Assalamualaikum kepada semua geng geng hias rumah, tukang apa hari ini, geng deco rumah, kontraktor pembinaan dan hiasan dalaman serta kawan kawan yang sedang mencari idea untuk membuat kabinet dapur. dah lama kami tak update pasal kerja kerja kami maklum la ramai sangat yang ada minta tunjuk ajar cara cara membuat kabinet dapur. Alhamdulillah masa terluang ni dapat lah kita berkongsi sedikit info info pemasangan kami. Buat masa sekarang kami terpaksa menghentikan sementara operasi kami dek kerana saranan kerajaan agar menutupi atau pun menghadkan pergerakkan di sebabkan penyebaran virus COVID-19 yang semakin memuncak. Pada hari ni sahaja kes sudah pun meningkat ke 7k keatas. Satu hari melibatkan kematian yang tinggi setakat ini mencecah 152 orang. Kita doakan sesama agar kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Amin.....
Hari ni kami nak kongsikan sedikit tentang pemasangan kami yang agak besar nilainya serta padu la sedikit. Untuk pengetahuan semua segala urusan jualbeli tempahan bermula bulan februari 2021, namun kami tak dapat siapkan ketika itu di sebabkan kerja kerja ubah suai rumah beliau belom lagi siap. Itu kena tanya kontraktor buat rumah kenapa lambat siap.
Di sini kami lampirkan beberapa hasil kerja kami
Rak tv beserta meja solek dengan menggunakan material laminate. terdapat ruang Carcas untuk letak decoder Astro dan menyimpan susunan alat perhiasan diri. untuk bahagian dinding kami menggunakan laminate bercorakkan marble agar kelihatan ruang bilik menjadi cantik.
Di tengah ruangan dapur kami sertakan satu Island bar dengan menggunakan material 4G glass. manakala ruang belakang Island Bar kami buat satu Dumy pintu agar kelihatan Island Bar nampak menarik.
Untuk bahagian wall cabinet kami menggunakan material laminate white glossy supaya nampak sesuai dengan tile dinding rumah beliau. wow...memang cun la. terdapat juga satu ruang disk rack supaya mudah untuk menyimpan pingan yang kerap di gunakan. Sebenarnya dapur rumah beliau memang cantik.
Selain dari kabinet dapur kami juga menyiapkan almari bilik untuk rumah ini. terdapat 5 bilik yang perlu kami siapkan. penggunaan pintu jenis slidding Anti Jump berserta mirror di tengah memainkan lagi elemen elemen penting dalam sesebuah bilik. Penggunaan pintu jenis ini juga memberikan jimat ruang antara kawasan katil dan almari bilik. Kebiasaan nya ramai capenter membuat pintu anti jump ini hanya 6 kaki mana kala baki pintu mereka akan membuat pintu jenis daun. Ini kerana harga untuk pintu Anti jump ini agak mahal harga nya. Namun kami membuat pintu sampai ke ceiling kerana segala proses membuat pintu kami lakukan sendiri.
Jom kita hasil selepas kami siapkan...
Terima kasih kepada abg Mat kerana mempercayai hasil kerja kami.
kepada yang berminat buleh lah menghubungi kami www.wassup.my/+6019 6645709/kabinetdapur atau buleh datang ke kilang kami di taman bukit tembakau umbai.
No comments:
Post a Comment