DUNIA KABINET DAPUR part 1

 Kali ni kita di kejutkan sekali tentang PKPB berikutan kluster di sabah sempena PRN 2020. titik permulaan di situ menjadi igauan ngeri buat kita rakyat malaysia. Sehingga hari kes makin meningkat. Begitu juga tempat kami di melaka di mana kluster INFINEON BATU BERENDAM mula merebak. 


Segala aktiviti harian agak terhad, seperti kedao makan, kedai runcit, petrol pum pun hanya buleh beroperasi tidak melebihi 10 malam. Aktiviti sosial seperti kenduri, majlis keraian juga tidak di benarkan bagi mengekang covid-19. 


Di setiap sempadan negeri juga kelihatan pihak keselamatan seperti POLIS dan TENTERA membuat sekatan agar Perintah Kawalan Pergerakkan PKPB di jalan kan dengan lancar.

Di sebabkan COVID-19 dan PKPB ini ekonomi negara semakin mencemaskan mana tidak nya perkembangan ekonomi semakin merundum. Ramai yang di lihat bakal kehilangan punca pencarian. 

Begitu juga dengan kami, banyak operasi kami terpaksa kami perlahankan di sebabkan kekurangan bahan mentah. Namun kami bersyukur di saat begini kami masih di beri kepercayaan penuh dari pelanggan. 

Terima kasih kepada semua pelanggan kami. 


Untuk pengetahuan anda semua, DUNIA KABINET DAPUR adalah satu satunya syarikat 100% milikan bumiputera yang beroperasi sepenuhnya di taman bukit tembakau umbai.


Di sini kami memberi peluang pekerjaan kepada anak anak melayu tempatan dalam bidang kerjaya pembuatan kabinet dapur.



Terdapat pelbagai jenis material dari kayu lamina, solid wood berkualiti gred A serta material terbaru aluminium profail bertaraf tinggi. 



Di sini kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kami menjadikan pelanggan pelanggan kami seperti guru kami. Setiap tegur kami terima dengan hati terbuka.




Kekangan atau permasalah dari segi bahan mentah juga kami alami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan , namun kami cuba atasi dengan membuka pusat hardware kami secara kecil kecilan agar kami dapat atasi sikit demi sedikit masalah ini.





Dengan cara ini juga kami dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat. Alhamdulillah.



Semua ini juga hasil sokongan dari anda semua.





Sedikit info tentang team team kami.

1. Pengurusan / pemasaran / akaun / designer
- en yusof

2. Pengurusan 
- puan azlilawati

3. Penyelia operasi / pemasaran / operasi kaca & aluminium
- en saiful

4. Penyelia pemasangan / ketua operasi
- en farizal

5. Ketua pemasangan segala produk
- en hafiz

6. Bahagian perkayuan
- en sham
- en hariz
- en amir
- en nazrul

7. Bahagian kerja kerja batu
- en reduan

8. Kumpulan sokongan
- en senthu ( quarz stone )






Kami juga mengalu- alukan pelapis pelapis yang baru tamat persekolahan untuk bersama kami dalam bidang kerjaya pertukangan ini.




Itu lah serba sedikit tentang kami di DUNIA KABINET DAPUR umbai. Insyaallah untuk DUNIA KABINET DAPUR part two nanti kami akan storykan sedikit tentang cara cara membuat dan memasang kabinet dapur. 


Marilah kita sama sama berdoa agar kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.


Amin...


No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...