DUNIA KABINET DAPUR PKPB

Dah lama tak bersiaran di sebabkan kesibukan kebelakangan ni menyiapkan tempahan dari pelanggan. Mana tak nya kita di kejutkan dengan kehadiran PKPB kali ke2 yang begitu tinggi sekali. Kehabisan stok material pun menjadi punya hingga banyak tempahan terpaksa kami perlahan kan. Namun alhamdulillah walau agak lewat sedikit kami tetap teruskan perjalanan kami...insyaallah.

Hari ni kami nak kongsikan sedikit info2 pemasangan terbaru, jom kite lihat beberapa koleksi cantik..

Untuk pemasangan kali pertama kami di tugaskan kerumah en arbawi di paya redan melaka. 

1. En arbawi paya redan 
     - material 4G bronze mirror

Pemilihan material dan kaler amat sesuai dengan ruang dapur yang simple. 



2. Puan jalina bukit durian
    - material aluminium composite beach colour

Beliau amat meminati warna yang lembut hingga kan langsir, sofa, dinding rumah pun mengayakan yang lembut. Terima kasih puan jalina yang memberi kepercayaan tinggi kepada kami.






3. Puan fadila cheng setia
   - rak kasut laminate



4. Puan alia jasmi taman belimbing harmoni.
    - material laminate black glossy

Puan alia jasmi kami hanya berususan melalui whatsup. Sehingga barang siap pun kami masih tak mengenali dan alhamdulillah beliau berpuas hati dengan hasil kerja kami.



5. En kudin kuala sungai baru.
    - slidding aluminium composite blue ice

Kali ni jauh sikit dari tempat kami iaitu di kuala sungai baru. Musim PKPB ni agak jenuh jugak la kami nak sampai di sana namun perjalanan kami di permudahkan. 





Banyak lagi yang kami tersangkut sebenarnya di sebabkan kekurangan material. Insyaallah kami cuba buat yang terbaik untuk pelanggan pelanggan kami. 

Marilah kita berdoa bersama2 agar di jauhi musibah mala petaka ini. Semoga kes covid-19 ni beransur pulih.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...