Kabinet dapur aluminium jasin bistari

 Alhamdulillah selesai jugak satu pemasangan kabinet dapur di taman jasin bistari melaka ni setelah puas bertungkus lumus berhadapan kekurangan material sepanjang PKPB di laksanakan. Bersyukur juga hari ni kita warga MELAKA hari ini telah bebas dari PKPB. 

hari ni kami nak storykan sedikit info pemasangan kabinet dapur di rumah Haji Azan. Kami di beritahu seramai 4 kontraktor kabinet datang beri harga dan mungkin rezeki berpihak kepada kami maka bermula la susunan jadual kerja.



Di awalan projek kami mulakan dengan binaan konkrit table top serta lapisan tile 2' x 2' berwarna hitam keseluruhan. Untuk pembuatan konkrit top kami mengambil masa dalam seminggu untuk memastikan kekemasan dan kukuh binaan. 


Untuk material carcas kabinet kami menggunakan sepenuhnya aluminium. Seperti yang di ketahui ramai, produk aluminium ni memang tahan anai anai dan kelembapan air. Jadi masalah untuk rosak kabinet ni agak lambat sikit la. Dari segi harga memang agak tinggi sikit berbanding dengan material jenis kayu. Untuk pintu kabinet kami menggunakan jenis 3G glass silver yang di gemari ramai. Permainan tona kaler memang terbaik untuk rumah Haji Azan.






Cantik kan dengan kekemasan produk aluminium. 

Untuk pengetahuan semua kami membuat pelbagai jenis produk dari kayu, aluminium, tile , quarz stone dan acrylic. Kami juga mengeluar produk jenis aluminium 3G dan 4G. 

Kami bukan orang tengah atau agen yang mengaut keuntungan semata. Anda buleh datang dan lihat sendiri kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Terima kasih kepada Haji Azan yang sudi membuat tempahan kabinet dapur dengan kami. 


No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...