HIASAN DINDING
Dinding jika dibiar kosong, mungkin akan nampak hambar dan bosan. Lebih-lebih lagi pada dinding dalam ruang yang menjadi tumpuan tetamu, jika setiap dinding dibiar kosong tanpa sebarang hiasan, tentunya ruang akan kelihatan kurang menarik. Oleh sebab itulah, pemilik digalakkan untuk memilih satu dinding untuk dijadikan feature wall sebagai titik tumpu dalam sesebuah ruang. Ini akan sekaligus mengubah “mood” ruang dengan menjadi lebih berkarakter.
Selain menggunakan kaler cat yang menonjol, kita juga boleh gunakan kertas dinding ( wall paper ) mahupun wainscoting sebagai daya penarik untuk dinding yang kosong. Namun begitu terdapat satu lagi yang menarik untuk si jadikan hiasan dinding iaitu SHIPLAP.
APA ITU SHIPLAP?
Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan. Kebiasaan nya kita dapat lihat pada rumah rumah jenis kayu yang mana hiasan dinding nya hanya menampakan susunan kayu manis.
Namun si era serba moden rumah bercirikan batu agak sukar menampak kelainan pada dinding. Shiplap merupakan satu altenatif hiasan dinding ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa klasik dan vintaj.
Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.
Bahan yang si gunakan untuk shiplap ini antaranya seperti kayu pine, semangkok, nyatoh dan pelbagai jenis kayu solid. Namun ada juga yang menggunakan kayu jenis MDF board untuk mendapatkan kos yang lebih murah berbanding kayu kayu solid.
Ada juga yang menggunakan jenis vinly flooring sebagai hiasan dinding. Kesemua itu tidak menjadi masalah untuk mendapatkan ruang hiasan dinding yang cantik.
Kepada yang berminat untuk tempahan atau untuk membeli bahan mentah buleh lah hubungi kami di talian 0196645709 atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.
No comments:
Post a Comment