Kabinet dapur belimbing setia

 Alhamdulillah selesai sudah satu pemasangan kabinet dapur di taman belimbing setia durian tunggal melaka. Kali ni pemasangan agak mencabar untuk siapkan projek ni. Ye la mana tak nya dalam minggu kami warga melaka tengah " HOT " nak PRN. Jalan dah tentu nya jem dengan kain rentang di sepanjang jalan. Namun tidak mematahkan semangat kami untuk siapkan projek ni. Terima kasih kak rozilawati yang sudi memberi kepercayaan tinggi kepada kami.

Jom kita lihat set kabinet dapur rumah beliau.



Untuk projek kali ni kami menggunakan material jenis laminate serta edging profail aluminium bagi menambahkan kekemasan. Mana kala kitchen top kami mengguna quartz stone agar kalis air dan kelembapan.




Terdapat satu ruang tall unit bagi mengisi microvawe serta satu lagi ruang untuk menyimpan alat alat kelengkapan dapur seperti penyapu, vakum dan lain lain.


 Selain aksesori tambahan seperti rak pinggan gantung, rak pinggan bawah serta sinki ceramik untuk mencuci tangan menjadi pilihan.



Apa yang menarik untuk ruang dapur kali ini, terdapat satu island bar yang selalu di gilai para ibu di dapur. Penggunaan kaunter top solid havea memberikan impak yang menarik bagi sesebuah dapur yang inginkan kelainan.


Selain dari kabinet dapur kami juga membuat rak tv. Sebelom ni rak tv kebiasaan nya terpisah dengan ruang dapur. Namu kali kami satukan ruang dapur dan ruang tv.




Menarik nya di sini puan rozilawati memberi harapan penuh kepada kami untuk membuat design yang simple dan kombinasi kaler yang ringan agar tidak berat mata memandang.



Hasil nya sangat memuaskan hati apabila tone warna carcas sesuai dengan tema rumah beliau.




Pada ruang tepi berhadapan dengan island bar kami buat satu carcas kabinet untuk menyimpan barang barang tetamu serta barang barang haisan. Wow...cantik kan.




Kini selesai sudah pemasangan di sini. Kepada mereka yang teringin nak berjalan melaka hujung minggu ni si harapkan penuh kan sabar di dada.

Kepada calon calon yang bertanding di PRN negeri melaka semoga berjaya. Selamat menjalankan tanggug jawab pada negeri kita. Selamat mengundi.

Kabinet dapur aluminium melaka

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang jenis material kabinet dapur. Material yang terpilih kali ini adalah fully aluminium. Biasanya kita membayangkan kabinet dapur mestilah sejenis kayu. Tapi kali ini berbeza sedikit kita akan bincang material jenis aluminium.

Seperti kami yang beroperasi di melaka ini, material sebegini memang amat mendapat sambutan yang tinggi. Ini kerana kebanyakkan kawasan di melaka ini banyak mengalami serangan serangga dan anai anai. Termasuk lah juga kawasan kawasan yang sering di naiki banjir kilat.

Ciri ciri seperti kalis air, kalis karat, dan mudah untuk di bersihkan hanyalah sebahagian daripada faedah utama kabinet dapur aluminium. Pemilik rumah tidak perlu risau dan bimbang dengan kerosakan di sebabkan kelembapan atau kebocoran paip dan sinki.

Jom kita lihat beberapa kelebihan kabinet dapur aluminium

1. Tidak akan bengkok atau melending
2. Tahan lasak dari serangan anai anai dan serangga.
3. Tahan haba
4. Bersih dan tidak bertoksid
5. Kalis air.

Namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan seperti
1. Kabinet mudah kemik
2. Reka bentuk yang terhad
3. Harga yang agak keras gitu...

Namun dari segi kualiti memang setara lah dengan harga.





















Untuk keterangan lanjut anda buleh datang ke kedai kami di taman bukit tembakau umbai atau buleh hubungi kami 0196645709...

Harga kabinet dapur 2021

 Tahun 2021 ni memang amat mencabar sikit. Mana tak nya kita di kejutkan sambungan PKP yang menyebabkan ramai hilang punca pendapatan. Banyak perniagaan kecil terpaksa di hentikan. Pelbagai sektor operasi ekonomi begitu perlahan hingga menyebabkan terputus nya rantaian bahan mentah.

Sebut saja bahan mentah, negara mengalami kejutan peningkatan harga. Sepanjang 3 bulan PKP harga ayam meninggkat tinggi. Begitu juga dengan bahan mentah pembinaan.



Begitu juga dengan kami yang mengusahakan pembuatan perabut. Kenaikan bahan mentah agak menyukarkan industri kecil seperti kami. Namun begitu kami bersyukur setelah kebenaran beroperasi di benarkan kami masih menjadi pilihan pelanggan terutama pelanggan melayu. Tanpa anda siapa lah kami.

Walaupun kecil namun dapat juga kami meneruskan kehidupan.

Jom kami nak kongsikan sedikit pemasangan terbaru selepas kami bercuti panjang..



Yang ni projek rumah YB azman tangga batu. Kecil kecil je projek kedua selepas rumah anak beliau. Kira repeat projek ler ni...terima kasih YB.



Yang ni pun projek repeat jugak..tahun lepas kita buat kabinet dapur rumah puan rohani ni..tahun lepas beliau puas hati, tahun ni oder sekali lagi..



Yang ni rumah en hery..pink gitu sayang bini..bukan takut bini ek....yang penting sayang bini...bukan senang nak dapat bini..





Yang ni rumah cikgu hafiz..yang menariknya pulak salah sorang staff kami bekas pelajar cikgu hafiz. Punya la seronok cikgu hafiz ni dapat hasil tangan pelajarnya..



Yang ni pun kira repeat oder jugak en zainudin dengan tempahan kabinet buku. Memang kemas dan cantik..

Terima kasih kerana masih menyokong produk kami..


Kabinet dapur jasin bistari

Alhamdulillah selesai juga pemasangan kabinet dapur di taman jasin bistari ni walaupun panjang story nya...siapa sangka siapa menduga pemasangan kabinet ni di lakukan bermula 29/5/2021, tiba tiba kita di kejutkan dengan perintah kawalan pergerakkan ( PKP 3.0 ) bermula 1/6/2021. Apa lagi terpaksa lah hentikan sementara operasi..ingat setengah bulan je PKP, sekali 3 bulan. Duduk rumah je lah...

Abis je PKP terus kami sambung semula pemasangan di rumah puan wani. Siap semuanya hitam putih corak kehidupan.

Untuk projek kali kami menggunakan material table top konkrit tile 2 x 2 manakala carcas kabinet kami gunakan material laminate black & white glossy modern style ABS edging grove. Moden kan ala ala konsep kontemporari...




Terdapat satu ruang kaunter bar yang begitu porpular di kebanyakkan rumah. Untuk pengetahuan semua banyak projek kami menggunakan design kaunter bar sebegini. Penggunaan kaunter bar sebegini memudahkan kita menyediakan persedian sarapan.




Terdapat dua aksesori tambahan seperti wall dics rack dan satu lagi di base unit bottle rack. Senang nak simpan sos dan kicap. Mudah gitu...




Percaturan black & white glossy memang menjadi di tambah dengan ruang dapur serta kombinasi tile lantai dan cat dinding.

Akhir kata terima kasih kepada puan wani dan suami kerana sudi membuat tempahan kabinet dapur...cun...



Promosi kabinet dapur merdeka 2021

 


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini, alhamdulillah tahun ni kita akan sambut hari kemerdekaan yang ke 64 walaupun sambutan merdeka kali ini agak berbeza dengan sambutan yang lepas lepas. Untuk tahun ni sahaja banyak dugaan kita alami dengan kehadiran covid-19 yang tengah berleluasa. Penutupan sektor ekonomi memberi kesan besar kepada kita, ramai di kalangan kita yang terpaksa hilang kerja. Begitu juga dengan kami sepanjang 3 bulan ni terpaksa menghentikan sementera operasi demi untuk mengikut saranan kerajaan yang ingin memutuskan rantaian covid-19.

Di samping itu juga kami mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang baru dato ismail sabri serta kabinet kabinet baru nya. Dah dah dapat menteri kabinet baru jom kita barukan balik kabinet dapur kita.

Hari ni kami nak storykan sedikit tentang pemasangan kabinet dapur di taman jasin bistari. Untuk pengetahuan semua projek ni kami bermula pada bulan mei namun terpaksa di hentikan sementera memberi laluan kepada PKP yang di lancarkan. Alhamdulillah semalam kami dapat siapkan secara sembunyi sembunyi lah.. jom kita lihat..










Pemilik rumah ni bernama puan wani yang berkerja di hospital melaka telah memilih dapur berkonsepkan moden beserta island bar. 

Penggunaan material top jenis binaan konkrit tile memang lasak dari segi anai anai dan kelembapan air, manakala carcas wall unit kami gunakan jenis milamine di kemaskini dengan laminate. Pemilihan kaler berkonsepkan simple seperti hitam dan putih juga memainkan peranan penting bagi memastikan keluasan dapur serta keadaan sekeliling rumah. 

Penggunaan islad bar juga di lihat agak penting untuk pemilik rumah yang berkerjaya ingin kan ruang sarapan yang simple dan kemas. Ini memudahkan penyedian sarapan sebelom memulakan tugas di tempat kerja. Mana nya dengan sarapan anak anak kesekolah. So mudah begitu. 

Akhir kata dari kami terima kasih kerana menbuat tempahan dengan kami...

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...