Kabinet dapur 4D sebatu putra

Tahun 2020 tahun yang paling mencabar buat kita semua terutama rakyat malaysia di mana tahun ni kita berhadapan dugaan serangan virus COVID-19. Lantas dengan itu pihak kerajaan telah mengambil langkah langkah seperti mengawal keadaan dengan melancarkan PKP ( perintah kawalan pergerakkan). Siapa sangka siapa menduga tahun ini kita terpaksa menjalani ibadah puasa dalam keadaan terkawal. Pertama kali kita tidak buleh menunaikan solat jumaat sepanjang tempoh PKP. Pertama kali kita tidak dapat ziarah menziarah bila tiba hari raya. Begitu juga dengan tugasan harian menunaikan pekerjaan kita terpaksa kita cuti demi memutuskan rantaian COVID-19. 

Untuk kali ini satu cabaran bagi kami di mana projek ini telah di persetujui sebelom PKP. Namun di sebabkan PKP kami terpaksa akur dan agak mengambil masa untuk menyiapkan tempahan ini.

Namun alhamdulillah walaupun mengambil masa yang agak lama untuk di siapkan  dan buleh di katakan ini adalah projek terbaik kami sepanjang PKP. 

Dengan menggunakan material 4D laminate glossy kombinasi quartz stone memang menjadi kali ni. Tersenyum lebar en hafiz bila kesemuanya selesai walaupun mengambil masa 6 bulan. Jom kite lihat beberapa koleksi yang di hasilkan dengan penuh kesenian.



Taman sebatu putra ni di area merlimau menghala ke muar. Di sini kami dah buat hampir 5 @ 6 biji rumah koleksi kabinet dapur.



Kombinasi kaler juga memainkan peranan penting. Di samping menggunaan pencahayaan yang baik.

White glossy untuk wall unit full height memang cantik dan memberi kepuasan sepenuhnya dalam penggunaan kabinet. Bukan senang design kabinet full height wall unit. Biasa kite lihat agak kurang menarik untuk full height wall cabinet ni. Namun untuk rumah en hafiz ni memang lain macam sikit.



Pemasangan tile dinding yang di panggil backflat untuk menampakkan ruang dapur kelihatan cantik dan menarik.



Pemilihan table top jenis quarz stone buleh di katakan tepat sekali. Corak wood design pintu kabinet menjadikan kabinet dapur ini di ketegorikan dalam moden kotemporari.

Untuk pengetahuan semua kami juga terlibat pemasangan plaster ceiling di rumah ni. Alhamdulillah selesai semua.

Untuk kenangan malam ni tahniah kepada pemenang di PRN Sabah yang sedang berlangsung. Tak kira la sapa yang menang yang penting kabinet dapur anda siap sepenuhnya.

Terima kasih en hafiz kerana sudi membuat tempahan dengan kami.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...