Sorry la kali ni agak lewat sedikit update..maklum ler bz dengan sambut raya aidil adha...mana tak nye...pogram korban byk lak...tolong tolong orang kampung je...bile dh duduk di kampung ni..bermasyarakat dengan orang kampung tu penting...
Tapi kami bukan nak story pasal raya korban...yang kami nk ceriterakan adalah projek pemasangan kabinet dapur kami...
Ngam2 sebelum raya korban kami team Naz Creative dapat siapkan 4 projek kabinet dapur iaitu di bangi sg ramal dan seksyen 3, manakala dua lagi di tanjung minyak perdana dan kg gajah merlimau melaka....kesemua material adalah 3G glass...jom kite lihat bersama
PROJEK PERTAMA : EN KHAIRUL SG RAMAL
perkenalan kami dengan en khairul ni di rekomen oleh sepupunye en shamsul..en shamsul yg mula buat tempahan dengan kami, namun di sebab rumah en shamsul masih dalam pembinaan, kami terpaksa tangguhkan...so kami pun pasang lah kabinet dapur rumah en khairul dulu...
Kombinasi hijau dan putih memang cantik..wow...walaupun simple namun masih menawan..
Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
PROJEK KEDUA : BANGI PERDANA
Selesai je pemasangan di rumah en khairul kami meneruskan perjalanan kami ke Bangi Perdana...kali ni pemasangan di lakukan di rumah cikgu aida...
Apa yang menarik nya rumah cikgu aida ni table top konkrit tile 2 x 2 di pasang sendiri oleh suami nya...kagum kami..walaupun suami cikgu aida ni berjawatan tinggi tapi masih berminat dengan kerja2 menyemen..
Masih menggunakan material jenis 3G glass kali ni kami pakai colour Gold..ini kali kedua selepas kabinet dapur Gold bukit katil yang kami pasang
Cikgu aida memang cerewet sedikit, namun alhamdulillah terkeluar jugak dari mulutnye.." tak sangka ada anak melayu yang buleh pasang dengan kemas"...kembang jugak la hidung kami..
Insyaallah kami cuba buat yang terbaik supaya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan..kami pun masih lagi dalam pembelajaran..
Terima kasih cikgu aida kerana sudi buat tempahan dengan kami
Krew yang terlibat
Zazri : ketua tukang
Hazwan : pembantu
PROJEK KETIGA : TANJUNG MINYAK PERDANA
Sementera team A ( zazri & hazwan ) membuat pemasangan di bangi, di melaka team B ( farizal & zul ) memulakan pemasangan di tanjung minyak perdana..
Amat mengemari colour hijau, maka dapur nya kini pun berwarna hijau...apa yang menarik en hairi masih muda dan belom kawin..tapi dah beli rumah..emmmm satu pelaburan yang bijak..yela rumah pun makin hari makin mahal..kami pun tak mampu lagi nak beli rumah...
Krew yang terlibat
Farizal & zul
PROJEK KEEMPAT : KG GAJAH MERLIMAU
Selesai sahaja pemasangan di tanjung minyak perdana krew team B kami terus ke kg gajah merlimau rumah kak norliana..masih bujang tapi berkerjaya jurutera..
Yang ni bukan kabinet dapur tetapi almari bilik..untuk anak sedara kesayangan nye yang di jaga dari kecil..anak kakak nya yang telah meninggal dunia..
Gambar nak ambil banyak tak buleh sebab ruang yang terhad membataskan kami nak nak ambil gambar..
Jadi ada satu je la gambar yang ada untuk di jadikan koleksi atau contoh..
Menggunakan pintu jenis anty jump slidding mirror memang menjadikan bilik kelihatan luas sedikit..
Terima kasih kepada kak norliana kerana mempercayaai kami...
Ngam siap pemasangan di sini raya aidil adha pun menjelma...
Namun begitu ini adalah projek pemasangan terakhir en zul yang terpaksa menamatkan perkhidmatan nya di Naz Creative kerana terpaksa pulang ke Perak atas urusan keluarga...
Terima kasih en zul sudi bersama kami selama setahun setengah menyumbang hasil keringat dari semenyih hingga ke melaka...
Kami warga Naz Creative mendoakan agar en zul dan keluarga sentiasa berjaya..gunakan lah bakat dan kepandaian yang ada...bukan mudah kita nak dapat ilmu ni...
Akhir kata selamat menyambut aidil adha..
Sy nk tnya kos utk kabinet yg warna hjau..yg kat tnjung minyak pdana tu? Sy baru beli umah kat mahkota residence,cheras..ikuran dia lbih kurang mcm tu..blh bg quotatioan x?
ReplyDeleteNi email sy
Pingu.cute@gmail.com