni?..pasti ada tertanya kan.
Ciri ciri belahan urat kayu tu yang menampakan imej klasik original dari pokok balak.








Semoga dengan sedikit info ni dapat memberi ilham kepada anda yang ingin membuat tempahan kabinet dapur.

Tahun 2020 ni genap la kami 16 tahun dalam bidang pertukangan...insyaallah kami bakal membuka hardware kami sendiri dengan menjual aksesori kabinet dapur.

Terima kasih kerana menyokong kami...


Kabinet dapur terbaik 2020

Table top memainkan peranan yang penting bagi setiap kabinet dapur. Ada yang tak tahu apa itu table top? 

Table top adalah permukaan atau lapisan paling atas untuk kabinet dapur bahagian bawah. Ia penting kerana boleh dikatakan semua kerja-kerja dapur dan penyediaan makanan dilakukan di atas table top. Jadi ketahanan table top sangat penting untuk kerja-kerja dapur.


Pemilihan table top kabinet dapur bergantung kepada bajet anda. Jika mempunyai bajet yang lebih, quartz stone adalah pilihan yang tepat, kerana ia sangat berbaloi dengan pelaburan yang telah anda buat. Kepada mereka yang mempunyai bajet terhad, anda boleh memilih solid surface ataupun HPL. 


Jangan risau, jika ia tidak tampak semewah quartz stone, kerana pemilihan warna serta material kabinet dan juga kemasan serta kebersihan dapur itu sendiri yang menampakkan ruang dapur kita menarik dan mewah.


Berikut merupakan antara table top yang terdapat di pasaran.

👇👇👇👇👇

1. QUARTZ STONE
Quartz stone merupakan pilihan table top terkini. Ia sangat versatile, dengan pelbagai warna yang menarik serta sangat menawan dan tampak mewah. Ciri utama quartz stone ini adalah, ia tahan lasak dan tidak mudah calar. Quartz stone ini juga tidak poros, ini bermaksud ia tidak menyerap air atau apa-apa jenis cecair. Dari segi penjagaan memang mudah anda buleh menggunakan sabun pencuci pinggan seperti axion untuk memastikan permukaan kilat. Walaupun harga nya agak tinggi sedikit namun kecantikan dan kekemasan produk ini cukup terbaik.


















2. SOLID SURFACE
Solid surface juga merupakan material pilihan ramai. Ia merupakan 'artificial stone' di mana komposisi bahan utama ia merupakan gabungan bahan sintetik seperti polister atau akrilik dan bahan semulajadi yang lain. Seperti quartz stone, solid surface juga merupakan jenis material table top yang tidak poros, iaitu tidak mudah menyerap cecair dan mudah dijaga dan dibersihkan. kebanyakan jabatan jabatan kerajaan atau kaunter pejabat memilih material jenis ini. Dari segi penjagaan juga amat di titik beratkan sebabkan mudah calar.


3. HPL ( hight presure laminate )
HPL merupakan antara material paling ekonomi. Bagi mereka yang mempunyai bajet agak rendah, HPL ini akan menjadi pilihan. Cuma ia tidak lah lasak kalau di bandingkan QUARTZ STONE, SOLID SURFACE dan KONKRIT TOP TILE 2 X 2. Paling merisaukan adalah dari segi ketahanan basah dan panas. Dari segi kelebihan HPL ini cukup banyak warna dan texture. Kebiasaan nya material ini menjadi pilihan di sebabkan murah atau mudah di alihkan sekiranya anda ingin membuat ubah suai dapur di belakang hari.











4. Konkrit top tile 2 x 2
Konkrit top tile 2 x 2 adalah yang paling laris jika dibandingkan dengan 3 jenis material di atas. Harga agak mahal sedikit dari top HPL mana kala murah sedikit berbanding SOLID SURFACE dan QUARTZ STONE. Permukaan top di lapisi dengan tile. Pada ketika ini penggunaan tile jenis 2 x 2 sering menjadi pilihan. Cuma kelemahan nya akan nampak dari segi penyambung tile.











Sekiranya anda berminat buleh hubungi kami 019 6645709 atau buleh datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai melaka.

http://wasap.my/60196645709

DUNIA KABINET DAPUR 202O

PROFAIL SYARIKAT

PENGENALAN

- YUZA MANAGEMENT & TRADING adalah sebuah syarikat milikan tunggal yang di tubuhkan pada tahun 2014 di bawah akta peniagaan 1956. Syarikat ini juga mengamalkan prinsip " KAMI BUKAN YANG TERBAIK, TETAPI KAMI CUBA BUAT YANG TERBAIK " seperti mana pelanggan kami membuat tempahan dengan kami sedaya upaya kami menunaikan amanah yang di berikan.
YUZA menjalankan perniagaan menerima tempahan membuat perabut hiasan dalaman seperti kabinet dapur, almari bilik, rak tv, rak kasut, serta pelbagai jenis perabut hiasan.

KABINET DAPUR menjadi tajuk utama kami di sebabkan oleh permintaan yang tinggi di kalangan rakyat khususnya di malaysia. Dengan adanya kabinet dapur maka susunan ruang dapur akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Memandangkan bidang ini di monopoli oleh bangsa lain selain melayu bumiputera, kami menyahut cabaran untuk bersaing dalam bidang pembuatan perabut ini. Dari segi bahan mentah, kami mempunyai kekuatan sendiri apabila mampu membeli bahan mentah secara pukal.
Kami juga sentiasa mengikut peredaran masa tentang jenis jenis material. Terdapat pelbagai material yang kami ada seperti

- solid wood ( nyatoh, semangkok, ksk, ramin dan oak )
- milamine board ( pelbagai jenis warna menarik )
- laminate @ fomica ( harga yang agak tinggi betbanding milamine )
- 3G glass ( menggunakan kaca berstiker kaler )
- 4G ( produk terbaru yang menggunakan cermin berbentuk diamond ship )


MISI & VISI

Seperti yang sedia maklum bidang perniagaan berasaskan perabut ini hanya di monopoli oleh bukan bangsa melayu. Sebagai alternatif kami cuba mengorak langkah untuk berdaya saing dalam perniagaan ini.
- melahir kan pekerja pekerja melayu yang mahir dalam bidang pembuatan perabut.
- membuktikan bahawa hasil tangan kaum bumiputera khusus nya melayu setanding dengan bangsa lain.
- memperkukuhkan lagi sistem pentadbiran dan sumber manusia.
- memastikan setiap tempahan di jamin kualiti setanding dengan syarikat ternama.
- membina jenama YUZA sebagai satu jenama besar.
- membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama syarikat : YUZA MANAGEMENT & TRADING

No pendaftaran  : 

Alamat syarikat : no jc 7146 & jc 7148 jalan ros 1 taman bukit tembakau.

Status syarikat : 100% milikan bumiputera

Bentuk perniagaan : milikan tunggal

Nama pemilik : azlilawati bt abdol aziz

Nama bank : cimb bank berhad

No akaun : 


MAKLUMAT PEKERJA

1. Mohd yusof bin mohd yazid
- 810211065483
- diploma perakauanan
- 20 tahun dalam bidang pembuatan perabut
- menguruskan pentadbiran serta strategi perniagaan.

2. Mohd farizal abdullah
- sijil kemahiran mara elektrik
- mahir dalam pengedalian mesin serta pembuatan perabut
- menguruskan kilang serta tenaga pengajar 

3. Shaiful azaly
- diploma ILP
- pengurus jualan

4. Norhisyam arshad
-
- ketua operasi
- spm

5. Hariz bin rosman
- pembantu operasi
- spm

6. Hariz bin rosli
- pembantu operasi
- spm

7. Dini hariz
- pembantu operasi
- spm

8. Nazrul haqim
- pembantu operasi

9. Hafiz bin saadon
-
- pembantu operasi
- spm

10. Azmi ariffin
- pembantu operasi.
- ijazah uitm

LAMPIRAN






COVER AREA

Kami menerima tempahan di seluruh negeri melaka, nilai, pajam, seremban, senawang, muar, batu pahat, kajang, bangi dan putrajaya.

Selain itu juga kami juga menerima tempahan dari jabatan kerajaan.


Kabinet dapur aidil adha 2020


Lama sungguh tak bersiaran di blog ini...apa khabar semua sahabat sahabat DUNIA KABINET DAPUR..alhamdulillah kita masih di  panjangkan usia dan di murahkan rezeki walaupun kita sekarang masih berada dalam keadaan berjaga jaga si sebabkan covid-19.

Apa yang mengejutkan hari ini berlaku satu kluster infineon yang menyebabkan MELAKA berada di zon kuning. Di harapkan kita dapat berjaga jaga dengan keadaan sekeliling.

Jom hari ni nak sembang pacak sedikit tentang beberapa koleksi pemasangan kami sepanjang beberapa hari ni.

Kami mulakan dulu pemasangan di TEDONG merlimau.

Rumah orang bujang en abu bakar kita memang cantik. Hiasan dalaman rumah teratur kemas di samping permainan picture wall yang berwarna warni.

Kami di tugaskan menyiapkan dapur rumah beliau supaya beliau dapat menyambut raya aidil adha dengan dapur yang cantik. Dengan memilih material jenis laminate red glossy maka terjadilah hasil sebegini.
  
Kombinasi dinding oren dan kabinet dapur merah agak menyerlahkan suasana pemandangan dapur di samping menghirup udara segar sawah padi di sekeliling rumah.

Terima kasih tuan abu bakar kerana percayakan hasil kami.




Selesai di kg Tedong, kami beralih pula ke taman ARA PERMAI batu berendam untuk pemasangan almari bilik.

Menggunakan corak kayu berkulit cerah amat sesuai dengan bilik anak dara. Sejuk mata memandang.





Manakala team kedua kami pulak sedang membuat pemasangan di kg bukit larang. Rumah tuan haji razak ni memang cerewet sedikit. Maklumlah orang lama. Berhempas pulas juga la nak menyiapkan projek ni.

Menggunakan material blockboard laminate anty jump glass miror memang cun melecun. Mana tak nya nampak luas giler la..




Pemeriksaan demi pemeriksaan sedang di lakukan supaya tuan rumah berpuas hati.




Selain bilik, kami juga memasang kabinet dapur di rumab ini.

Yang ni lain sedikit. Material yang di gunakan adalah jenis 4G acrylic white gloss.
Material mahal ni...namun apa yg di katakan oleh haji razak, harga tiada masalah. Maka siaplah sudah pemasangan di rumah ini.




Selepas material 4G acrylic di batu berendam, kami pusing jauh sedikit di taman BERTAM PERDANA. Apa yang best nye tuan rumah ni menetap di KUALA LUMPUR. Sambil bercuti di MELAKA berkenan pulak rumah di BERTAM PERDANA. Maka jadi nya  " terbeli rumah kt sini dengan harga tunai atau " cash ".

Apa lagi 3G fully alumnium menjadi pilihan sanu bari...en saiful bahari. Fully alumnium agar terselamat dari serangan anai .






Yang gambar agak kelam ni pulak rumah mejar amirul di kg Brisu. Maklum lah siap pemasangan pun dah pukul 12 malam jadi bila amik gambar tu yang kelam sedikit. Mejar amirul ni bekerja di Labuan. Segala urusan DEAL hanya melalui wahtsup sahaja. Alhamdulillah tuan kita ni berpuas hati dengan hasil kami. Pilihan kaler merah gitu.



Selepas rumah mejar amirul kami ke rumah kak noridah kg paya dalam. Kak noridah ni anggota JPJ melaka. Selalu la sarapan sebelah pejabat kami. Dari situ beliau nampak perkhidmatan kami lalu membuat tempahan kabinet dapur.

Dengan pilihan material jenis laminate maka terjadi lah wall unit cabinet yang simple...




Cikgu Liza ni asal orang kedah dan menetap di taman bukit katil indah. Tempahan di buat pada musim PKP namun baru dapat siapkan. Mana tak nya kami pun terpaksa lah cuti. Pilihan material pulak buleh tahan mahal jugak di mana base cabinet kami gunakan kontrit table top manakala lapisan top kitchen kami gunakan batu Quart stone. Yang ni memang kalis air dan anai2 la. Pilihan pintu dan carcas cabinet pulak kami gunakan material jenis laminate glossy cream and black glossy. Memang cantik la.





Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana sudi menyokong hasil usaha kami. Kami cuba buat yang terbaik walaupun kami bukan yang terbaik. Insyallah...

Kepada yang berminat buleh la hubungi kami di talian 019 6645709

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...