Kabinet dapur jasin bistari

Alhamdulillah selesai juga pemasangan kabinet dapur di taman jasin bistari ni walaupun panjang story nya...siapa sangka siapa menduga pemasangan kabinet ni di lakukan bermula 29/5/2021, tiba tiba kita di kejutkan dengan perintah kawalan pergerakkan ( PKP 3.0 ) bermula 1/6/2021. Apa lagi terpaksa lah hentikan sementara operasi..ingat setengah bulan je PKP, sekali 3 bulan. Duduk rumah je lah...

Abis je PKP terus kami sambung semula pemasangan di rumah puan wani. Siap semuanya hitam putih corak kehidupan.

Untuk projek kali kami menggunakan material table top konkrit tile 2 x 2 manakala carcas kabinet kami gunakan material laminate black & white glossy modern style ABS edging grove. Moden kan ala ala konsep kontemporari...




Terdapat satu ruang kaunter bar yang begitu porpular di kebanyakkan rumah. Untuk pengetahuan semua banyak projek kami menggunakan design kaunter bar sebegini. Penggunaan kaunter bar sebegini memudahkan kita menyediakan persedian sarapan.




Terdapat dua aksesori tambahan seperti wall dics rack dan satu lagi di base unit bottle rack. Senang nak simpan sos dan kicap. Mudah gitu...




Percaturan black & white glossy memang menjadi di tambah dengan ruang dapur serta kombinasi tile lantai dan cat dinding.

Akhir kata terima kasih kepada puan wani dan suami kerana sudi membuat tempahan kabinet dapur...cun...



No comments:

Post a Comment

PROMOSI KABINET DAPUR 2024

 Assalamualaikum kepada semua pengikut setia blog ini, Lama sudah kami tak bersiaran dalam blog Dan agak bersawang jugak la di sebab kan kes...