Kabinet dapur 3G glass melaka

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog ini serta rakan rakan baru yang mengenali kami DUNIA KABINET DAPUR.

Sempena cuti panjang ni masih tak terlewat kami untuk mengucapkan selamat menyambut hari merdeka, selamat menyambut awal muharam tahun baru islam dan juga selamat menyambut hari malaysia..wah cuti panjang kita tahun ni. Mungkin ada di antara kita yang menyusun jadual percutian balik kampung atau pergi bercuti makan angin. Semoga perjalanan anda di rahmati dunia dan akhirat.

Walaupun kite di landa cuti yang panjang ini, namun bagi kami tempahan membuat kabinet dapur masih berjalan seperti biasa. Al maklum la time cuti bergini pelanggan nak oder kabinet dapur.

Kali ni kami nak story kan tentang dua pemasangan kabinet dapur area melaka ni. Yang pertama di taman muhibbah merlimau dan yang kedua nya di taman jasin bistari. Kedua duanya pelanggan ini bekerja di luar kawasan melaka namun sempat lagi buat aset hari tua dalam area melaka. Jom kite lihat sama sama..

Untuk yang pertama pelanggan kami bernama en idan yang bekerja di putrajaya. Beliau membeli rumah di taman muhibbah merlimau ni. Material yang di pilih beliau adalah jenis 3G glass browns mirror manakala table top menggunakan quart stone yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat kite sekarang.





Menggunakan konsep moden kontemperari memang menakjubkan. Manakan tidak seluruh dapur berkilau kilau. Senang cerita tak payah susah payah nak mengecat dinding dapur. Dengan adanya pintu 3G glass browns mirror dapur ini kelihatan luas dan begitu gah sekali. Gerenti sayang nak masak guna dapur ni.

Terima kasih en idan yang sudi membuat tempahan dengan kami.

Untuk pemasangan kedua pula kami ke seksyen 4 taman jasin bistari rumah cikgu safri. Cikgu safri ni mengajar sekolah di bandar IOI segamat dan membeli aset di melaka ni. Untuk hari tua katakan.


Pada awal nya cikgu safri ni agak kurang yakin dengan hasil tangan tukang kayu bertaraf bumiputera ni, mungkin di sebabkan sejarah masa silam kot dan mungkin taknak jadi SEJARAH MUNGKIN BERULANG...cewwaaaaah macam tajuk lagu tomok lak.


Namun setelah di yakini oleh kami yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam dunia perabut ni akhirnya beliau setuju membuat tempahan dengan kami walaupun beliau berkata agak takut nak berurusan dengan tukang kayu bumiputera ni.

Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami dapat jugak la kami menyara anak isteri dengan tempahan yang kami di amanahkan.



Dengan menggunakan material jenis 3G glass kombinasi kaler hitam dan marron memang memberikan kelainan. Lihat sahaja campuran kaler tu..cantik kan.

Terima kasih cikgu safri yang sudi membuat tempahan dengan kami.

Kepada yang di luar sana seandainya berminat dengan hasil kami buleh la hubungi kami 0196645709 atau datang sendiri ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.

Sekian terima kasih....

No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...