Hari ni kami nak storykan sedikit tentang jenis material kabinet dapur. Material yang terpilih kali ini adalah fully aluminium. Biasanya kita membayangkan kabinet dapur mestilah sejenis kayu. Tapi kali ini berbeza sedikit kita akan bincang material jenis aluminium.
Seperti kami yang beroperasi di melaka ini, material sebegini memang amat mendapat sambutan yang tinggi. Ini kerana kebanyakkan kawasan di melaka ini banyak mengalami serangan serangga dan anai anai. Termasuk lah juga kawasan kawasan yang sering di naiki banjir kilat.
Ciri ciri seperti kalis air, kalis karat, dan mudah untuk di bersihkan hanyalah sebahagian daripada faedah utama kabinet dapur aluminium. Pemilik rumah tidak perlu risau dan bimbang dengan kerosakan di sebabkan kelembapan atau kebocoran paip dan sinki.
No comments:
Post a Comment