Bicara Naz Creative sempena kemerdekaan

Syukur kepada Allah kita semua masih di panjangkan umur serta di murahkan rezeki walau pun sekarang ni kita di himpit dengan kos kos yang agak tinggi..namun begitu kita masih lagi mampu membeli kereta baru, rumah baru dan pelbagai lagi baru...macam kami di bukit tembakau umbai ni, bila cuti sekolah je dapat la lihat ramai nya orang di Medan Ikan Bakar Umbai ni sampai sesak la jalan..



Minggu lepas kita semua baru saja menyambut hari kemerdekaan yang ke 57, manakala esuk pulak anak2 kita bakal menduduki peperiksaan UPSR...


Apa yang kami nak story kan hari ini adalah hala tuju anak melayu dlm perniagaan pembuatan...pembuatan lain kami tak tahu..tetapi pembuatan perabut insyaallah itu lah bidang kami..
Kami bermula pada tahun 2005 dan objektif kami adalah untuk meningkat ekonomi kami dan anak anak melayu...dari tahun 2005 hingga lah sekarang, kami hanya mengambil pekerja dari golongan melayu..kami cuba membantu dan mendidik anak melayu dalam bidang pembuatan perabut dan alhamdulillah 2 orang bekas pekerja Naz Creative berjaya membuka kilang sendiri sekarang di Kajang..

Sebab tu bila kami berpindah di melaka, urusan kami untuk area kajang dan bangi masih berjalan seperti biasa..


Kami berbangga kami masih lagi mampu mendidik anak2 melayu walaupun sekarang ni kita lihat ramai anak melayu berada dalam pengaruh dadah yang tinggi..sedih melihat bangsa sendiri jadi begini..

Alhamdulillah setakat ni tiada lagi anggota Naz Creative yang terlibat dengan najis dadah....

Kami juga berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami dari awal hingga sekarang..dari kajang utama, semenyih hinggalah kami berpindah ke melaka ni..dapat la kami anak2 melayu meneruskan mata pencarian rezeki....


Kami bukan lah bekerja separuh masa..tetapi sepenuh masa tumpuan kami di sini. Kami cuba laku kan yang terbaik bagi memastikan kualiti terjamin..

Mungkin ada yang kata harga kami mahal, dan ada yang kata harga kami murah..itu terpulang kepada semua menilai...kalau mahal itu lah harga kami, kalau murah pun itu lah harga kami. Kami tak lawan harga dengan sesiapa..terpulang pada anda..

Apa yang kami kesal kan, kebanyakkan dari kita sanggup membayar dengan harga yang tinggi bila berhadapan dengan konkraktor bukan melayu. Bila berhadapan dengan melayu, terlalu nk kan harga yang murah kata nya kalau sama harga dengan cina baik saya ambil dengan cina..

Kenkadang sedih bila ada pelanggan yang terus terang menghentam seperti saya tak percayakan melayu...

Kami akui memang kebanyakkan kontraktor melayu agak lemah pelbagai sudut..
Yang pertama dari segi modal..
Yang kedua dari segi tenaga mahir..
Dua faktor ni lah kenkadang yang membuat masalah besar melanda..

Kami juga pernah mengalami situasi yang merumitkan..pada pertengahan tahun 2015 kami di duga dengan perpindahan premis perniagaan. Bile berlaku perpindahan hampir semua staff mengambil keputusan untuk berhenti di sebabkan jauh.
Kami terpaksa mencari tenaga kerja yang baru...ketika pelanggan kami hilang sabar kerana kelewatan..pelbagai tomahan di lemparkan antara nya kontraktor penipu dan pelbagai lagi hinggakan polis masuk campur...ketika itu kami merayu agar di berikan sedikit masa untuk kami siapkan..namun rayuan kami tak di endahkan...modal kami hampir kosong kerana membayar semula ganti rugi kepada pelanggan..kami hampir putus asa dan mahu je menutup operasi...
Namun kami pertahankan juga dan mengambil keputusan berpindah ke melaka untuk mengelak kan kos yang tinggi..
Kini kami menarik nafas lega dapat beroperasi secara normal tanpa masalah lagi..



Kepada pelanggan kami yang pernah menghentam kami ketika itu, kami memohon kemaafan namun tiada dendam di hati..kami bukan penipu...

Kami berharap, kami dapat bertahan dengan ada nya bantuan dari anda semua..
Kami bukan nya peminta sedekah..
Kami juga seperti yang lain mahu kan kehidupan yang sempurna..kami bekerja tanpa rasa penat...

Terima kasih kepada semua staf Naz Creative
Naz
Zazri
Az
Farizal
Zul
Hazwan
Mus
Wan

Yang bertungkus lumus memastikan kualiti terjamin..

Sekian terima kasih

3 comments:

  1. Salam En Naz,
    Ingat lagi saya?
    Skarang ni premis di mana tu tuan?

    ReplyDelete

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...