Kabinet dapur cantik melaka 2020

Assalamualaikum kepada semua pelanggan pelanggan kami serta yang sedang mencari cari idea kabinet dapur. Alhamdulillah sekarang kita berada di episod PKPP semoga kita semua berjaya memutuskan rangkaian covid-19 ni.


Tahniah juga Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) dan pengiktirafan yang terhormat diberikan kepada pemimpin tertinggi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sepanjang PKPP ni berlangsung kami juga bersyukur dapat meneruskan kerjaya kami sebagai tukang kayu dalam menunaikan amanah yang di berikan. Kali ni kami ingin berkongsikan sedikit tentang pemasangan yang di lakukan.. jom kita lawati bersama sama mudah mudahan dapat memberi beberapa panduan kepada yang masih tercari cari kabinet dapur..

Untuk pemasangan pertama kami ke rumah en sani di taman tehel impian. Pilihan wall cabinet yang simple serta penggunaan kaler yang sesuai menjadi tarikan kabinet dapur ni.


Pilihan material jenis laminate black glossy amat sesuai sekali.

Untuk pemasangan kedua kami ke rumah en azroy pengumpul koleksi topi. Banyak betol koleksi topi beliau.


Laminate flumbigo glossy menjadi pilihan serta design 4G style membuatkan dapur ini kelihatan cantik sekali.



Terdapat satu ruang peti ais serta kaunter bar menampakan sisi moden kabinet dapur ini.

Selesai pemasangan di taman bukit katil indah, kami menyusuri lebuh raya AMJ terus ke jalan temenggong muar johor.
Kabinet dapur rumah puan sharmila ni simple je. Kombinasi hitam dan putih meliputi moden kotemporari.



Bukan hanya di jalan temenggong, jalan hj salleh muar pun kami sampai..kali ni bukan kabinet dapur, tapi kali ni almari bilik.
Penggunaan warna kontra memang cantik..lihat sahaja gambar yang di kongsikan...amat sesuai dengan ruangan bilik.



Site kali di air pasir perdana. Tuan rumah tak putus putus ucapkan terima kasih katanya cantik sesangat.



Kalau sebelom ni kami membuat pemasangan kabinet dapur di taman cheng setia, kali rumah mak bapak en azlan pulak.




Jarang kami dapat buat kaler kuning ni. Namun begitu cantik jugak.



Terima kasih kepada semua pelanggan kami. Jika anda inginkan perkhidmatan kami buleh la hubungi kami di talian 019 6644709.

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...