Assalamualaikum kepada semua geng geng hias rumah terutama pencinta kabinet dapur. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami dari belakang.
Kali ni kami dipertanggung jawabkan untuk membuat kabinet dapur di pernu umbai..agak mencabar jugak buat pemasangan kali ni..
Cabaran yang pertama adalah..dapur rumah ni dapur kampung. Tapi tuan rumah nak nampak kan dapur seolah olah dapur moden..wal la weh...tak tidor malam kami di buat nya...
Jom kite lihat dapur sebelom dan selepas..
Begini keadaan dapur sebelum siap..terdapat satu kabinet yang sye kirakan zaman 80an dulu punya ni. Keadaan sinki yang agak uzur manakala lantai tidak ada tile..
Langkah pertama kami adalah..kami robohkan semua binaan konkrit lama supaya binaan konkrit baru dapat di dirikan dengan baik.
Proses memecah konkrit memakan masa satu hari je. Memang bersepah sikit la. Kalau tak tahan habuk memang sesak nafas la. Selesai saja pecahkan binaan konkrit lama terus kami rata kan lantai untuk pasang tile lantai. Penggunaan tile lantai warna putih adalah untuk memastikan ruang dapur kelihatan luas.
Pemasangan tile lantai dan binaan konkrit table top yang baru sedang di jalan kan. Dengan menghadapi keadaan dapur yg agak kurang memuaskan memang mencabar la..biasa nya kami buat kabinet dapur area rumah taman..so memang kite tahu kondisi rumah taman atau rumah baru ni. Bila kena buat kabinet dapur rumah kampung memang susah jugak. Pastu nk pastikan jadi kabinet dapur moden..alamak..try je la..
Selesai je membuat table top dan lantai tanpa membuang masa kerana time is gold..kami berkejaran menyiapkan kabinet dengan memasang pintu. Nak design dapur ni pun pening, tuan rumah letakkan 100% kepada kami untuk design kan dapur nya. Yang pentinh setiap ruang atau sudut buleh di gunakan.
Maka nya....ha ini lah hasil nya...merah, hitam, putih dan beach kaler jadi taruhan. Ye la dinding rumah still wood coulor.
Terdapat satu ruangan breakfast table agar mudah untuk makan makanan ringan.
Alhamdulillaj selesai juga pemasangan kabinet dapur kali ni. Tersenyum lebar penghuni rumah ni. Beliau pun tak sangka akan dapur macam ni. Yang tadi nya dapur kelihatan sempit skg tidak lagi. Sambil memasak sambil letak anak di kawasan dapur.
Terima kasih tak terhingga kepada pemilik rumah puan wati yang memberi kepercayaan penuh kepada kami.
Kepada yang berminat buleh la hubungi kami di www.wassap.my/0196645709 en yusof atau buleh singgah ke kilang kami di taman bukit tembakau.
Sekian terima kasih.
Kabinet dapur umbai
yuza managment & trading adalah anak syarikat naz creative trading yang menjalankan aktiviti perniagaan membuat renovation, kerja kerja kayu serta hiasan taman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI KABINET DAPUR 2024
Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...
-
APA ITU KABINET DAPUR FORMICA Formica adalah sejenis ‘laminate’, atau lapisan akhir yang digunakan ke atas permukaan kayu (ke...
-
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini serta pengemar hiasan dalaman terutama hiasan kabinet dapur. Alhamdulillah hari ni kita di pa...
-
Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia serta umat islam di seluruh dunia selamat menyambut ramadhan tahun ni...semoga kehadiran ramadh...
No comments:
Post a Comment