Alhamdulillah hari kite di pertemukan lagi dalam ruangan hiasan dalaman..
Hari ni kami nak story kan sedikit tentang perjalanan kami Naz Creative selama kami berkecimpung dalam arena pembuat perabut..
Ada yang bertanya, Naz Creative ni buat kabinet dapur saja ke, perabut lain tak buat ke..jawapan nya..kami buat cuma segi periklanan kabinet dapur ni lebih menyerlah dari perabut yang lain..
Naz Creative ni bumiputera punya ke?
Jawapan : dari pengurusan sampai ke installer semua bumiputera..insyaallah kami cuba menjadi ikon kepada anak muda melayu..
Kebanyakkan pembuat perabut sekarang ni banyak menggunakan khidmat bangsa asing, tetapi kami tetap dengan pendirian kami buat masa ni tak nak menggunakan tenaga bangsa asing....semua bergantung kepada keadaan..
Kami menjalan kan aktiviti membuat perabut ni dari tahun 2004 hingga la sekarang..terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana menyokong kami selama ini...
Dalam jangka masa begitu dah berpuluh anak melayu kami cuba mendidik anak melayu membuat perabut..dan alhamdulillah 3 orang dari staff Naz Creative berjaya membuka bengkel perabut sendiri...yang lain tak dapat di kesan..ada yang dapat kerja kerajaan, yang tukar bidang perabut ke bidang lain pun ada..yang dapat peluang ke kilang perabut besar pun ada...
Sebagai contoh en fauzi bersama dengan kami dari tahun 2004 hingga 2014...jangka 10 tahun bersama kami dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti..alhamdulillah minggu lepas terjumpe dgn beliau dah pun buka bengkel sendiri..tahniah dari kami...
Yang terbaru en zul bersama dengan kami dari bulan 8 2015 dan mengambil keputusan untuk berhenti bulan 8 2016..setahun jangkaan dari tak tahu buat perabut hingga banyak jugak hasil pemasangan beliau...
Pertukaran ahli dalam sesebuah organisasi memang perkara biasa...
Contoh kedai makan...bergantung harap kepada tukang masak, tukang masak tukar terus jadi tak sedap..
Namun kami pertukaran ahli tukang tidak menjejaskan kualiti pemasangan...
Antara yang pernah menjadi ketua tukang di Naz Creative
1. En naz : disember 2004 hingga mac 2005
2. En fauzi : mac 2005 hingga disember 2014
3. En awin : januari 2015 hingga februari 2015
4. En saiful : februari 2015 hingga mei 2015
6. En hasyim : mei 2015 hingga jun 2015
Selepas en hasyim keluar kami kehilangan ketua tukang dan en naz kembali mengambil kedudukan sementara ketua tukang hingga ogos 2015
Selepas ogos 2015 hingga sekarang tempat ketua tukang di isi oleh en zazri...
Terima kasih juga kepada semua staff Naz Creative yang sudi membantu meningkatkan kualiti kabinet dapur..
Kalau di izinkan tuhan insyaallah kite akan buat perjumpaan semula team Naz Creative dari tahun 2004 hingga sekarang..insyaallah demi penyatuan semula tukang tukang melayu...
No comments:
Post a Comment